Saturday 4 February 2012

menyambut seruan, melibatkan diri

Dua hari tak bertenet... sengaja hadkan diri.
Sibukkan diri siap bahan-bahan untuk hiasan kelas

Bila jadi guru kelas untuk tingkatan satu, maka secara automatiknya segala persediaan merupakan tanggungjawab guru
Tingkatan satu yang masih kebudak-budakan... Mereka rajin dan boleh disuruh, tapi tidak bolehlah mengharapkan hasil yang luar biasa daripada mereka. Lainlah kalau pelajar menengah atas.

Namun, keterujaan dan semangat mereka memang luar biasa.
Minggu lepas ada pelajar bertanya “cikgu, bila nak hias kelas kita?”
Saya tahu ia penting, biasalah ada pertandingan kebersihan dan keceriaan. Kesibukan yang menimbun menghalang operasi tersebut.
Saya jawab “Yang penting sekarang kelas kita mesti bersih, baru boleh hias ada jadual tugas, jadual waktu... oklah...”
“Nanti kelas kita tercorot?”
“Takpa lah nanti kamu kena denda kat perhimpunan. Satu kelas cuci tandas” sengaja saya tambah kegusaran kanak-kanak.

“Eeeeeee.... jomlah kita hias cikgu” Ketua Tingkatan bimbang
“Cikgu, kena denda kat perhimpunan tu depan pelajar yang lain?” pelajar perempuan resah
Saya jawab “Yalah, bagi kamu malu...”
Haha... sebenarnya saya tipu. Saya pun tak tahu apa denda yang akan dikenakan
“Cikgu kita buatlah hari Sabtu nanti...”

Ini bahagian yang seronok bila jadi guru kelas tingkatan satu. Mereka mudah takut, percaya. Tapi, yang pening campur sikit geram, mereka banyak soalan... banyak lari-lari, lompat-lompat... dan jerit-jerit.

Maka, hari Khamis kami tetapkan. Berjanji turun hari Sabtu ini. Saya tidak paksa semua datang. Siapa sukarela, ikhlas
Yang tinggal jauh, ada kesukaran, kekangan tidak perlu datang. Semua yang ingin datang 17 orang. Itupun dah ramai. Maka, saya beri nombor handphone saya untuk dihubungi. Siap dengan pesanan “Jangan dok sms cikgu perkara yang tak perlu. Ia untuk kecemasan, kalau kamu lewat, atau tidak dapat datang. Selamat sampai rumah atau tidak. Supaya cikgu tak risau”

Malam sebelum Sabtu, dapat sms dari pelajar perempuan
“Cikgu, nak pakai kasut apa?”
Ishhhh....
“Cikgu, boleh pakai tudung warna lain tak?”
Maklumat ini telah dibincang dalam kelas... Pelajar perempuan memang itu yang mereka risaukan

Jam 8.15 pagi, Sabtu
Sampai di sekolah. Semua yang datang 20 orang.
Ayat pertama pelajar lelaki “Cikgu, lama kami tunggu, dah lapar ni...”
Itu ayat biasa pelajar lelaki... Janji 8.00-8.15pagi, belum mula kerja dah lapar.

Jangan bimbang, cikgu yang rajin dah masakkan nasi lemak. Ada kategori A=Ayam / BT= Bilis Telor / I=Ikan. Cikgu siap bungkuskan dalam daun pisang. Rajinkan cikgu ni...
Hihihi, saya masak tunjuk-tunjuk kat kedai. Label A, BT dan I ada pada bungkusannya, dan ada karipap panas!. Cuma, minumannya air kosong. 

Maghi berkoje...
Kita semua sepakat... di kampung hai pening lalat... 
Biarlah tidak seceria mana, yang penting kemas, bersih... menyambut seruan, melibatkan diri
Jam 12.30, semuanya selesai. Nasi lemak dan karipap selesai lebih awal. Semua selamat sampai rumah. Hati senang... Ahad cuti

Salam Maulidurrasul

20 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM WBT..

    Wahh...seronoknya jadi cikgu ya cikgu?? ^_^

    Hias kelas memang seronok...menjadi saat2 manis apabila kelas sentiasa mendapat anugerah kelas terbersih..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt... Noorieda

      Betul!
      Semangat menghias kelas antara kenangan indah & kelakar semasa bergelar pelajar

      Delete
  2. Assalamualaikum Cikgu Nae

    untung anak murid
    siap bekal nasi lemak lagi...
    moga kelas cikgu berjaya

    Salam Maulidul Rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Tn. Hj Rozali,

      susah nak atasi kelas2 menengah atas ni
      sekadar melibatkan diri
      Terima Kasih

      Salam Maulidul Rasul

      Delete
  3. Cuti 4 hari dulu untuk cas semula tenaga...:D


    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ckLah,

      betul! cas semula tenaga... :]

      صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

      Delete
  4. kelakarkan budak2 ni..naik tingkat 1 masih lagi prangai budak2 sk rendah dibawa..kalau cikgu sk rendah dari A-Z cikgu sediakan...budak2 kalau suruh brgotong royong boleh buat cikgu brtmbah migrin..bkn mkn cantik ttp makin brselerak.
    Tapi seronok dgn kerjasama anak2 didik nae...unya la mrk brsemangat....syabas utk cikgunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, semalam pun puas berkepung. Macam2 mereka nak buat.
      Mulut dengan tangan sama2 aktif. Riuh
      Betul!, seronok dan puas dengan semangat mereka

      Delete
  5. salam maulidur rasul~
    seronok jugak ye bergelar guru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul dhiera...

      ada pasang surut juga ni... haha

      Delete
  6. tersentuh saya membacanya.. betapa happy nya menjadi seorang guru yang ceria bersama murid2 semua kan... semoga murid2 ini akan sentiasa rajin dan bersemangat untuk belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, semoga kita pun tetap ikhlas dan bersemangat!

      Delete
  7. Salam Nae...

    Jadi guru kelas ting. 1 ok apa...:). Saya pula guru kelas tahun 2, tahun lepas tahun 1... Kena banyak-banyak sabar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun 2? mesti Ros pandai layan mereka.

      Sebelum ni saya biasa pegang kelas form5/6. Mereka lebih berdikari.
      Bila balik semenanjung dapat form1/2. Mula2 agak pening...
      sekarang dah ok... hehe

      Delete
  8. Dah 20 tahun ckLah mengajar ting 4/5. Dah tahun ckLah tak pegang kelas. Ali-alih, sebaik bertukar ke sekolah baru ni, PK beri 1 kela tingkatan 1 dan diminta jadi guru kelas mereka sampailah budak-budak tu tingk 5 nanti.(budak Rancangan Khas). Kiranya, dah jadi mak bonda depa lah ni. Rasa seronok pula dgn budak2 kecik ni...masih menurut kata. Alhamdulillah, semuanya budak Muslim, mudah nak hembus doa, dan rasa lebih ikhlas mendidik...sebelum ni 'cha' yang ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ckLah, seronok kalau pegang dari form1-5.Kita dah kenal dan rapat dengan mereka.

      Saya ada pengalaman mengajar di SMJK C)lima tahun. Seolah Kluster kecemerlangan. Sangat faham sikap dan adab pelajar mereka...

      Setuju dengan 'rasa ikhlas' tu...

      Delete
  9. kte pun guru tingkatan gak. nasib baik la mereka ni boleh diharap. lagi2 pelajar perempuan. senang sikit kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikguden;

      pelajar perempuan memang banyak membantu, dan pelajar lelaki (form 1)memang bersemangat...

      Delete
  10. tugas yang sibuk dari awal tahun sampai hujung tahun,guru kelas ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju 200% cikgu!

      SMM, SPBT, SAPS...
      sekarang pasal e-kasih, KWAPM...

      Delete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...