Friday 30 September 2011

Doa' dan KEYAKINAN

Pagi tadi ada Kenduri Kesyukuran rumah rakan guru, Kak Saadiah dan suami yang akan berangkat ke Tanah Suci 4 Oktober ini. Jam 10 pagi kami guru-guru perempuan berkonvoi ke rumahnya di Kampung Ruat, Yan.

Masing-masing belum pernah sampai rumah di kawasan kaki Gunung Jerai yang masih unik terpelihara dengan kicauan unggas rimba. Memang tenang dan menarik. Redup, sejuk damai....

Dalam hati, seronoknya dapat bina rumah di kawasan macam ni. Dan kami rakan guru berandai-andai kalaulah ada orang kawasan tersebut yang akan menjual tanah... pasti tidak akan melepaskan peluang. Siapa??? Kami bukannya kenal orang di situ... haha sekadar impian... Tidak salahkan?

Parking kereta di celahan pokok buah-buahan manggis rambutan. Dan kata adik, saya sudah langgar satu anak pokok manggis. Oppppsss maaf... Rupanya ia bukan pokok manggis yang disemai. Ia tumbuh sendiri di celahan pokok tua merata tempat. Berselerak ... meliar.

Menghampiri jam 1 petang, tamat bacaan Yasin dan doa selamat (kategori wanita), kami menjamu selera. Wah! Memang berselera makan nasi lauk kampung ditemani kicauan dan siulan warga rimba kaki gunung. Nasib baik tidak menambah... huhu

Bersalam-salam sebelum balik. Berpeluk cium menambah keakraban. Mengharapkan segalanya selamat di sana.

“Kak Saadiah, semoga segalanya lancar, selamat, sihat, dipermudahkan segala olehNYA... Errrr... doakan  Nae....... juga ...”
“Nae..... ada tulis tak doa’ ......???” senyum-senyum....
“haha... tak, Kak Saadiah doakan lah apa yang sepatutnya untuk Nae........”
“Haha.... Kak Saadiah tahu.... Kak Saadiah akan tulis sendiri nanti.... haha. Insyaallah Kak Saadiah akan doa’kan”

Sebenarnya saya nak minta Kak Saadiah doa’kan saya juga akan dipermudahkan semua urusan untuk segera ke sana... Tapi, Kak Saadiah ada doa khas untuk saya.... Amin...

Mungkin Kak Saadiah boleh doakan saya agar diberi keyakinan olehNYA... kerana sehingga kini saya tidak yakin.... Sukarnya mendapat perasaan itu...

Siapakah ORANG itu yang mampu meyakinkan saya???
...

Wednesday 28 September 2011

Onde-onde, buah melaka dan cigaret


Di Kedah ia BuahMelaka
Tiga hari Nik Fakhrul (Fakhrul atau Fakhruddin... saya kurang jelas....) tinggal bermalam di rumah ayah.
Nik dari Kampung Telaga Batu or Bata???  Kelantan,  ikut adik balik kampung sambut Ramadhan.
Ayah : Nik, kat Kelantan ada tak kuih ni?
Nik    : Ada...
Ayah : Kalau ada orang panggil apa?
Nik    : Onde-onde...
Ayah : Haih... salah ni.... salah... onde-onde macam lain...
Nik buat muka macam sedang berfikir banyak... macam keliru dan bersalah
Saya  : Memang orang sana panggil onde-onde la ayah...

Di Kedah ia Onde-Onde

Ayah masih nak perbetulkan... ( niat bergurau... )
Ayah : Salah ni... nanti balik Kelantan bagitau depa... ni buah Melaka
Kemudian, tanya lagi nama kuih yang seterusnya ...
Tiba-tiba ...
Ayah : Nik, Muhammad Naim merokok tak kat sana?
Selama ini, Muhammad Naim ini memang tidak merokok.
Dirumahlah ... Setelah bekerja ni... entahlah....

Dan di rumah kami memang tiada lelaki yang merokok termasuk menantu-menantu ayah. Jadi, kalau ada bau rokok... pasti dapat dikesan segera)

Ambil jalan selamat...
Nik    : Naim, kamu ada merokok tak?
Sunyi.... saya jeling-jeling jahat pada orang yang bernama Naim. Jeng... jeng...jeng...

Sebelum bekerja tidak merokok... kenapa sekarang berjinak-jinak?
Baru bermula .... boleh tamatkan... Ia bukan keperluan!

Wahai adik, jangan lakukan kerana takut pada ayah.
Lakukan kerana rasa sayang...
Sayang pada diri sendiri
Sayang pada ayah... mak... kami semua...



Monday 26 September 2011

KL atau KKB???

 


Sedang berfikir...
KL atau KKB???
Orang baru, tempat baru...
Renung-renung
Banding-banding
KL atau KKB

Kaji situasi...
Kaji tugas... Arahan
Tidak terlibat!
Ia bukan KL
Ia benar-benar KKB
Letih...
Sedih...

KL = Kamu Layak? ... bukan Kuala Lumpur
KKB = Kamu Kena Buli, bukan Kuala Kubu Bharu
KSS  = Kamu Sabar Sajalah... bukan Kota Sarang Semut
Ia cabaran... Jangan merungut!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...