Thursday 23 June 2011

Mat Arip sudah faham kot ...

Mat Arip mempercepatkan kayuhan basikalnya... Sudah senja... Untuk sampai cepat ke rumah, Mat Arip ikut jalan pintas. Perlu melalui jalan yang melintasi hadapan rumah Morad rakan sekelasnya...

Bergeduk-gedak bunyi tayar basikal semasa melintasi rumah Morad... teruk sungguh jalan di situ. Berbeza dengan jalan ke rumahnya yang bertar hingga ke depan pintu. Sebenarnya Mat Arip sendiri hairan kenapa jalan yang melalui rumah Morad tidak berturap, sedangkan jalan di  hadapan rumah Pak Leh Ketua Kampung yang berselang dua, tiga buah rumah dengan rumah Morad sudah dua-tiga kali berturap... Kuat ingatannya. Yalah sekarang Mat Arip belajar dalam tingkatan 2, sudah kuat memori dan skill mengira.

Pernah juga dia bertanya kepada ayahnya Pak Leman, kenapa tidak diturap semua jalan di kampung itu.  
“Ni projek untuk rakyat...” jawab Pak Leman. Mat Arip memandang muka Pak Leman.  “Awat? Pak Ngah Hashim ayah Morad tu bukan orang sini ka? Bukan rakyat ...
Pak Leman menjeling sekilas. Mat Arip tak faham... Dia pernah tengok Kad Pengenalan Morad. Jadi dia pasti Morad juga rakyat negara ini.
Mat Arip juga masih ingat semasa musim hujan, Morad dan kakaknya bersama beberapa orang lain yang melalui jalan tersebut membalut kasut sekolah yang dipakai dengan plastik untuk  berjalan keluar menunggu bas 6.30pagi. Memang teruk sungguh jalan di situ. Plastik dibuka apabila sudah menaiki bas.

Dulu, Mat Arip dan budak-budak kampung yang mempunyai jalan yang berturap sering rasa bangga. Rasa bangga seperti ibu bapa mereka, terutama Pak Leman yang sentiasa menyindir ayah Morad yang tidak mendapat apa-apa bantuan. Sudahla jalannya berturap, disedia pula tempat menunggu bas yang selesa di hujung jalan besar.

Semasa Mat Arip tingkatan 3, barulah jalan untuk ke rumah Morad berturap. Itupun hasil kutipan duit daripada orang kampung yang tidak mendapat bantuan projek untuk rakyat. Didirikan pula pondok menunggu yang kayunya disumbang oleh hamba Allah yang ikhlas. Mat Arip hairan kenapa mereka guna duit sendiri, duit sumbangan... Mat Arip tidak faham.

Semasa musim mengundi, Mat Arip boleh tersengih besar. Kenapa? Apa tidaknya... ayahnya ditugaskan mencari belia-remaja mengantung poster dan bendera. Memang lumayan upahnya. Mat Arip sebagai kawan pernah mengajak Morad ikut serta. Tapi Morad ada agenda sendiri.

Mat Arip masih teringat bagaimana Makcik Mbun menjerit memarahi Morad dan rakan-rakan sejiwa Morad yang menggunting kain hijau sekolah agama kakaknya untuk dibuat bendera. Memang kain itu sudah tidak digunakan lagi, tapi Makcik Mbun simpan untuk adik Morad, yang akan ke sekolah agama dua tahun lagi.

Bendera yang dibuat Morad dan kawan-kawannya itu berkibar megah dijulai beberapa pokok kekabu tertinggi di kampungnya. Memang Morad dan kawan-kawan sejiwanya bangga teramat. Lagipun marah Makcik Mbun tidak lama.
Mat Arip memang tidak faham... kerana bendera yang digantungnya lebih cantik, dan dapat upah pula... Entah apa yang Morad dan kawan-kawannya itu mahu banggakan. Morad cakap ‘kepuasan’.

Masih terngiang di telinga Mat Arip, laungan cikgu Matematik yang meminta mereka beratur sebelum masuk ke kelas. “Semua masuk barisan...masuk barisan”  Laungan sambil tersenyum lebar mengharapkan mereka faham.  Mat Arip dan rakan-rakan tahu cikgu Matematik itu orang yang kuat ‘berjuang’. Kalau tidak, masakan selalu tiada di sekolah kerana menghadiri mesyuarat itu ini. Semua orang tahu. Biasanya laungan itu dibalas secara gurauan oleh Morad “Siapa nak selamat, cerah masa depan, kena ‘pass’ la cikgu...kalau gagal tak jadi apa...”
Dulu semua ini Mat Arip tidak faham. Sekarang, rasanya Mat Arip dah faham kot...

Itu Cincau

Cincau .... Siapa yang suka minum? Sejuk atau panas? Untuk yang menggemarinya, ia memang sedap dan menyegarkan.
Cincau atau grass jelly ini terhasil daripada pengeekstrakkan air rebusan rumput atau daun pudina atau pokok cincau ‘mesona chinensis’ bersama kalium karbonat. Ada pelbagai jenis daun cincau kalau kita tanya Encik Google
Secara umumnya cincau ada berwarna hijau dan ada yang berwarna hitam. Siapa yang gemarkan cincau? Ada kebaikannya mengamalkan minuman cincau ini.
Kalau sesiapa yang panas semacam ja, bolehlah cuba. Ia mampu meredakan panas dalam. Malah, masalah sembelit dan kembung perut juga dapat diatasi sebab cincau ada kandungan serat yang tinggi.
Selain itu, juga mampu meredakan demam malah membersihkan organ pencernaan daripada zat karsinogen yang menyebabkan kanser.
Menurut kajian, tumbuhan cincau mengandungi karbohidrat yang mampu menyerap air. Ia juga mengandungi kandungan alkolid yang cukup banyak sebagai bahan ubat dan anti kanser.
p/s: Banyak lagi khasiat cincau, perlu tanya En.Google ni...
Sepastinya cincau adalah minuman yang tidak akan dilepaskan menjelang Ramadhan nanti...dan tiada kaitannya dengan cincai kecuali dalam ayat ini. "Walaupun Mat Arip Leman menyediakan Sirap Bandung Cincau dengan cincai, rasanya masih enak dan menyegarkan"

Wednesday 22 June 2011

Encik Ganti Yang Sibuk ...

Encik Ganti datang lagi... Dalam Bulan Jun dan Julai ini memang Encik Ganti akan sentiasa datang... Mana tidaknya, bulan Ogos nanti akan cuti sekolah, merangkap Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan.

Jadi Encik Ganti perlu diawalkan. Ia adalah lumrah... Semua yang terlibat dengan Encik Ganti pasti akan melakukannya awal-awal... Ada sekolah yang sudah selesai aktiviti dengan Encik Ganti ini... ada yang belum... Jika tidak mahu Encik Ganti, alamatnya pendeklah masa berlibur. Pilihan di tangan masing-masing.

Encik Pengetua sudah bagi hint untuk memanjangkan waktu libur. Semua sudah tersengih... Tapi perlukan khidmat Encik Ganti. Maka semua pelajar dan guru perlulah mengikut jadual Encik Ganti. Ada rungutan sekarang, Kemanisan dan sengihan akan muncul nanti.

Rejab, Sya'aban.... Ramadhan.... tinggal sebulan sahaja lagi untuk umat Islam berpuasa. Ha! Encik Ganti lagi... siapa yang masih menangguh?  Encik Ganti dah datang... Dapat pahala sunat juga, malah persediaan memasuki Ramadhan.

Di padang sekolah-sekolah sekarang pun ada yang sibuk dengan Encik Ganti... lari berganti-ganti. Semalam dengan hari ni sekolah yang berlatar belakangkan Gunung Jerai ini sibuk dengan acara balapan... Dua hari ni semua guru macam berkampung di sekolah... Yang bertugas bahagian penting, 6.30 petang baru sampai rumah. Apa-apapun, Encik Ganti masih menanti...

    

Sunday 19 June 2011

Suara yang hilang ...

Kalau dikira, hari ni dah cukup seminggu suara saya tidak mahu berbunyi seperti seadanya... Bila bercakap bunyi macam itik nila sahaja.

Itik nila yang dibela oleh mak ayah. Hobi membela itik nila yang pada mulanya diberi oleh seorang bapa yang menghantar anaknya belajar mengaji di rumah ayah... Walaupun suara itik nila macam tu, rupanya sedap pula di masak kurma atau digulaikan bersama buah betik.

Suara yang macam itik nila ini entah kenapa puncanya. Nak dikatakan sakit tekak, tidak pula. Batuk? tidak juga. Makan durian banyak? Tidaklah juga... Tiba-tiba sahaja buka sekolah Hari Ahad minggu lepas ia tidak lancar.

Sebab tidak sakit atau batuk, rasa segan pula untuk ambil MC... Tapi perit dan sukar juga untuk mengawal kelas dan melaksanakan Pi en Pi... Minggu lepas terpaksalah membuat aktiviti latihan. Latihan sebab tidak memerlukan penggunaan suara yang banyak. Kena kelas yang dah matang ok lah... Jika kelas form1 memang rasa sedikit geram. Sudahlah suara tak mahu keluar... Yalah mereka masih kanak-kanak. Ya Allah cepatlah ia berlalu...
Hari ini... Alhamdulillah, suara dah mula ada, walau ada pelajar yang masih tersenyum mendengarnya. Yang prihatin akan menegur rakan supaya bercakap perlahan dan tidak bising... Terima Kasih...

Terima Kasih rakan prihatin yang menghulur pelbagai petua... Mmmm... Di mana suara hai burung kenari...

Saturday 18 June 2011

Bangau menyanyi, pokok bergoyang...

Sudah tamat Mentor kat TV3... tidak terasa untuk mengikuti rancangan tersebut, kecuali ternampak secara sipi-sipi. Masih teringat gelagat peserta yang datang untuk uji bakat pertandingan nyanyian tu... Macam-macam... Boleh tahan juga semangat diaorang ni.  Memang betul, rasa malu setiap orang tak sama... 
Bercakap pasal lagu... tiba-tiba ja terngiang-ngiang lagu masa kecik-kecik dulu...
 Apa yang terdapat dalam kedua-dua lagu ini???
Dalam lagu BANGAU secara tidak langsung menggambarkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain atas -perkara yang berlaku. Suka melempar TUDUHAN!!!. Manusia seperti BANGAU ini akan memberi pelbagai alasan. Seseorang yang bersikap seperti ini pasti menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugas yang diamanahkan. Dia hanya sibuk menyatakan "siPolan ini yang salah ... siPolan ini yang menyebabkan dia gagal... bla... bla... blah....Tapi tidak memikirkan cara bagaimana mengatasinya.
Sebaliknya, lagu TANYA SAMA POKOK, lebih positif kerana apabila ditanya sebab sesuatu itu berlaku, jawapan yang diberi adalah berdasarkan FAKTA bukan hanya tuduhan seperti dalam lagu BANGAU. Maksudnya, orang yang bersikap sebegini akan berusaha mencari punca dan penyebab sesuatu itu berlaku. Sikap manusia seperti ANGIN juga boleh dipuji kerana tidak berlagak pandai. Apabila disoal perkara yang dia tidak arif atau bukan bidangnya, dia dengan senang hati meminta pihak berkenaan merujuk kepada yang LEBIH TAHU atau pakar (Tidak kira berbeza ideologi atau tidak). Bukan berpura-pura pandai... berhasad dengki
Jadi, diri kita suka berlagu yang bagaimana? Wahai manusia... manusia yang jadi pemerintah, manusia yang menjadi pendidik, manusia anak pelajar... semua-semua manusia... diri kita ini BANGAUkah? POKOKkah? ANGINkah?

mereka kaya...

Kaya juga walau tak sembahyang cikgu ...
Ayat ni masih terngiang di telinga. "Orang C$$$ tak sembahyang pun kaya cikgu"
Kata-kata seorang pelajar Tingkatan 4 kepada saya. Terkedu sebentar... merenung riak wajah anak pelajar tersebut. Wajahnya mengambarkan dia benar-benar memaksudkan perkara tersebut.

Ini jawapan sepontan yang saya dapat ketika memulakan sesi kelas dengan pertanyaan "Siapa sembahyang Subuh hari ini?". Jawapannya secara tidak langsung telah menjawab pertanyaan sebenar saya. 
"Kamu ni....???" kenapa cakap macam tu?. Dia hanya tersenyum. Bagaimana penjelasan yang harus saya berikan... 
"Adakah kita sembahyang dengan niat mendapat kekayaan?" Kaya atau miskin, sembahyang itu wajib untuk umat Islam. Apa yang diperolehi oleh seseorang itu, tidak kira bangsa apa sekalipun adalah berdasarkan usahanya..." Allah ini Maha Pemurah dan Maha Mengasihani... Pemurah kepada sesiapa sahaja yang berusaha. 

"Jangan bercakap macam tu lagi ... Cuba lihat diri KITA (guna kata ganti nama ini supaya semua anak pelajar sama-sama berfikir dan tidak terasa hati) Sudahlah KITA tidak rajin dan bersungguh seperti MEREKA, tidak sembahyang pula... macamana nak kaya?"
Titik. Walau hati sangsi. Setakat itu saya mampu menerangkan. Entah membekas atau tidak...Saya tidak pandai.

p/s: Untuk renungan dan perhatian diri, para ibu, para bapa... Sedarkah kita lebih separuh dari mereka tidak solat


Wednesday 15 June 2011

Hati Berbunga ...




Hari ini, hati macam berbunga ja...
Rasa ringan dan melayang...
Dah selesai satu tugasan... hari inilah...

Hari ini, hati berbunga sangat...
 Anak pelajar... Terima Kasih!!!
Mood cikgu tidak rosak...

               Hati masih berbunga...
Balik dari tempat kerja pun dengan penuh senyuman,
Senyum kepuasan...
Puas berakhirnya sebuah kekalutan...
Rasa lapang sangat!!!
Lapang sebab dah selesai... untuk hari inilah...
Selesai dan boleh dibanggakan.



 He he... Hati berbunga... untuk hari inilah...
Esok... harap hati terus berbunga....
Baja membina semangat!!!




Wahai anak pelajar... bajailah bunga di hati cikgu...
Hari inilah... esoklah... sampai bila-bilalah...
 Baja Semangat!!!



Tuesday 14 June 2011

Komunis... Orang Gaji... pun satu Cita-Cita

Sudah lama tidak mengunakan perkataan cita-cita...

Ingat lagi, kali pertama disoal guru "Apa cita-cita kamu semua?.. Semua perlu fikir apa yang kamu nak jadi apabila dewasa nanti" Saya masih ingat, masa tu dalam darjah satu... Apalagi masing-masing beriya-iya berfikir nak jadi apa. Saya macam biasalah... sebab suka main rait...rait...main cikgu-cikgu dengan sepupu jadi my cita-cita adalah cikgu (budak-budak pompuan dulu tak ada permainan lain, ya dak? kalau tak main cikgu-cikgu, main masak-masak... ha ha, ntah apa-apa.. tapi itulah yang memupuk diri kita sekarang... pelihara kita dari masalah sosial yang melanda pelajar kini... dulu tidak terdedah dengan pelbagai pengaruh)

Dulu semua kawan-kawan perempuan kebanyakan nak jadi cikgu, yang lelaki pula mesti Polis, Askar.. itu yang paling ramai. Doktor... Jurutera... kaddang-kaddang ja. 

Tapi seorang kawan saya ni... memang tak dapat saya lupakan... Shahrul nama dia... memang paling nakal... orang kedah kata BUAS la... suka kacau semua benda... Apa cita-cita si Shahrul ni? Ha ha... dia dengan bangganya bangun bagitau "Saya nak jadi KOMUNIS cikgu" ha ha nahhaiiiiiii.... Masih terbayang riak muka cikgu Nordin yang mengajar masa tu... "Awat kamu nak jadi Komunis???? sambil dok tahan ketawa... kami pula masa tu tak la berani gelak kuat-kuat... lagipun bodoh-bodoh cerdik juga... Alasan yang dibagi siShahrul.."Saya boleh tembak ramai orang..." Ha ha... katanya lagi  "Jadi askar, boleh bunuh orang sikit... selalu kalah pula"  Semasa tu kat TV baru ada cerita Bukit Kepong. 

Tengok? itu pengaruh tv kepada kanak-kanak...Jadi, sesiapa yang sudah berkeluarga pantau-pantaulah anak-anak anda. 
p/s: pandai ja nak nasihat orang... saya akan pantau anak-anak saudara lah...

Satu lagi, cita-cita yang sampai sekarang menjadi bahan gurauan kami adik-beradik. Adik perempuan saya... Cita-cita yang agak mengejutkan... ha ha... Siap tulis dalam buku biodata tuuuu... (Dulu kan pelajar perempuan ni suka sangat buat buku biodata yang comel... tulis tentang diri sendiri, tampal gambar kartun, bunga yang comel... lepas tu beri kawan-kawan dan cikgu-cikgu tulis alamat, no.phone dan kata-kata semangat...). Jadi, si Adik ni pun tulis cita-cita tu kat buku biodata dia... apanya??? 

CITA-CITA  : ORANG GAJI

Ha...ha... ha... sampai sekarang kalau kumpul ramai-ramai adik beradik.. pasti ada usikan tentang cita-cita ni... Rupa-rupanya dia minat bahagian HOSPITALITY... Mengemas, masak-masak, perhotelan... Sebab bila masuk Universiti, itulah bidang yang dipilih... Nak buat macamana... masa kita budak-budak istilah yang tepat ni masih belum tercapai oleh minda... Sekarang ni, bila cuti, dialah yang rajin dan pakar masak kat rumah. Tercapai juga cita-citanya... 

Entah apa yang berlaku kepada siShahrul. Sepastinya, cita-cita untuk menjadi Komunis tidak mungkin dicapainya.... ya dak? Persoalan yang mengungkit kenangan dan rindu. Rindu pada rakan-rakan sekolah rendah. Mana kawan-kawan Kelas Satu Biru? Satu Merah?

Berkat doa mak-ayah, dan pengalaman main rait-rait... cita-cita pertama saya juga tercapai. Cita-cita semasa Sekolah Menengah terkubur... Ayah tak restu. Apanya? nak jadi Fashion Designer... Ya lah, Dah minat menjahit... dok reka baju kat anak patung.... Lepas tu masuk kelas Rekaan Fesyen... Dah dapat tawaran sambung kat UITM... tolak tawaran tu. 

Saya masih ingat kata-kata ayah "Bidang ni, mendedah diri mencipta dosa... Reka baju yang mendedah aurat untuk dipakai umat Islam" Membuat diri berfikir dan terdiam. Sambung Ayah "Kalau jahit baju yang biasa-biasa kita pakai tak apalah... tapi bila kat UITM nanti...ada peragaan... Lelaki-perempuan dok tengok model peragakan baju yang kita reka. Amal ibadat kita tak banyak, jadi jangan mencipta ruang untuk dosa"

Jauh kan pemikiran orang tua....??? Yang pasti saya bersyukur kerana mendengar cakap ayah.

Sekarang? Macamana? Masih ada Cita-Cita? Cita-cita baru yang bertukar menjadi matlamat yang akan kita capai atau tidak. Mari Usahakan!!!

Friday 10 June 2011

Siapkan tugasan ...

Hari ini last day untuk siapkan semua tugasan kerja... cuti sungguh!!!
Bersungguh-sungguh cuti, sampaikan penyakit malas mula menggunung... Semalam dah siapkan semua markah pelajar 
p/s: ini bab yang perlu dihurai lagi... hasil yang mengundang rasa sedikit marah... tiada kepuasan... nantilah...hu hu

Bila dah siapkan separuh senarai kerja yang dilistkan... hati rasa agak lapang. Mmmmmm... tinggal mahu diprintkan sahaja bahan-bahan untuk fail-fail kerja yang amat dituntut untuk disiapkan... Encik NAZIR akan datang!!!

Moga semangat kerja akan menjelma!!! Ya Allah, Permudahkanlah segalanya... sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...