Wednesday 22 February 2012

Thursday 16 February 2012

Terserempak lembaga...

Dulu masa budak-budak, ada dengar tak pantun ciptaan macam ni...
Hari ni hari Jumaat. Esok hari Sabtu...
Hari ni jumpa mayat. Esok jumpa hantu

Petang tadi kat sekolah, saya terserempak lembaga
Takuuuuuttt...
sempat saya snap gambo... walaupun peluh menitis
Ha! tengok...

jumpa dua lembaga terpacak kat sekolah
 Tengah-tengah rembang... terik mentari
Lembaga tu semakin membesar!
 Menjelma!!!
Semua pelajar macam tak peduli, mungkin mereka dah biasa...
Dua lembaga memerhatikan mereka...
Lembaga berbaju kurung batik tu...
Agak-agak mereka akan muncul juara tak?
Yalah, gunakan khidmat 'lembaga' 
He he he...


p/s: Saya ialah tangan dan kaki bangku. Tapi, tahun ini saya dilantik sebagai Ketua Kelab Permainan Bola Jaring. Ia umpama memberi cincin kepada Sikudung. Sikudung tidak dapat menyarung cincin tersebut... namun sekadar mampu menjaga, menggilapkannya. Terima Kasih kak Faezah Ahmad, rakan guru pakar bola jaring yang sanggup berjemur menjadi 'lembaga'. Saya 'budak' baru belajar ...

Monday 13 February 2012

Wajahnya sama, tapi namanya lain...

Sistem yang tidak ‘diharmonikan’ menyebabkan anda melakukan perkara yang sama berulang kali
Atas dan Besar  ada idea baru? Wah!!!! Bijaknya...
Atas dan Besar: turunkan arahan
Mudahnya mereka

Atas juga: Sampaikan arahan
Perlu siapkan sebelum dot...dot...dot!!!
Mudahnya...
Bawah: ia sudah dilakukan... ia perkara yang sama
Atas juga: Lakukan semula! Ini sistem baru
Bijaknya..... Idea yang hebat!

Dalam hati bawah yang sibuk: Mengapa tidak diupah pemikir untuk mengeksport data yang sama itu.
Data yang sama itu sudah ‘makan’ banyak masa
Ada Bawah, mengambil masa sehari suntuk
Ada Bawah, memakan masa berhari-hari
Kami Bawah yang bukan sekadar kerani pemasuk data

Sistem baru???
Loadingnya macam siput....
Bukan siput yang sihat... tapi siput yang melecet kulit ‘tapak kakinya’

Wahai bawah... Laksanakan!
"Akar sabar itu pahit, tapi buahnya manis"
Ooooooo... Baik!!!!

Cuma harapan bawah: Gunalah data tersebut sebaiknya
Jangan bila Atas Besar perlukan, Pihak Atas Besar tidak mengambil maklumat dari sistem tersebut. Sebaliknya pihak Atas Besar arahkan kepada pihak Atas kami... dan kami Bawah berulangkali melakukan perkara yang sama dengan TAJUK yang baru.
Ia sudah sering berlaku...


Friday 10 February 2012

Sarungkan semangat...

Saya renung.... belek-belek. ... errr macam pelik tak ejaan 'belek-belek' ni?
Rasa bosan! tidak dapat membuat pilihan... Semuanya tiba-tiba tidak kena pada jiwa

Pernah tak berlaku pada diri???. Berdiri di depan 'gobok' pakaian beberapa minit. Nak iron baju untuk ke tempat kerja esok. Namun, tidak dapat membuat pilihan. Semuanya tidak kena. Rasa bosan, buruk dan suram...

Seorang rakan guru berkata "kalau berdiri lama depan almari, tidak tahu nak iron baju yang mana... maksudnya perlu buat baju baru". 
Betul! Betul! Betul! Bila ia berlaku pada diri, saya setuju!!!

Adakah pakaian itu sudah hilang serinya... atau hati ini telah berubah. Seri itu sudah hilang!
Kadang-kadang selera perlu ditukar... mencuba sesuatu yang baru. Ya! untuk mencipta semangat... Keyakinan... 

p/s: Teguran seorang kakak, rakan guru kepada saya "Kenapa kebanyakan warna baju Nae... gelap, suram dan masam?"
Jawapannya, warna yang gelap, suram... masam itu selesa...
 
Maksudnya:
"Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta".


Tuesday 7 February 2012

Kamu mampu? Kamu mahu? Ia ok...

Melakukan sesuatu perkara hendaklah berdasarkan kemampuan sendiri. 
Ukur Baju Di Badan Sendiri... Ukur Kasut Di Kaki Sendiri...
Namun, tidak salah jika kita mahu mencabar diri.

Tahu kita tidak mampu. Sedar  ia di luar kemampuan
Orang pun tahu kita tidak mampu. Namun, kita mahu melakukannya.
Kita berminat. Kita akan berusaha sedayanya.
Mencipta keajaiban!!!
Maka ia tidak salah

Ia salah
Ia menyusahkan
Ia merosakkan ‘mood’ orang lain
Jika?
Jika, kita tahu kita tidak mampu. Kita sedar memang kita tidak mampu
Kita tiada niat membuktikan kita mampu
Kita tidak mahu berjanji untuk berusaha
Kita tidak pernah berusaha untuk berusaha
Kita sengaja melakukan perkara yang kita tidak mampu
Mengapa?
Kenapa?

Ia ikut-ikutan
Ia tiada apa-apa
Tiada tujuan
Tiada minat
Entah.....
Saja...

Haiiiiiiii....
Minggu lepas buat kuiz Akaun untuk pelajar Tingkatan Lima Sains Tulen. Kuiz untuk menguji pemahaman dan penguasaan bab 1. Bagi pelajar perakaunan (berdasarkan pengalaman), Ia topik yang paling ‘kacang’. Kira boleh ‘score’. Topik Perakaunan Tunai.

Minggu sebelumnya, sudah war-warkan tarikh kuiz tersebut. Harapan agar semua bersedia. Yang lain bertungkus-lumus siapkan  jawapan. ‘Mereka’ dapat kertas terus tidur. Tidak mahu berfikir pun. Malas membebel. Guru lain juga selalu berkisah tentang mereka. Kisah yang sama. Saya biarkan sahaja manusia itu dibuai mimpi. Tapi, hati saya sakit. Sakit, bila kita mengharap...

Tahun lepas mereka merayu-rayu agar ditempatkan di situ. Sanggup meminta ibu bapa mereka datang berjumpa pihak pentadbiran menyampaikan hasrat, walau mereka tidak layak sama sekali masuk kelas sains. Ibu bapa cakap anak mereka ‘minat’, dan zaman sekarang, jangan tidak tahu, ada yang terus mengadu kepada Kementerian Pelajaran. Guru tidak boleh membantah. Ok!

Tahun ini. Ia berulang lagi. Berduyun tiba. Mampu atau tidak tolak ketepi. Yang penting ikut 'minat' pelajar. Kadang-kadang saya sinis. Maaf

Teruskan melangkah Ayu Soffiya!!!


Saturday 4 February 2012

menyambut seruan, melibatkan diri

Dua hari tak bertenet... sengaja hadkan diri.
Sibukkan diri siap bahan-bahan untuk hiasan kelas

Bila jadi guru kelas untuk tingkatan satu, maka secara automatiknya segala persediaan merupakan tanggungjawab guru
Tingkatan satu yang masih kebudak-budakan... Mereka rajin dan boleh disuruh, tapi tidak bolehlah mengharapkan hasil yang luar biasa daripada mereka. Lainlah kalau pelajar menengah atas.

Namun, keterujaan dan semangat mereka memang luar biasa.
Minggu lepas ada pelajar bertanya “cikgu, bila nak hias kelas kita?”
Saya tahu ia penting, biasalah ada pertandingan kebersihan dan keceriaan. Kesibukan yang menimbun menghalang operasi tersebut.
Saya jawab “Yang penting sekarang kelas kita mesti bersih, baru boleh hias ada jadual tugas, jadual waktu... oklah...”
“Nanti kelas kita tercorot?”
“Takpa lah nanti kamu kena denda kat perhimpunan. Satu kelas cuci tandas” sengaja saya tambah kegusaran kanak-kanak.

“Eeeeeee.... jomlah kita hias cikgu” Ketua Tingkatan bimbang
“Cikgu, kena denda kat perhimpunan tu depan pelajar yang lain?” pelajar perempuan resah
Saya jawab “Yalah, bagi kamu malu...”
Haha... sebenarnya saya tipu. Saya pun tak tahu apa denda yang akan dikenakan
“Cikgu kita buatlah hari Sabtu nanti...”

Ini bahagian yang seronok bila jadi guru kelas tingkatan satu. Mereka mudah takut, percaya. Tapi, yang pening campur sikit geram, mereka banyak soalan... banyak lari-lari, lompat-lompat... dan jerit-jerit.

Maka, hari Khamis kami tetapkan. Berjanji turun hari Sabtu ini. Saya tidak paksa semua datang. Siapa sukarela, ikhlas
Yang tinggal jauh, ada kesukaran, kekangan tidak perlu datang. Semua yang ingin datang 17 orang. Itupun dah ramai. Maka, saya beri nombor handphone saya untuk dihubungi. Siap dengan pesanan “Jangan dok sms cikgu perkara yang tak perlu. Ia untuk kecemasan, kalau kamu lewat, atau tidak dapat datang. Selamat sampai rumah atau tidak. Supaya cikgu tak risau”

Malam sebelum Sabtu, dapat sms dari pelajar perempuan
“Cikgu, nak pakai kasut apa?”
Ishhhh....
“Cikgu, boleh pakai tudung warna lain tak?”
Maklumat ini telah dibincang dalam kelas... Pelajar perempuan memang itu yang mereka risaukan

Jam 8.15 pagi, Sabtu
Sampai di sekolah. Semua yang datang 20 orang.
Ayat pertama pelajar lelaki “Cikgu, lama kami tunggu, dah lapar ni...”
Itu ayat biasa pelajar lelaki... Janji 8.00-8.15pagi, belum mula kerja dah lapar.

Jangan bimbang, cikgu yang rajin dah masakkan nasi lemak. Ada kategori A=Ayam / BT= Bilis Telor / I=Ikan. Cikgu siap bungkuskan dalam daun pisang. Rajinkan cikgu ni...
Hihihi, saya masak tunjuk-tunjuk kat kedai. Label A, BT dan I ada pada bungkusannya, dan ada karipap panas!. Cuma, minumannya air kosong. 

Maghi berkoje...
Kita semua sepakat... di kampung hai pening lalat... 
Biarlah tidak seceria mana, yang penting kemas, bersih... menyambut seruan, melibatkan diri
Jam 12.30, semuanya selesai. Nasi lemak dan karipap selesai lebih awal. Semua selamat sampai rumah. Hati senang... Ahad cuti

Salam Maulidurrasul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...