Thursday 27 December 2012

sibongsu mengamuk, cuti pun berakhir...


Dua tiga hari ini geraham bongsu saya mengamuk sakan... buat perangai...
yang paling bongsu ni memang mengada-ngada. Serba tak kena. (macam adik bongsu saya, semoga dia lebih matang dan bertanggungjawab... Insya Allah)
Kebetulan pula ini minggu yang sibuk. Sibuk dengan aktiviti jualan di koperasi sekolah, mesyuarat guru dan sebagainya.

Silap percaturan, singgah hampir lima tempat, cari Dr. Gigi... semua tutup... Christmas.
Kata ayah "mai sini nak tolong cabut..." bila saya mengadu betapa sakitnya penangan sibongsu
"perlu bayar tak?" tanya saya...  "duit pengeras pun tak perlu..."  hehe... yalah tu...

Timbul cerita ni. Kata ayah:

Dulu, zaman dia kanak-kanak lagi, datuk saya ada cerita. Kisah seorang yang sangat pakar mencabut gigi. Sesiapa yang giginya sakit, longgar mahu dicabut pasti berjumpa orang tersebut. Akhirnya, barulah dapat tahu pakar mencabut gigi itu ada penyakit 'tangan ketaq'. Maksudnya, tangan ketar orang itu akan menggoncang gigi sesiapa sahaja tanpa henti hingga tercabut. Haha... bersungguh ketawa saya dan adik membayangkannya. Memang kebolehannya digunakan pada tempat yang sepatutnya. hehe

Cuti dah berakhir ...
Pemandangan di Phang Nga ...
panas terik, namun ada ketenangannya ...

anak seorang rakan , kenalan baru ...

Selamat Datang 2013 ... Semoga kita semua di bawah lindungan dan rahmatNYA




Wednesday 12 December 2012

Itu tandanya ...?


Bila otak semakin sukar menerima...
itu tandanya???
 .
.
.
Adakah perlu tekanan... paksaan



Semangat perlu ada ...





Wednesday 28 November 2012

tiba-tiba dia teringatkan saya...

 tanda ingatan...
prihatin!




Soalan:
Berdasarkan petikan message di atas, di antara berikut apakah balasan atau jawapan pemilik telefon bimbit tersebut?

A     Saya berbesar hati                  
B     Saya berterima kasih
C     Saya hairanlah ...                     
D     Saya ini siapa?
E      Saya orang PAS                        
F      Saya suka BN
G     Saya ... 1 Malaysia                   
H     Saya juga ...

tapi, saya memang jawab message tu.... haha 
Sebab ini pertama kali dia teringatkan saya.




Wednesday 21 November 2012

siapa yang salah ni?

Saya dan kawan-kawan yang menghadiri kuliah Dr. Sin bukan nama sebenar hari tu ketawa sungguh... rasa kelakar dengan gaya, intonasi beliau yang bersungguh. Dalam bergurau melahirkan rasa ketidakpuasan, masalah pengurusan...

"Entahlah, kenapa semua orang nak balik utara sama hari dengan saya. Saya takpa lah ada kelas... yang dia orang ni saya pasti tak dak apa hal. Cuma nak balik bercuti... makan kenduri.... tak pun cuma nak balik cepat boleh rehat awal sehari. Ha! kan dah jammmeddddd....bijaklah mengatur masa..."

Ha ha... suasana kelas Dr. Sin memang agak ceria.
dan kata kawan "Dr. Sin ni kalau sistem tu tak kena dengan dia, pasti dia akan salahkan... dia juga yang betul".

dan semalam saya pun... "kenapa semua orang datang hari ni, susahnya nak cari tempat untuk parking..." haha... Bandar Sungai Petani, saya memang tidak tahu jalan-jalannya... sesat sekejap. Akhirnya dapat juga. Di celah-celah kereta lain berhampiran bulatan depan Wisma Keladi (tempat ni pertama kali dengar dan pertama kali sampai). Kalau Alor Setar, saya tahu.... tapi taklah pandai.

Panjat tangga untuk ke tingkat empat. Tak sanggup menunggu dan bersesak dalam lift.

jam 1.06 minit petang: 2206 - 2141 = 65 orang sedang menunggu perkhidmatan... sebelum giliran saya lah... Yang selepas? ramai...




menghampiri jam 3.20 petang : 2206 - 2180 = 26 orang masih menunggu


jam 4.00 petang ramai yang sudah selesai, dan ramai yang keluar makan sementara menunggu pasport  mereka siap.
dan , melalui pemerhatian saya, kaunter lebih banyak dibuka apabila menginjak jam 3.30 petang. Mungkin masing-masing tidak mahu melepasi waktu tamat kerja. Alhamdulillah, akhirnya 4.45 petang, kerja saya selesai.

Pertanyaan dari rakan "nae parking kat mana?, nanti kena saman.".  

Ya, ini hadiahnya...
Kesalahan No. 2 - Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalan raya.
Seksyen 16 (2) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan L.N. 166/59


Semalam dah cuba semak : POLIS SAMAN WQS ... ke 15888 nak tahu jumlah kompaun yang kena bayar. Tapi, tak ada balasan pun.






Sunday 4 November 2012

Detik bermula...

Pantasnya masa berlalu. Esok dah mula SPM... Good Luck semua pelajar SPM 2012!!!

dag... dig... dug... di dalam dada...

Yang penting jaga kesihatan. Tenang jangan gelabah, bijak memperuntukkan masa untuk setiap soalan. Usaha... Doa...Tawakal
...
ciguuuuuu... apa maksud tawakal?
belum sempat cikgu jelaskan, ada seorang yang menjelaskan menguna bahasa ibunda mereka... terima kasih! dan cikgu hanya beri contoh... nampaknya dia sudah faham... ok


28 NOVEMBER 2012(RABU)
11.15 - 12.30 tgh hari : PRINSIP PERAKAUNAN (Kertas 1)
 2.00 - 4.30 petang     : PRINSIP PERAKAUNAN (Kertas 2)

dan saya bertugas pada hari Rabu 28 November itu. Tumpang takut + teruja untuk melihat soalan. Jangan pulak saya terlupa hadir nanti...

Selamat Berjuang semua...

p/s: Sebenarnya sedang key in SEGAK untuk PBS... dah portalnya dok 'berputar-putar' dari tadi, saya selitkan tugasan ini...Tahun ini semua guru kelas perlu SEGAK belaka. Guru PJK tak SEGAK kah?



Tuesday 30 October 2012

Syaithonnnnn... dan waktu...

Hari ini di tempat kerja tamat program sembelihan. Semoga penghayatan ibadah korban menyerap ke setiap pelosok.
Sebuah pengorbanan yang tidak terjangkau... Menuntut diri berfikir, menghayati dan perlu juga berusaha menginterpretasi... mengaplikasi. Ishhhhhhh terasa amat jauh... kerdil
...
...
...

Dari tadi saya tertunggu-tunggu... tercongok menanti. Dia dok main 'aci lut' pulak... Sat ada sat hilang. Empat lima kali login, baru dapat masuk data untuk tiga orang. Penantian amat memenatkan... letih otak. Masa pun terbang...
  aik? hilang lagi...
'Sila tungu sebentar' bermaksud tunggu sebentar... kemudian tunggu lagi sebentar dan sebentarrrrrrrr...

"La... hilang lagi..."
"Nae... Kak Nas buat kat rumah pun macam tu... Tapi, dah tau waktu loading yang laju, pantas... Jam 6-7 petang lebih... Lajjjuuuuuu la..."
"mungkin semua berenti sembahyang kot..."
"waktu tu memang... Kalau dok main game, masa tulah menang saja... Haha... Syaithonnnnnn sungguh..."
Kadang-kadang macam betulkan? ...
...
...
...


Rasa pening dan mahu cepat selesaikan. Insyaallah...


Thursday 4 October 2012

peringatan untuk diri...


Memetik kata-kata seorang cerdik pandai ahli akademik dalam majlis ilmu... minggu lalu.
“Kembalilah kepada peradaban guru yang sebenar”

Ya, sepenuh hati... saya ingin!!!

Seruan ikhlas dari seorang ilmuan yang juga berada dalam kelompok pendidikan. Malah, lebih tinggi, lebih luas ilmu dan kepakarannya. Seruan secara tidak langsung bila mengulas bajet 2013... selingan sebagai pencerah minda.

Katanya, Jumaat itu warga pendidik pasti ‘pasang telinga’. Ia benar...hakikat! Terpulang kepada kami pendengar ketika itu untuk merasakan ia sinis atau apa. Kami orang dewasa yang pasti matang dan faham maksud kata-katanya. Yang pasti saya tidak merasakan kata-kata itu salah... sebab ia satu luahan, seruan ingatan yang penuh ikhlas dan ia perlu!

Ya, kembali kepada peradaban guru yang sebenar!

Ia amanah... Sentiasa mendoakan diri sendiri dipermudahkanNYA dalam segala... mudahkan pemahaman anak-anak pelajar, lembutkan hati mereka... dan “Ya, Allah, jadikanlah diriku seorang guru yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab...”. Doa ini sering... Namun, kadangkala diri mungkin alpa... dan semangat semakin luntur dengan situasi ‘yang menyesakkan’. Dunia pendidikan kini amat mencabar. Ini juga benar!

Katanya, jika kita tidak menjadi ‘guru yang sebenar’, Mereka diluar berhak mempersoalkan... berhak!
“kami bayar cukai untuk pembangunan pendidikan... kami berhak bercakap”
Memandang ke depan. Ya, anggukan kecil rata-rata pendengar tanda menyetujui... 


Ia seruan, ingatan untuk diri saya... Semoga semangat tak pernah padam!
.
.
.
.
.

Sekadar cakap-cakap bersama rakan:
Bila melihat golongan petani, nelayan dan pekerja yang berpendapatan kurang daripada RM800 sebulan, kami berandai-andai... Alangkah nikmatnya jika imbuhan-imbuhan yang diumumkan itu diharmonikan dan diterjemahkan untuk dinikmati oleh semua masyarakat dalam jangka masa panjang... nikmat bercambah... meluas untuk semua!
Coretan ini bukan rungutan orang tidak tahu bersyukur atau rasa diri hebat... Ia ‘Peringatan untuk diri’



Wednesday 26 September 2012

layakkah...


“ ... yang penting bersangka baik terhadap Allah...”

Kata-kata seorang sahabat... kakak terngiang semula...
Entah bagaimana boleh muncul ayat itu daribibirnya... Rasanya tiada topik yang kami bualkan. Cuma cakap-cakap biasa...

Teringat balasan kata diri... “ya, bersangka baikkan kak... tapi kadangkala kita ni ada perasaan jahat, buruk sangka... cepatberkecil hati denganNYA...”

Layakkah???
Teringat riak muka sendiri... kesal... namun, ia benar... sering...???
moga dilindungi...



Bolehkah ia menjadi penawar ...
Dinding untuk diri




Monday 17 September 2012

Mari mengira ...

Minggu lepas saya tunjuk satu teknik kira mengira untuk pelajar yang berkira. Orang Kedah sebut ‘berkiqha...’

Kelas itu saya mengajar dua subjek. Satu Prinsip Akaun. Satu lagi Sivik... bukan Fizik ya...
Bila waktu Akaun tidaklah mereka berkiqha. Mungkin subjek peperiksaan. Cepat saja papan tulis tu dipadam...

Sebelum subjek Sivik, ada add math. Maka, seperti kebiasaannya papan tulis penuh dengan jalan kerja pengiraan.

Ok, Siapa bertugas hari ni? Tiada yang mengaku. Semua tidak mengaku. Saya kenal beberapa pelajar yang akan sukarela memadam. Namun, saya halang... sebab orang yang sama.
Tiada jadual tugas. Ini bukan kelas mereka sebab kelas mereka diguna oleh pelajar PMR

Saya tunggu pelajar lelaki yang akan mengaku. Tiada...
Maka....

Hari ni, cikgu nak tunjuk satu teknik berkira untuk semua pelajar lelaki.
Dua belas pelajar Chinese. Hanya lima orang pelajar Melayu
Mereka senyum-senyum... saya pun... Tiada rasa mahu marah

Semua pelajar lelaki berdiri. Setiap orang akan padam dua huruf.... guna jarilah...
Ciguuuuuu!


Maka, semua pelajar lelaki bergilir-gilirlah memadam dua huruf atau nombor yang ditulis. Kemudian ulang semuala sehingga bersih. Tiada bantahan atau rungutan... adil untuk mereka yang berkira

Ciguuuu! Boleh tak saya padam banyak?
Tak boleh! Sebab kamu semua ‘berkhiqa’... boleh padam dua-dua saja...
Proses memadam berlangsung dengan lancar dan ceria.... biarlah

Kemudian kami belajar tentang Perlembagaan Malaysia. Pengetahuan am untuk mereka...
Agaknya, berapa kerat rakyat Malaysia yang ‘tahu’ Perlembagaan?



Saturday 25 August 2012

dinginnya Syawal...

Kadangkala tanpa disedari, diri akan melakukan perkara bodoh...

Tiba-tiba teringat kuah kacang dan nasi himpit Makcik Kantin di rumah...

Sediakan payung sebelum hujan...
Salam Aidilfitri...

Hari ini saya rasa tidak cerdik...
Satu, memilih hari ini untuk bersesak berhujan... membazir waktu...

Dua,...... satu perkara, tindakan, keputusan 'pelik tapi benar' yang telah saya lakukan? patutkah?
menyesal?
risau?
dan
pening?


Wednesday 18 July 2012

cobaan...

mungkin di tempat kerja atau di rumah seseorang ...
atau di mana-mana ...


Insyaallah... ia 'sekolah kehidupan'

Wednesday 4 July 2012

hilang...

Kadangkala, rasa itu tiada
ingin hilang... sembunyi

macam ni?

katanya "cari ilham cikgu..."
Wah.... ok saya abaikan. 
Asalkan semua bahagia. Kerja siap 
haha

kalaulah sembunyi itu boleh selesaikan segalanya...
saya pun nak!!!
.
.
.

kemudian menjelma... dengan senyuman
Selesai


Sunday 3 June 2012

nikmatnya hijau ...

Bila cuti, aktiviti wajib ialah bawa anak buah mengenali alam sekitar. Berduyun-duyun melawat sawah bendang. Rasa tenang yang sukar digambarkan


 muka-muka teruja + takut + geli melihat rupa anak katak, spiderman... haha

Tamat aktiviti 'Ku Lihat Hijau'...

Tempat jatuh lagi dikenang
Inikan pula tempat bermanja bermain

Jangan diikut resminya lalang...
kita ikut resminya padi, makin berisi makin tunduk...

Ya, takkan hilang bisanya siular jika menyusur di bawah akar

mood cuti masih hijau segar...



Thursday 17 May 2012

ia kembali dan lagu itu ...

Assalamualaikum w.b.t
Jujurnya saya semakin jarang-jarang ke sini.

Hampir dua minggu  lebih ia menyorok. Saya mula tinjau-tinjau penggantinya di koperasi sekolah. Tetapi yang seiras dengannya tiada stok. Alhamdulillah... akhirnya menjelma! 
Encik Kalkulator yang 'dijumpai' dan dipulangkan oleh dua jejaka dari kelas perakaunan tingkatan 4 Terima kasih kerana kembali. Kasih tetap bertaut... Sekarang, 'dia', tidak lagi saya tinggalkan bersendirian di meja, sebab susahnya bila 'dia' tiada. Saya sumbat dengan kasih sayang ke dalam handbag birkin saya... berkepit

Tahun ini, ia kali pertama. Kali pertama saya terlepas peluang membuat persembahan nyanyian. Berlagu di depan anak-anak pelajar. Lagu keramat untuk saya. Tiba-tiba rasa sedikit kosong dan tidak lengkap. Rasa rugi dan sedih pulak. Sepanjang 9 tahun perkhidmatan, saya tidak pernah tidak menyanyikannya. Tahun ini, saya terlepas. 16 Mei 2012 saya ponteng menghadirkan diri ke majlis keraian cikgu-cikgu. Rasa rugi sangat. Ia tidak sama rasa ruginya tidak dapat makan-makan, tidak dapat bersukaneka, bercanda, bergelak ketawa sempena keraian tersebut.

Walau ada menonton tv siaran langsung berkaitan di rumah, ia tidak sama. Nak turut berlagu namun semangatnya tidak sama... ish... sekadar nyanyi-nyanyi kecil  dalam hati. Hari itu, saya sakit kepala macam mahu jatuh biji mata. Siapa pernah rasa?

Pagi 17 Mei ke sekolah seperti biasa. Disambut ingatan pelajar tersusun di meja. Terima Kasih!.

Jujurnya bukan ini yang cikgu dambakan. Namun, terima kasih!!. Maaf, terima kasih belum dapat disampaikan secara langsung. Peperiksaan Pertengahan Tahun bersambung semula setelah tergendala memberi laluan untuk 16 Mei.

dan lihat ini, ia mampu membuah kasih dan senyuman. Terima kasih ...
 ada sedikit kesilapan di situ... nanti cikgu beritahu kamu Wan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...