Saturday 30 July 2011

Mama... matilah adik!

“Mama... matilah adik!”
“Mama... matilah adik!”
“Matilah adik......”
Teriakan bercampur tangisan...
Sesiapa yang mendengarnya pasti menyangka sesuatu yang buruk telah menimpa anak tersebut.

Sebenarnya itu secebis cerita mencuit hati yang berlaku di bulan puasa. Hahaha....
Seorang kawan menceritakan telatah anak lelaki ketiganya yang berumur 7tahun belajar berpuasa. Alhamdulillah dia mahu berpuasa penuh. Tetapi bila melepasi jam5 petang anaknya akan membuka peti sejuk dan duduk terbaring di situ sambil meraung “matilah adik....”   haha saya dan rakan yang lain tergelak sakan mendengar cerita itu.

Tapi bila disuruh berbuka oleh abahnya, dia tidak mahu.... Tetap berkeras untuk menyempurnakan puasa hari itu. Dan raungan kesedihan itu terus berulang... bergema pada hari-hari berikutnya... hahaha...
Pasti akan menjadi kenangan indah bila dia dewasa kelak...

Ramadhan yang dinantikan!!!
Ahlan Ya Ramadhan...

Bila nama tidak menggambarkan diri

ASWAD dan JAMIL
Rakan sekolah rendah dan gurauan teguran Ustazah Khadijah
Menerangkan kepada kami pelajar darjah dua
Aswad itu hitam, tapi kamu ini Putih melepak
Kami semua ketawa
Jamil itu cantik... tapi perangai kamu tidak secantik nama
Jadi, cantikkan sebagaimana harapan ibubapa yang menamakan

BICARA RAKYAT... tapi bukan suara rakyat
Bukan rakyat yang berbicara
Bicara juga tidak mewakili rakyat keseluruhannya
Bila sebelah pihak berbicara...
Maklumat disebelahpihakkan
Tuduhan tiada penjelasan
Rakyat tidak dapat kesimpulan... Kebenaran...
Ia bukan lagi BICARA RAKYAT
Jadi, apa yang mereka bicarakan?

Perlukah REBRANDING?
Nama itu satu JENAMA...
Mungkin tidak... Mungkin ya
Tidak perlu menghitamkan ASWAD yang putih
Perlu pula 'cantikkan' JAMIL selayaknya JAMIL
Jika ia BICARA RAKYAT jadikan ia SELAYAKNYA!!!


p/s:malam in tertengok sejenak Bicara Rakyat 'KEDAH JANJI DAN HARAPAN'



Thursday 28 July 2011

SAYA RAJIN BEKERJA!!!

JUMAAT,  SABTU memang CUTI

AHAD pulok CUTI PERISTIWA
ISNIN ni semua sambut  AWAL RAMADHAN
SELASA ada pulok CUTI BERGANTI 

KENAPA BANYAK SANGAT CUTI NI???
SAYA MAHU KERJA
!!!

errrr.... nak pi mana ya???
hati, kepala dan otak 
RASA ringan MAHU TERBANG....
sambil tersenyum... 
Tersengihhhhhh!!!

Tuesday 26 July 2011

Ibu dan anak manjanya...


Pada suatu petang... suasana tenang.... damai...
Ibu Lembu berbual-bual dengan anak manjanya...
Sambil mengunyah kudapan segar yang baru disirami hujan...

Monday 25 July 2011

Itu kereta Isa...

Catatan sepetang perjalanan bersama ayah
Jumaat, petang.
Kereta yang dipandu bergerak perlahan menyusuri mini tar kampung kami. Bertembung dengan 3 orang anak-anak kecil kampung berbasikal. Salah seorang daripadanya mengangkat tayar depan basikalnya... bergaya dengan megah. Dua orang yang menyedari pandangan tajam ayah segera menepi. Anak itu yang tadinya beriak megah kelihatan berubah air mukanya menyedari Pak Ngah Dun ada dalam kereta itu dan sedang merenungnya. Pasti agak risau dileteri ayah bila datang belajar Al-Quran keesokan hari. Saya, emak dan adik hanya tersenyum...

Kami melawat sepupu di hospital. Anak tunggal adik perempuan ayah. Sebenarnya pagi tadi ayah sudah ke sana seorang diri. Setiap hari selepas subuh, ayah adalah pelawat pertama dan tetap yang akan ke sana menghantar sarapan untuknya. Sudah dua minggu. Sampaikan jururawat di sana sudah kenal ayah “Hai... tiap-tiap hari sarapan sampai lebih awal daripada kami ni...?” Tiada yang menyuruh, tapi ayah amat risau bila ada orang sakit. Lagipun hubungan ayah dengan adik beradik dan anak-anak buahnya sangat rapat. Walaupun ayah memang cenge.  Saya mungkin tidak dapat mencontohinya sikap  itu... Ya lah, sekarang, kadang-kadang saudara sendiri pun ada yang kita tidak kenal.

Dalam perjalanan, bertembung pula dengan sekumpulan anak muda bermotosikal...menyelit-nyelit. Ada yang menunggang tanpa kaki, ala-ala superman. Ayah mengingatkan “bawa elok-elok, budak-budak ni bukannya kira apa dah, kita yang kena berjaga-jaga”. Sambung ayah “Entahlah... suka sangat buat kelakuan yang orang benci...”
Dalam hati saya “suka sangat menunggang tanpa kaki macam tu... nanti betul2 tak ada kaki... baru tau”... mungkin saya tidak sesabar ayah.

6.45 petang, bertolak pulang...
Tiba-tiba, adik bersuara “ tengok!!! Kereta apa tu? Macam pelik sikit bentuk kereta tu...”
“Mana adik?” Tanya saya. Kebetulan lampu merah... kami sama-sama menunggu untuk melihat kereta tersebut. Masih baru... Kereta yang dipandu seorang lelaki bersama beberapa lelaki yang lain. Gaya orang bekerja...

“Bukan jenis kereta yang orang nak tengok... orang tengok sapa pemandu, sikap dia, cermat atau tak....” Sambung ayah lagi, “Ni kereta orang baik-baik ni, ada ilmu... faham undang-undang,  kereta Isa ni...”  Lancar ayah menerangkan.

Mak di belakang lantas bertanya “Isa mana?, kenai ka?” . Ayah senyum dan ketawa sedikit... “Laaa... semua orang kenai...” balas ayah.

Saya pun tersenyum sebab ternampak pelekat bulatan berpalang I.S.A pada cermin belakang kereta itu... ha ha saya pun kenal Isa itu...
Adik pula menambah “Ayah nampak tak satu lagi pelekat kat kereta tu?”. Saya tersenyum lagi.... dan pura-pura bertanya... “Yang mana?” 
Ayah menunjuk dengan bangga “Gambar Nik Aziz tu.... “ ha ha... meriahnya perjalanan petang jumaat lalu....

Sunday 24 July 2011

Cikgu panggil kamikah?

Cikgu... jadilah guru kelas kami... kata seorang pelajar lelaki tingkatan 4 kepada saya. Waktu itu, masa rehat, saya sedang sibuk melakukan tugas rutin seorang guru... menanda latihan pelajar.. main rait-rait lagi...
Saya memandang wajahnya yang mengharap... jawapan berhati-hati saya “mana boleh cikgu suka-suka hati minta untuk jadi guru kelas kamu”. Saya masih menganggap ia permintaan individu... “ustazah dah pindah, kami tidak ada guru kelas ni...”
Saya hanya tersenyum “nanti cikgu tengok dulu...”

Dua tiga hari kemudian,  3 orang pelajar lelaki datang lagi ‘melawat’ saya di bilik guru. Sambil berlucu “cikgu panggil kamikah?”.  Saya pandang wajah-wajah ‘kudus’ itu... Dalam hati  “ni mesti cari sebab nak datang lepak bilik guru untuk mendinginkan badan dengan aircond
p/s: Ayat “cikgu panggil kamikah?” adalah ayat biasa bebudak lelaki kelas ini 4 Sains Kejut... kepada saya... apabila mereka singgah menyerap aircond di bilik guru. Saya tahu itu ...
”Cikgu, mahu dak cikgu jadi guru kelas kami??? Jadilah... bolehlah nanti cikgu joint aktiviti kelas kami”.  Saya senyum. “tidak bolehlah macam ni... pihak pengurusan yang tetapkan...”
“ok... dah... mana boleh kamu datang kat bilik guru macam ni.. nanti kena marahlah...” “kami... cikgu panggil kan?...”  Ayat biasa lagi...

Jam11.00 pagi, minggu seterusnya,dua orang pelajar perempuan datang ke meja saya. “cikgu, nak minta tolong ni, boleh tak petang ini tolong ikut kami untuk tempah baju kelas 4SK? Tolong jelaskan pada pakcik kedai tu, tentang design yang kami nak”. Kami dah beberapa kali ke sana... tapi Pakcik tu...”
Tidak sampai hati menolak “ok... tapi cikgu ada mesyuarat guru hari ni...kamu sanggup tunggu? Cikgu tak pasti selesai jam berapa...”
”tak pa, kami tunggu cikgu”
“ok... nanti cari cikgu di bilik guru”

Jam 3.00 petang kami sama-sama bertolak ke kedai Pakcik itu. Rupanya ada 3 lagi pelajar lelaki yang turut serta. Selesai. Biasalah layanan pekedai kepada guru dan pelajar pasti berbeza. Mungkin cara penerangan mereka tidak difahami pakcik.
Senyuman kepuasan dari mereka. “Terima Kasih cikgu!”
Hari-hari berikutnya. “cikgu, cikgu tak mau jadi guru kelas kamikah?” Cikgu dah banyak tolong kelas kami... tengok, kami ada tampal gambar cikgu dalam kelas kami. Jadi kena jadi guru kelas kamilah...”. Mereka lagi... tersenyum-senyum...
Ha ha... saya tersenyum dan pura-pura ketawa seperti orang jahat ...
“ya ka...?  jadi guru kelas atau tidak cikgu tak boleh tentukan... tapi... walaupun cikgu bukan guru kelas kamu, cikgu masih boleh joint aktiviti kelas kamu dan boleh bantu apa yang perlu... kan?”
“Ya... tapi lagi best kalau jadi... “

p/s: Anak pelajar, hanya para guru tahu tanggungjawab dan tugas ‘kerani’ seorang guru kelas. Inilah tahun pertama selama menjadi guru, saya tidak menjadi guru kelas. Mungkin baru berpindah ke sekolah itu... dan nama terlepas pandang. 

Tidak menjadi guru kelas adalah sesuatu yang JARANG BERLAKU. Maka, memohon untuk menjadi guru kelas... seolah ‘melawan arus’ dan entah apa istilahnya...
Tanggungjawab yang diberi tidak akan ditolak...  tapi untuk memohon... menawar diri ... entahlah... hanya tahun ini...

Tapi jujurnya “Saya suka menjadi guru kelas”.  Ada penglibatan dan kemesraan di situ...
Hari ini, soalan yang sama masih ditanya... dan Saya masih rindukan kemesraan menjadi guru kelas di Sabah...


Saturday 23 July 2011

Durian dalam guni

Sambil menunggu giliran ayah mendapatkan rawatan, saya intai 'dinding' Facebook seorang sahabat...

"berita yang disiarkan di tv dan akhbar sekarang macam sembunyikan buah durian dalam guni"

haha... buat saya tersenyum dan ketawa dalam hati...Betul tu...
Berita yang mana ya....

Yang pastinya tiba-tiba teringin pulok nak makan durian
Balik nanti ajak ayah singgah beli kat mana-mana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...