Monday 23 May 2011

encik Kamu dan encik Adab

 Adab... manusia ni kadang-kadang tidak memiliki adab... Rasa macam kasar juga intro hari ni...
Tapi nak juga tulis... sebab tidak faham kenapa sikap orang 'segelintir' macam tu... begitu... begini... 

... rasa hairan sangat.

Tapi betullah adab ni tak semestinya dimiliki oleh orang tertentu. Maksudnya bukan HAK MILIK orang berpendidikan... bukan anugerah khas untuk para ustaz ustazah... bukan milik sesiapa... sebab golongan sebegini pun tak semestinya mempunyai adab.

Sibuk atau penat sangatkah... ? Hebat sangatkah...? jika memiliki senioriti....

Contoh, senyum tanda sapaan juga satu adab... kan? Hidup dalam alam pekerjaan ni, kadangkala kita terserempak dengan golongan yang menghalimunankan kita. Kali pertama bolehla... dikatakan tidak nampak. Kalau berkali-kali? maksudnya itu adab atau akhlaknya.

...                                                                                                                                                                                                    
Kadangkala rasa serba-salah dalam diri, mahu beradab atau tidak... mahu terus menebal muka melempar sesaat senyuman atau tidak. 'Senyum Sapaan' kita hidup dalam alam kerja yang sama. 
....  Penat dengan serba salah

seBulat Mata... sePasang Baju.... seUntai Kisah....

      Mata...entah kenapa segar bugar ja...Bulat dan terang. Apa lagi, tiba-tiba ja datang semangat untuk siapkan baju pesak gantung @ adik beradik baju kurung yang dah lama tertangguh.
     Apalagi... gedak-geduk bunyi mesin jahit tua mak bonda memecah kesunyian malam. Mesin jahit yang banyak berjasa. Seingat saya semenjak sekolah rendah, mesin jahit ni dah wujud. Hasil titik peluh mak bonda kita. Berjasa sangat!!!. Sebenarnya rasa bangga juga bila berjaya siapkan sepasang baju dalam satu malam. Yalah untuk orang yang menjadikan jahit baju aktiviti masa lapang, ia sesuatu yang boleh dibanggakan. Apalagi jika ada semangat nak melaram kesesokan harinya. Malam siap, esok dah boleh pakai. Ish...ish BANGGA tu... (rasa puas dalam hati sendiri ja...)
     Lagi satu, jahit sendiri ni memang menjimatkan... Kalau tempah zaman sekarang ni agak mahal. Tempah double harga kain yang dibeli. Jahit sendiri boleh jimat separuh harga.. pandai berkira-kira cikgu ni. Tapi ada kebaikan dan keburukan juga tempah or jahit sendiri. Bila tempah tak perlulah kita fikir lagi bila nak siapkan baju tu. Jahit sendiri, macam saya, kekadang asyik bertangguh... dah siap baju, tiba-tiba tak ada hati nak pakai corak tu lagi. So, kainnya diabaikan... sampai hari ni ada empat helai baju yang dah siap, tetapi tak jadi sepasang. Sebab? apa lagi... tak ada hati dan sebab baju sendiri, jahit sendiri... so abaikan. Nanti-nantilah bila mood melaram datang...^^
     Pernah sekali, malas punya pasal, pergi tempah baju kat orang lain. Memang jimat masa sendiri, tapi kelemahannya bila tahu menjahit ni, baju yang ditempah rasa serba tak kena. Orang kata 'TAK SEDAP DIPAKAI'. Rasa menyesal dan rugi sangat... rasa span bahu MELEWEH (tak duduk pada tempatnya), potongan pesak baju kembang semacam... bila pakai nampak MEREWANG ja... bukan MEREWANG sebab kuruiiih, tapi baju tu terlebih besar... GELEBEH kata orang Kedah. Kain pakainya pula... kembang semacam. Rasa ralat sangat. Yalah, corak dan warna dah berkenan sangat, alih-alih jadi macam tu pula. Akhirnya, baju tu terHANG saja hingga hari ni. Malasnya nak jahit semula... tunggu ada mood juga... mood rajin. hu hu...
     Rasa nak tergelak pula ... ha ha, bila teringat masa mula-mula belajar menjahit dulu. Masih teringat macamana dok melangut tunggu mak bonda siapkan baju raya kami adik-beradik. Seronoknya dan tak sabar nak tengok hasilnya bila mak bonda cantumkan kain keping-keping yang dipotong. Rasa tertanya-tanya macamana boleh masukkan tangan, boleh ada ruangan untuk leher... ha ha. Masa tu excited sangat nak tahu. Jujurnya, saya belajar dari situ. Apa lagi.. kumpul kain perca yang lebih dan cuba jahit pakai tangan... jahit jelujur orang kata... Kain perca? Ya lah sebab saya cuma buat baju untuk anak patung plastik.
     Siapa pernah ada anak patung plastik yang kita boleh ceraikan badan, kaki, tangan dan kepala tu... Matanya akan tertutup kalau kita baringkan anak patung tu... mesti ada kan. Alah... zaman kita main masak-masah dulu. Ha ha... Sampai longgar sendi tangan, kaki dan kepala anak patung tu... asyik kena fitting baju... Mak bonda tolong jahit sepasang... Lepas tu saya siapkan berpasang-pasang. Macam-macam gaya ada. Masa tu, rasa bangga dan cantik sangat tengok anak patung tu pakai. Perkara ni berlarutan sampai saya masuk sekolah menengah... form 1-2 (Tak ada rasa malu masa tu, cuma bukan anak patung sendiri, tapi buat baju untuk anak patung adik pula... dah pandai guna mesin jahit masa ni... puas sangat)
     Ha! ni satu lagi pengalaman belajar menjahit yang sampai hari ni boleh mengundang ketawa kami adik beradik. Bukan semua... tapi kami 'Saya dan kakak yang kedua' Masa ni, dah pandai guna mesin jahit... belajar? Ya, belajar dengan cara melihat mak bonda... tiba-tiba jadi pandai? Bukan, melihat... memerhati secara mendalam, dan curi-curi guna bila mak bonda tak ada di rumah. Bila dah pandai guna mesin jahit, apa kes nak jahit kain perca. Jadi, kami dua beradik dapatkan kain baju yang lama. Almaklumlah, masa tu mana berani minta ayah belikan 'kain cip' semata-mata untuk belajar menjahit. Kain baju lama tu kami tetas atau buka jahitannya. Kemudian iron supaya hilang bekas-bekas jahitan tu. Memang semangat! Selesai siapkan bahan-bahan, kain dah ada... Mulalah sesi mengambil ukuran. Modelnya adalah kakak saya la... Saya ni Tukang Jahit... Baju yang diingini ialah BAJU KELAWAR@KAFTAN BERLEHER BULAT. Dah siap ukur... mulalah memotong atau menggunting. Ingat lagi, masa tu dah malam.. waktu isyak... Masa potong bahagian lubang untuk leher  tu... dah rasa pelik... tapi teruskan juga... stop!
     Esok balik sekolah, apa lagi... pulunlah menjahit... semangat dok ada niiiii... ha ha. Yang si kakak pun pulun tunggu nak menerai. Sekejap ja dah siap...ala KELAWAR ja... semua jahit lurus... kecuali leher (part yang mencurigakan). Jeng-jeng... dah siap!!!. Mana model? Ha Ha... bila pakai ja... semua ok... tak ketat, tak longgar... leher masuk senang ja, tak sangkut telinga langsung... awat senang sangat???  Ha ha... besaqnya lubang leher tu..... Rupanya salah ukuran... Tukang Jahit (sayalah tu) ambil ukuran ikut cm... tapi masa potong ikut inci... ha ha, apa lagi pakat dok gelak... lepastu sorokkan baju yang tak jadi tu... Tapi semangat tak pernah padam... Esok mula kembali acara mentetas atau membuka jahitan baju lama untuk di jadikan medium menjahit baju yang seterusnya.
     Sejujurnya, pengalaman-pengalaman itulah yang mencambah minat saya dalam bidang jahit-menjahit ni... Nak tahu? Sebenarnya saya baru siapkan sepasang baju pesak gantung malam ni.... Mata masih BULAT... so, minitkan diblog cikguNae...
     seBulat Mata.... sePasang Baju....seUntai Kisah... Mata masih seBulat....
Ok... nak cuba lelapkan mata... STOP.

Friday 20 May 2011

TEKA-TEKI, TEKA-TEKOK, ULAR MATI ATAS POKOK....

Sekadar mengurangkan tension.... melapangkan fikiran dan berfikir di luar kebiasaan
Dalam kelas baru-baru ini, selepas selesai sesi revision bersama pelajar.... untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun.... tiba-tiba seorang pelajar lelaki sambil tersenyum bertanyakan saya soalan ini
Pelajar A  :  Cikgu.... cikgu tau tak beza antara jatuh pokok dengan jatuh perigi?
Saya        :  Beza? kenapa? soalan untuk apa ni?
Pelajar A  :  Soalan la... kalau cikgu tau cikgu jawab la... (dia tersenyum, dan rakan-rakan yang lain mula berkumpul hampir dengan saya.... menunjukkan perasaan ingin tahu)
Saya        :  Oooo.... ini soalan Teka-Teki ke? maksudnya... tak perlu jawapan yang logik sangat lah? 
Selepas saya dan beberapa pelajar lain memberi pelbagai jawapan atau alasan yang konon amat sesuai... kami terpaksa mengalah... Ha ha... jawapan soalan tersebut amat ringkas, logik dan tepat (macamana saya tidak terfikir... ish ish..). Saya tinggalkan soalan pelajar ini untuk difikirkan jawapannya oleh rakan-rakan yang lain. Macamana berani cuba?

Soalan lain yang turut diselitkan... fikir-fikirkan lah ;-)     
Situasi: Dalam sebuah kapal terbang yang membawa pesakit mental
      Semasa penerbangan, keadaan dalam kapal terbang itu sangatlah bising. Semua pesakit mental ini bercakap, menangis, bergelak ketawa yang menjadikan suasana hingar bingar dan tidak terkawal. Seorang Jururawat keluar memarahi mereka dan mengatakan sesuatu. Kemudian Jururawat itu beredar memasuki ruangan kokpit kapal terbang tersebut. Namun, Jururawat dan Juruterbang berasa hairan kerana suasana di ruangan penumpang sangat sunyi...sepi. Persoalannya apakah yang telah dikatakan oleh jururawat tersebut semasa memarahi pesakit-pesakit mental ini, sehingga keadaan menjadi begitu sunyi sepi?

Siapa ada jawapannya?

Thursday 19 May 2011

Pernahkah anda???


Hari Malas.... Minggu Malas.... Bulan Malas? pernahkah kita mengalami perasaan seperti ini?
he he... bukan hari yang malas...  tapi individu yang melalui hari, minggu atau bulan dengan penuh kemalasan.
Pernah tak? Jujurnya, saya akan atau sering juga mengalaminya... entah mengapa? Ia seolah satu putaran, berulang-ulang. Rutin barangkali....
       Terdapat hari di mana kita melakukan segalanya dengan penuh semangat dan keyakinan. Segalanya berjalan mengikut perancangan. Kalau tidakpun, perkara yang tidak selesai akan disambung semula dengan semangat yang tetap membara. Kita mampu tersenyum dan merasai kepuasannya. Malah penampilan dan keyakinan kita amat tinggi. Makan dengan penuh rasa nikmat, malah perbualan dan gurauan bersama rakan atau keluarga terasa amat membahagiakan.
       Namun, bila tiba hari, minggu atau bulan yang penuh kemalasan.... segalanya berubah. Seolah kita menjelma menjadi individu yang amat berbeza. Kerja dilaksanakan tanpa sepenuh hati walau hasilnya masih boleh dibanggakan... tetapi tiada rasa puas, rasa gembira, rasa yakin seperti yang sepatutnya. Apatah lagi keyakinan diri telah melorot ke tangga terbawah. Tegur sapa dengan keluarga dan rakan-rakan kerja hanya sekadarnya... perbualan atau gurauan dirasakan hambar (mungkinkah ada rakan-rakan yang menyedarinya). Walaupun bukannya palsu, namun bukan sepenuh hati. Apapun, hati keluarga, rakan-rakan sebolehnya dijaga, walau emosi dan hati sendiri diserang virus malas yang merosakkan segalanya.
        Emosi yang mendorong perilaku atau tindakan malas ini telah menguasai segalanya. Contoh, malas untuk membuat persediaan ke tempat kerja, menjadikan kita kelihatan tidak bermaya dan paling teruk agak selekeh (mungkin pada mata dan perasaan kita sendiri), yang akhirnya mewujudkan satu perasaan kurang keyakinan untuk menghadapi hari-hari malas tersebut. Segala kerja ditangguh dan dikumpulkan dengan impian akan muncul semangat baru yang mungkin tiba dalam waktu terhampir... 
       Namun agak menyakitkan melalui detik-detik tersebut dengan pertanyaan bila semangat baru akan tiba? mana sifat rajin yang tiba-tiba lesap? mana keceriaan yang benar-benar jujur? mana rasa yakin yang mampu mengalahkan segala rasa malas ini? Persoalan, pertanyaan tanpa ada usaha mengubahnya? Ada usaha... namun minda mengharapkan ia hanya rutin yang akan berlalu mengikut putaran alam... Cepatlah berlalu.
Pernahkah anda???  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...