Thursday 26 April 2012

kuinin buruk jangan lupa, gentarlah...


Mentari tidak pernah mungkir ...
dengan kuasaNYA
 Sekarang, cerah awal, maka subuh awal... sampai tempat kerja pun sepatutnya awal...
Ya, sepatutnya ...
Tapi, bermalas-malasan ...
Sayalah ...

"Tuhanku (Ya Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku... amin"
.
.
.
Oon a.k.a Makcik Kantin 'kejip mata' menyambut munculnya sang mentari
Terima Kasih balik kampung memeriahkan...
Walau, kadangkala mood saya macam buah konen/kuinin buruk
Maaf...
Dengan kuasaNYA
mentari tidak pernah mungkir...
Dengan kuasaNYA
Kalau mungkir???
Bersediakah...

Risaunya jika tiada gentar


Wednesday 18 April 2012

tokey hebat!

.
.
.

"Ramai pelajar mengadu telor goreng sangat berminyak..."
"Tak nak berminyak, makan jam 3.00 petang nantilah..."

.
.
.
.

Untuk pengetahuan, waktu REHAT pelajar ialah jam 10.25 pagi
Hebatnya penyelesaian si tokey

.
.
.

Sunday 15 April 2012

Open Day, cuti, pengsan dan senyum...

Pengsan semalaman!!!
Rasanya semua warga sekolah saya pun macam tu. Rehatkan mental dan fizikal setelah bertungkus-lumus. Perancangan, persediaan, jemputan pelbagai. Kemuncak kerahan keringat adalah seminggu lalu, dan Sabtu (14 April 2012) memaparkan segalanya.
Biar gambar mengkisahkan... (yang dikejip mata oleh handphone cap ayam saya)

Banyak lagi gerai, saya yang malas meronda. Sekadar 'kejip mata' fenomena terhampir awal pagi sebelum kehadiran pengunjung luar. Hanya kelab dan persatuan sekolah yang boleh menjual makanan dan minuman. Pihak luar disyaratkan menjual benda lain.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Agensi Kerajaan, pihak swasta, Kelab dan persatuan terbabit mungkin sibuk menghitung rugi untung. Open Day dah habis, Ahad cuti peristiwa. Boleh pura-pura pengsan sekejap dan esok kita senyum!!!

Friday 6 April 2012

cinta di Pantai Merdeka...

Assalamualaikum...
Akhirnya, selesai sudah Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah KMY. Melibatkan 38 buah sekolah yang dibahagikan kepada 8 kumpulan. Bertempat di SMK Kota Kuala Muda, berhampiran Pantai Merdeka...
Berteduh seketika sementara menunggu giliran menjaring
Kami tidak menempatkan diri dalam kalangan pemenang. Namun, kami juga pemenang...
Pujukan semangat untuk mereka anak pelajar "Semua bermain dengan baik, memberi saingan ... "

"Tapi cikgu, kami tak puas hatilah"
"Tak pa, next year cuba lagi... jom balik.... jauh ni..."
66.9km saja dari sekolah

"Cikgu jom kita singgah Pantai Merdeka?"
Solat asar pun sudah menghampiri jam 6 petang. Tidak sempat menyinggah untuk bercinta di Pantai Merdeka... Jom balik.... lain masa mungkin...

Pemandangan di Pantai Merdeka.
Saya singgah buat pertama kalinya semasa datang mendengar taklimat Kejohanan Bola Jaring pada bulan sebelumnya. Oleh kerana tiba terlebih awal, ambil keputusan merasai angin Pantai Merdeka di tengah rembang mentari... seorang diri.
lembu tidak dibenarkan masuk...

Selesai... Mari memfokus ke arah Tugasan Projek 3756/3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...