Jujurnya saya semakin jarang-jarang ke sini.
Hampir dua minggu lebih ia menyorok. Saya mula tinjau-tinjau penggantinya di koperasi sekolah. Tetapi yang seiras dengannya tiada stok. Alhamdulillah... akhirnya menjelma!
Encik Kalkulator yang 'dijumpai' dan dipulangkan oleh dua jejaka dari kelas perakaunan tingkatan 4 Terima kasih kerana kembali. Kasih tetap bertaut... Sekarang, 'dia', tidak lagi saya tinggalkan bersendirian di meja, sebab susahnya bila 'dia' tiada. Saya sumbat dengan kasih sayang ke dalam handbag birkin saya... berkepit
Tahun ini, ia kali pertama. Kali pertama saya terlepas peluang membuat persembahan nyanyian. Berlagu di depan anak-anak pelajar. Lagu keramat untuk saya. Tiba-tiba rasa sedikit kosong dan tidak lengkap. Rasa rugi dan sedih pulak. Sepanjang 9 tahun perkhidmatan, saya tidak pernah tidak menyanyikannya. Tahun ini, saya terlepas. 16 Mei 2012 saya ponteng menghadirkan diri ke majlis keraian cikgu-cikgu. Rasa rugi sangat. Ia tidak sama rasa ruginya tidak dapat makan-makan, tidak dapat bersukaneka, bercanda, bergelak ketawa sempena keraian tersebut.
Walau ada menonton tv siaran langsung berkaitan di rumah, ia tidak sama. Nak turut berlagu namun semangatnya tidak sama... ish... sekadar nyanyi-nyanyi kecil dalam hati. Hari itu, saya sakit kepala macam mahu jatuh biji mata. Siapa pernah rasa?

Pagi 17 Mei ke sekolah seperti biasa. Disambut ingatan pelajar tersusun di meja. Terima Kasih!.
Jujurnya bukan ini yang cikgu dambakan. Namun, terima kasih!!. Maaf, terima kasih belum dapat disampaikan secara langsung. Peperiksaan Pertengahan Tahun bersambung semula setelah tergendala memberi laluan untuk 16 Mei.
dan lihat ini, ia mampu membuah kasih dan senyuman. Terima kasih ...
ada sedikit kesilapan di situ... nanti cikgu beritahu kamu Wan...

Selamat Hari Guru.
ReplyDeleteBanyoknya hadiah.
Terima kasih Cikli...
Deleteteringat karangan dulu-dulu..."aku sbg sebijik kalkulator"
ReplyDeletenahmy,
Deleteya kan, dulu-dulu karangan sebegitu femes...
dan pastinya sad ending... tuan beli yang baru
sakit kepala ke ari tu~ tak pe la. tahun depan ada lagi kan? best ye jadi cikgu. tiap2 tahun dpt hadiah~
ReplyDeleteya dhiera, sakit kepala sangat
Deletehadiah ingatan pelajar...
kali ni sy dapat dua kali hadiah. hadiah hari guru dan hadiah perpindahan saya ke kelantan utk sesi jun 2012.
ReplyDeleteWah... dapat pindah cg.Shameel
DeleteSelamat kembali ke kampung halaman
tentu amat sibuk dgn urusan perpindahan
skrg tgh tunggu surat lapor diri. dah tahu kt internert dpt jeli. jauh juga dari rumah saya kt bachok tu.
DeleteSemoga dipermudah segala olehNYA...
Delete