Tuesday, 1 May 2012

'kaki leter' sangat penting untuk saya...

termasuk hari ini, sudah tiga hari ia menyorok
Susah! memang menyusahkan! 

 kaki leter saya hilang... rasa pening, sebab sangat-sangat memerlukan kaki leter itu. 
Ia pelengkap saya di tempat kerja. Kalau tidak berkaki leter ia bukan saya...

Pagi Ahad, ia masih ada. Saya berkaki leter awal kerja lepas sarapan sehingga waktu rehat untuk semak jawapan Kerja Kursus Prinsip Akaun anak didik tingkatan 5. Ia memang penting!

Kaki leter   atau Kaku letor  yang nama sebenarnya Kalkulator atau mesin kira...  mana kamu???

Sebelum ini pun pernah beberapa kali ia lesap. Rupanya ada pelajar tersilap ambil. Datang bersoal-jawab di meja saya dan mengangkut kaki leter kalkulator saya bersama. Konon-konon milik mereka. Walaupun kadang-kadang saya tidak sedar ia berlaku, seketika nanti atau esoknya pasti dikembalikan dengan senyum simpul. Saya tidak kisah kerana selalunya begitulah... ataupun yang meminjam semasa sesi pembelajaran dalam kelas kerana terlupa membawa. Ia biasa kerana rupa kaki leter kalkulator memang sama. Hanya pemilik yang 'tahu' perbezaannya. Ya, selalunya ia pasti dipulangkan

Kadang-kadang rasa hairan dengan pelajar yang mengambil subjek add math, fizik, akaun yang sering terlupa membawa kalkulator. Rasa pelik, tapi benar.  

Tapi, kali ini lain. Sudah tiga hari ia menyorok. 
Minda masih mencari titik hilangnya... tidak ketemu 

diucapkan "Selamat Hari Pekerja untuk semua"
dengan pertanyaan sudah bergaji dan bercukai?

Kaki leter Kalkulator kembalilah! kita perlu kerja bersama




8 comments:

  1. sehari dua lagi ketemu lah tu.

    ReplyDelete
  2. kalkulator tu penting kot. asal boleh tertinggal budak2 ni~ grrr...

    sabar menanti kalkulator kamu pulang ya!

    ReplyDelete
  3. Assalamuaaikum wbt..

    Alahai...sian cgu...barang berharga tu memang penting laa...saya ada....kasi cgu pinjam ea...saya tak guna lagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...

      :-) nanti sambung belajar gunalah tu...
      Norieda, cikgu dah hilang 2 biji kalkulator saintifik sebelum ni di Sabah. Yang ni, adik cikgu yang bagi. Rasanya ada nanti...

      Delete
  4. tanpa Kalkulator mcmmalah nak ajar prinsip akaun kan. hahaha. Ajar sejarah bolehlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cg.Shameel,
      itulah... nak ajar 'Sejarah Kalkulator' lah...
      atau 'Kalkulatorku tinggal sejarah?' :-)

      Delete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...