Cukup tiga hari. Tamat berkursus Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Apakah PBS? Pasti ramai yang sudah maklum, pelajar tingkatan 1 tahun ini tidak lagi menduduki PMR. Tiada lagi peperiksaan.
Jadi, bagaimana prestasi pelajar dinilai? Berdasarkan pembangunan emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar sepanjang tahun. PBS adalah penambahbaikan sistem pendidikan kita yang terlalu menekankan pencapaian akademik. Ia masih di peringkat permulaan. Kita sama-sama tunggu apakah kesan penambahbaikan tersebut. Samar-samar ... sila tanya En. Google ke laman berkenaan kerana otak saya agak tepu.
Namun, yang pasti kursus ini mampu mencerahkan. Bermula dari apa, mengapa, siapa, bagaimana, bila, etc...etc ... sehingga ke proses pembinaan instrumen untuk mengukur perkembangan pelajar.
Nampak peserta kursus jarang-jarang?. Ramai sebenarnya. Tapi masing-masing berada dalam kumpulan untuk pembinaan instrumen setiap bab mengikut TAFSIRAN BAND yang ditetapkan.
Perlaksanaan PBS perlu dimulakan. Memerlukan banyak persediaan. Yang pasti melibatkan banyak fail. Ya, fail untuk setiap pelajar, yang mengandungi semua matapelajaran. Setiap evidens (adakah ini ejaan yang dimelayukan?) perlu disimpan. Wah! sistem pemfailan perlu diperkasakan di setiap sekolah. Ayoh semua!!!
Tamat kursus PBS Sejarah. Esok ke sekolah seperti biasa. Musim Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah bermula. Ishhhhhhh... bagaimana anak didik akaun saya. Tidak sempat membincang apa-apa tips nasihat ni... Namun pesanan telah diberi " telaa'h ulangkaji semua topik yang sudah dipelajari. Usaha dan tawakal lah kamu semua. Good Luck!!!"... dan esok juga ada kursus Think Tank Prinsip Perakaunan yang perlu dihadiri.
72
72
72
24
72
72
24
72
haha... apa ni? cuma bilangan anak tangga yang dipanjat setiap satu hari semasa berkursus. Maka, ia memang berkursus, makan-makan dan berkurus.
Opppssss.... semoga esok Encik Kalkulator akan menunggu tersenyum di meja saya.
PBS pulak dah?
ReplyDeleteCikli,
DeleteYang Menurut Perintah...
kursus,kurus,kursus,kurus,kursus... sebut byk2 kali sama je bunyinya.. apa2 pun... tahniah krn telah selesai semuanya... cikgu tetap hebat!!!
ReplyDeleteYa, kursus dan kurus, tapi tak kurus sebab banyak makanan...
Deletesaya pun kena hadir jugak kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ni. Tapi sy gunakan alasan sy ni bakal berpindah jadi rugilah kalau hanatr saya.Pastu cikgu lain yg kena ganti, huhuhu
ReplyDeletecg.Shameel minta pindah balik kampung tahun ni?
DeleteSaya sebenarnya tak nak pergi kursus PBS Sejarah ni, sebab sekarang tengah sibuk dengan Kerja Kursus P.Akaun. Pemantauan kali pertama Pentaksir sebelum cuti ni... Bertembung pula dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun. kesian pelajarlah...
Tapi, dapat surat, nama naik... pergilah... sebab yg ajar Sejarah form1 dengan saya PK dan Ketua Panitia
aik, kalau tak baca blog ni confirm tak tahu dah xda PMR. dulu dengar2 rumours je~ eh, dah tahu ke sapa yang amek kalkulator tu?
ReplyDeletedhiera, tak tahu siapa yang ambil, tapi ia dah dikembalikan... :-)
Delete