Wednesday 31 August 2011

Hitamkah Pak Tam itu???

Abdul Waffiy & Muhammad Naim






Waffiy : Mama... mama... Pak Tam itu bukan hitam pun.... kenapa panggil Pak Tam?

Waffiy : Cuma... kat sini je yang hitam... (sambil pegang dagunya...)

Errr... apa yang ada pada dagu Pak Tam???


Friday 26 August 2011

Toleh-toleh sebelum buka...

26 Ramadhan 1432H

Jalan raya agak sesak.
Suasana balik kampung bermula, mood raya juga!

Di mana-mana, kesesakan jelas...
Kemunculan bazar Ramadhan memeriah suasana
Banyak juadah yang sukar atau jarang kita jumpa, tiba-tiba muncul di mana-mana
Cuma yang sukar atau susah nak dapat ialah tempat parking!

Tempat parking memang diperlukan!
Mendapat permintaan ramai...
Semua nak parking tempat yang berdekatan...
Mudah, tak perlu berjalan jauh
Lagipun sekarang musim hujan

Jadi, sesiapa yang parking pada tempat tidak sepatutnya,
Berhati-hatilah... Toleh-toleh sebelum membuka pintu
Tindakan kita kadang-kadang mengundang bahaya...
Pada diri sendiri atau orang lain juga

Hari Ahad lepas,berhampiran sekolah saya...
ada nahas jalanraya yang membawa maut
Puncanya? Buka pintu kereta secara tiba-tiba

Begini ceritanya...
Seorang guru perempuan membonceng motosikal anaknya
Motosikal ditunggang seperti biasa bukan ala2 samseng jalanan
Dibahu jalan ada sebuah kereta berhenti... pintu dibuka secara tiba-tiba
Pemandu kereta tersebut tidak melihat motosikal yang sedang melalui jalan tersebut
Terkejut tindakan pemandu kereta,
Anak guru terpaksa mengelak pintu kereta
Membelok ke kanan...
Secara tiba-tiba, mungkin terkejut, tidak lagi dapat berfikir
Tidak lagi melihat apa di depan
Bertembung dengan lori tanah dari arah bertentangan
Mereka digilis!

Menurut rakan guru, jiran guru malang tersebut
Separuh badan hancur bertaburan
Anaknya pelajar matrikulasi yang bercuti kritikal... ICU
Sedihnya, pemandu kereta tersebut melarikan diri selepas kejadian
Belum ditemui

Ahad itu, semasa saya pulang dari sekolah,
Tempat kejadian masih ada pengunjung...
Saya melihat jalanraya itu basah
Basah kerana mencuci kesan darah tragedi

Semalam, mendengar khabar, anak itu mengikut ibunya
Al-Fatihah untuk kedua mereka

Bagaimana agaknya hidup pemandu kereta yang melarikan diri?
Hidup dengan perasaan bersalah... Pengecut!!!

Untuk semua,
Berhati-hati... Semoga kita semua di bawah pemeliharaanNYA

Tuesday 23 August 2011

Anda ranggi?

Dalam mesyuarat guru 21 Ogos 2011
Mesyuarat guru dimulakan oleh Tuan Pengetua. Di khabarkan bahawa penulis terkenal saudara Azizi Abdullah sudah kembali ke rahmatullah. Al Fatihah... semoga beliau di tempatkan dalam kalangan orang yang soleh di sisiNYA.... Amin

Allahyarham memang merupakan penulis terkenal. Generasi 40an... 30an... dan penghujung 20an pasti tahu atau pernah mendengar 'Seorang Tua Di Kaki Gunung'.
Di rumah pun ada buku itu. Tapi hilang dicelahan buku-buku tua yang telah lama tidak terusik.
Tapi, ada sebuah lagi buku karya santai Allahyarham Azizi Hj. Abdullah yang tiba-tiba muncul diminda. Seingat saya bulan lepas saya menegur adik "Amboi.... baca buku ranggi...". Ya, entah siapa yang membeli buku tersebut "GAYA HIDUP RANGGI" tulisan Allahyarham. Tidak pernah saya tahu kewujudannya sebelum ini. Mungkin kakak kedua pada zaman bujangannya dulu.

Waktu itu, saya hanya membelek sepintas lalu, membaca bahagian-bahagian menarik. Tersenyum membaca bait-bait kata teguran sinis tulisan Allahyarham. Rasanya tulisan beliau agak rapat dengan suasana kehidupan masyarakat kita.
Lihat saja Isi kandungan yang dilampirkan dalam kisah 'GAYA HIDUP RANGGI' ini. Ia memang mencuit hati untuk terus mendalami... tersenyum bila secara tidak langsung rasa tersindir...
KANDUNGAN
I
MELANCONG DAN TERBANG BAGAIKAN BURUNG-BURUNG -11

II
HARLEY DAVIDSON ADALAH CUMA-CUMA - 18

III
LAKUKAN APA SAJA, ASALKAN SENANG - 21

IV
PESTA SEMESTINYA MEWAH - 38

V
MAJLIS PERKAHWINAN MESTI ADA 'CLASS' - 50
VI
MAKAN BUKAN KERANA LAPAR - 67

VII
MEREKA PERLU 'PRIVACY' - 78
VIII
APABILA 'BOSS' DI LAUT, PEJABATNYA DI MANA? - 95

IX
PULAU ADALAH DUNIA KEDUA – 104

X
JED, HIJAU KEMILAU HANYA UNTUK ORANG EGO - 108

XI
MAU KE MANA BILANG SAJA – 114

XII
HIDUP BUKANLAH APA-APA:
Satu tanggapan yang salah - 119

Ia adalah gambaran teguran penulis menggenai budaya hidup membazir yang membawa kepada budaya hidup angkuh serta ranggi yang kini berleluasa dalam masyarakat... Terpukau dengan budaya hidup selesa serta megah, maka nilai masyarakat turut berubah...
Nilai kemanusiaan dan kasih sayang berubah kepada nilai materialistik dan individualistik.
Semoga semua tulisan beliau sedikit sebanyak mencuit kita untuk memuhasabah diri.
Terima Kasih Saudara Azizi Hj Abdullah

Friday 19 August 2011

Ooo di kepalanya ...

Berbual-bual dengan mak di dapur
ditemani aroma pulut udang dibakar
Tiba-tiba....
Terdengar laungan ayah,
Memanggil mak

Mak bergegas keluar...
saya menemani sipulut udang ... jangan hangit!
Lama kemudian mak masuk
"Dua ekor burung achondroplasia telah mati... dibunuh!"
Mereka tidak boleh terbang
Terbang menyelamatkan diri seperti yang lain

Mak di dapur...
Saya ke lokasi kejadian
Ala-ala wartawan menginterview ayah:
Ayah bercerita bersungguh-sungguh
berulang-ulang...
"suspek berkemungkinan sudah lama berada dalam kediaman mangsa!"
nasib baik tiada apa-apa...
sebab Ayah baru masukkan bekalan makanan ke situ

Tempat kejadian kelihatan berselerakan
Telur burung yang belum menetas bertaburan
Saya snap sekeping gambar suspek:

Sikepala 'O' yang ditewaskan ayah
Saya cuba membayangkan ketakutan mereka...
Mengelakkan diri dari serangan pembunuh!
Ia kenyataan bukan mimpi...
Dipatuk sikepala 'O'

Oh... sangat menakutkan.....
Lainlah, jika dipatuk ular itu cuma mimpi 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...