Sunday 23 October 2011

Sayang itu Kasih

...
...
...

Kamu-kamu semua
Bila mau pulang?
Bila ayah bonda kamu perlu pergi kursus lagi?
Transitkan kamu di sini
Cepat pulang!!!

Saya mahu mengusik
Main gaduh-gaduh...

Antara bait kata : Lagu Tema Hari Kanak-Kanak SeDunia
...
curahkan belaian mesra
berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cinta
sesama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang

Happy Deepavali  (-‘-)
Selamat bercutiiiiiiii...

Tuesday 18 October 2011

Pasai apa pi lempaq buang???

Eh??? Kenapa kamu di sini? Kan ada perhimpunan?
Saya nak TURUN ke BAWAHlah ni cikgu
Sekarang? Kenapa ‘turun kat atas’ lagi?
Sindiran pada pelajar tiba-tiba mencuit hati saya.... haha
Rupa-rupanya saya baru sedar kesalahan itu sering kita lakukan. 
Kesalahan dalam percakapan
Contohnya:
“Kamu nak NAIK  ke ATAS ke?
Takkan nak naik ke bawah pula

“cuba UNDUR ke BELAKANG sedikit”
Haha... undur ke depan... boleh?
Memang kesalahan yang ketara, namun kita tak sedar pun.

Apa lagi???
 “Orang tu tak nampak, MATANYA BUTA”
Rasa macam tak salah pun kan? Ayat sepatutnya “Dia buta”
Kerana tak mungkin anggota badan yang lain pula buta...
Errrr... kalau kudis buta? Haha ha...

Tapi ada ayat orang Kedah yang selalu kedengaran.
Dua perkataan yang selalu bersama... Memang tak boleh dipisahkan
Kalau tak sebut secara bersama, macam tak sedap didengar
“LEMPAR BUANG”
Orang Kedah sebut dengan penuh ghalghalahnya “LEMPAQ BUANG”
“Mak Ngah lempaq buang buah degheyan tu... Ada ulat kuek-kuek”


Saturday 15 October 2011

Mari bermain gaduh-gaduh!!!

Eh? Kenapa ramai-ramai ni
Senyum-senyum... 5-6 orang pelajar tingkatan 1
Cikgu hari ni masuk kelas kami tak?

Laaaaaaa.... kamu tanya cikgu???
Jadual kelas kamu??? (Ayat tidak mahu jawab soalan tak logik)















Cikgu masuk la... kita main gaduh-gaduh
Kenapa....???
Senyum-senyum lagi.
Pandang wajah ramai-ramai tu... Oooooo
(dua hari sebelum: saya ada cakap “siapa nak gaduh dengan cikgu pasal malas dan tak siap kerja... cikgu akan bergaduh habis-habisan”. Dan hari tu kami semua balik lewat sebab mereka tidak siapkan kerja rumah minggu sebelumnya)

Cikgu masuk la... kami dah siap latihan cikgu (dalam hati, latihan cikgu??? Latihan itu untuk kamu lah....)
Hari ni cikgu mana ada masa kelas kamu...

SiSyafiq mulut tak menahan “ala cikgu takut lah tu... kami dah siap...”
Oooo.... sebab kamu dah siap latihan, nak menunjuklah tu...
(dalam hati saya rasa lawak dan seronok)

Untuk lebih kejam “Tak pa dah siap, siapa tiang-tiang saja dan salah. Pembetulan lima kali”
Mana ada... kalau kami salah sikit ja... cikgu belanja!

Buat muka berkerut...naikkan anak mata ke atas sikit...
Muka jahat!
Ok, esok cikgu nak tengok...  
Dah! Tak mau ramai-ramai kat sini.


Qamus: ‘Tiang-Tiang’ = tembak-tembak jawapan

(bahasa pelajar Chinese)


Tuesday 11 October 2011

Amboi.... beli lembu sampai dua ekoq!

Sapaan dan senyuman yang indah, pagi dingin ...
cikgu! cikgu!
Ya .... kenapa?
Cikgu, lembu-lembu tu dah ada.... sampai pagi tadi
Ya ka..... ok...ok, nanti cikgu pi ‘melawat’ .... Terima Kasih ...
...                                                                                                                                                            
Tengahhari di koperasi
... cikgu nak beli lembu ka?
Yup! cikgu nak dua ekor
Lembu pink? (Errrr..... ???)
Tak... nak yang coklat ja...
Terima Kasih
Sama-sama tersenyum,
...                                                                                                                                                              
Susulan selepas itu
Amboi, Cikgu Nae... lepas dengar bajet, beli lembu sampai dua ekoq...
Haha...  ustaz Fadzil ni... itulah ... ustaz nak sekor?
...                                                                                                                                                              
Hakikat sebenar: Bajet bagi saya
Alhamdulillah, sebagai penjawat awam...
Hakikatnya, mampukah saya membeli lembu-lembu itu... haha ha

Tidak mungkin kerana bajet itu saya bersuka-suka membeli lembu
Membeli apa sahaja
Tidak!
Kerana saya tahu, GST mungkin sedang menunggu
Cukai barangan... perkhidmatan GST
Khabarnya akan dilulus dalam sidang Dewan Rakyat kelak
Ada peningkatan gaji, adalah nanti peningkatan yang lain
Pasti ada timbal balik ... sorong papan tarik papan

Juga cerita-cerita harga rumah yang mungkin akan meningkat... kata rakan mungkin 20% tahun depan
Minggu lepas, kami yang belum ada aset tersebut, ronda-ronda melihat rumah-rumah
sekitar Gurun, Sungai Petani... tapak rumah tanah bukit, tanah potong
Lagak bagai penyelia melawat tapak projek
Kata rakan mesti beli tahun ini... dalam hati saya turut risau
Tidak mahu gopoh... namun memang risau

Kalau saya penjawat awam ini ada kerisauan
Saya terfikir mereka yang lain...
Pekerja tanpa slip gaji ... juga pekerja swasta...
Pekerja kotaraya yang tinggi kos hidupnya

Kesimpulannya:
Mari kita merancang perbelanjaan kita
Bijak-bijaklah berbelanja

Thursday 6 October 2011

bukan remaja ...

Situasi: Nasihat dan kadangkala dianggap leteran  (sambil berjalan sebelum keluar kelas... santai)
 
Kamu janganlah buat sesuatu yang membuang masa...
Yang menyebabkan kamu ketagih ....
Lebih-lebih lagi sebelum habis SPM ni...
Kalau pandai urus masa oklah...
Tapi, sebaiknya... elakkan!!!

Yakan cikgu... macam facebook tu...
Cikgu hairanlah..... apa yang best sangat berfacebook tu???
‘Kaddang-kaddang’ ja cikgu jengok... macam takde benda pun...
Cikgu, cikgu bukan zaman remaja lagi....
OOooooooooooooooo.... cepat saya jawab, senyum...
sambil pura-pura buat muka kelat
Jalan nyong-nyong keluar kelas
 

Wednesday 5 October 2011

Selesema 2.0


Bersin itu berlumba-lumba
Acccim!
Accom!
Hashim!
Errrrrr bukan cikgu Hashim...
Tanda dia selesema....
Selsemakah?
Selesema 2.0 kah?
Ruang mata sudah rasa panas, berpinar-pinar
Tanda demam sudah datang...

Tidak mahu fikir banyak
Rehat... Tidur...
Mahu selimut bersimpul macam ulat dalam kepompong
Celik esok, moga selesema itu pudar
Rajin dan semangat!
Di luar hujan masih menderu

Ingatan untuk diri:
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kehawatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya kerananya.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Monday 3 October 2011

Hujan

           Ujan rintik-rintik

Buaya celah batu
Sapa kata hang cantik
Muka macam hantu!

Itu pantun dalam situasi tegang masa kecik-kecik dulu.
Zaman sekolah rendah ... darjah satu dua
Pantun tak puas hati ...
Mau bergaduh, bukan bergaduh tumbuk-tumbuk
Tapi, bergaduh kata mengata
Selalunya budak lelaki yang dok pantun lagu tu...

Teringat ayat-ayat balasan...

Tak cantik sudah...
Bini hang nama Bedah 
        P/s:  Bedah itu tidak wujud,  jangan guna nama orang sebarangan

Tapi hari ni, bukan sekadar ‘Ujan rintik-rintik’
Tapi, hujan yang lebat selebatnya ....
Dari jam3 petang hingga ke malam
Tiada henti
Mungkin anugerahNYA  untuk pesawah ...
tidak perlu lagi mengepam air untuk mengairi sawah...
Sekarang musim membajak bermula

Dilarang 'memfoto' ketika memandu
... hujan yang turun bagaikan mutiara ....
Lagu Allahyarham Sudirman pulok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...