Thursday 17 May 2012

ia kembali dan lagu itu ...

Assalamualaikum w.b.t
Jujurnya saya semakin jarang-jarang ke sini.

Hampir dua minggu  lebih ia menyorok. Saya mula tinjau-tinjau penggantinya di koperasi sekolah. Tetapi yang seiras dengannya tiada stok. Alhamdulillah... akhirnya menjelma! 
Encik Kalkulator yang 'dijumpai' dan dipulangkan oleh dua jejaka dari kelas perakaunan tingkatan 4 Terima kasih kerana kembali. Kasih tetap bertaut... Sekarang, 'dia', tidak lagi saya tinggalkan bersendirian di meja, sebab susahnya bila 'dia' tiada. Saya sumbat dengan kasih sayang ke dalam handbag birkin saya... berkepit

Tahun ini, ia kali pertama. Kali pertama saya terlepas peluang membuat persembahan nyanyian. Berlagu di depan anak-anak pelajar. Lagu keramat untuk saya. Tiba-tiba rasa sedikit kosong dan tidak lengkap. Rasa rugi dan sedih pulak. Sepanjang 9 tahun perkhidmatan, saya tidak pernah tidak menyanyikannya. Tahun ini, saya terlepas. 16 Mei 2012 saya ponteng menghadirkan diri ke majlis keraian cikgu-cikgu. Rasa rugi sangat. Ia tidak sama rasa ruginya tidak dapat makan-makan, tidak dapat bersukaneka, bercanda, bergelak ketawa sempena keraian tersebut.

Walau ada menonton tv siaran langsung berkaitan di rumah, ia tidak sama. Nak turut berlagu namun semangatnya tidak sama... ish... sekadar nyanyi-nyanyi kecil  dalam hati. Hari itu, saya sakit kepala macam mahu jatuh biji mata. Siapa pernah rasa?

Pagi 17 Mei ke sekolah seperti biasa. Disambut ingatan pelajar tersusun di meja. Terima Kasih!.

Jujurnya bukan ini yang cikgu dambakan. Namun, terima kasih!!. Maaf, terima kasih belum dapat disampaikan secara langsung. Peperiksaan Pertengahan Tahun bersambung semula setelah tergendala memberi laluan untuk 16 Mei.

dan lihat ini, ia mampu membuah kasih dan senyuman. Terima kasih ...
 ada sedikit kesilapan di situ... nanti cikgu beritahu kamu Wan...

10 comments:

  1. Selamat Hari Guru.
    Banyoknya hadiah.

    ReplyDelete
  2. teringat karangan dulu-dulu..."aku sbg sebijik kalkulator"

    ReplyDelete
    Replies
    1. nahmy,

      ya kan, dulu-dulu karangan sebegitu femes...
      dan pastinya sad ending... tuan beli yang baru

      Delete
  3. sakit kepala ke ari tu~ tak pe la. tahun depan ada lagi kan? best ye jadi cikgu. tiap2 tahun dpt hadiah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dhiera, sakit kepala sangat
      hadiah ingatan pelajar...

      Delete
  4. kali ni sy dapat dua kali hadiah. hadiah hari guru dan hadiah perpindahan saya ke kelantan utk sesi jun 2012.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... dapat pindah cg.Shameel
      Selamat kembali ke kampung halaman

      tentu amat sibuk dgn urusan perpindahan

      Delete
    2. skrg tgh tunggu surat lapor diri. dah tahu kt internert dpt jeli. jauh juga dari rumah saya kt bachok tu.

      Delete
    3. Semoga dipermudah segala olehNYA...

      Delete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...