Sibukkan diri siap bahan-bahan untuk hiasan kelas
Bila jadi guru kelas untuk tingkatan satu, maka secara automatiknya segala persediaan merupakan tanggungjawab guru
Tingkatan satu yang masih kebudak-budakan... Mereka rajin dan boleh disuruh, tapi tidak bolehlah mengharapkan hasil yang luar biasa daripada mereka. Lainlah kalau pelajar menengah atas.
Namun, keterujaan dan semangat mereka memang luar biasa.
Minggu lepas ada pelajar bertanya “cikgu, bila nak hias kelas kita?”
Saya tahu ia penting, biasalah ada pertandingan kebersihan dan keceriaan. Kesibukan yang menimbun menghalang operasi tersebut.
Saya jawab “Yang penting sekarang kelas kita mesti bersih, baru boleh hias ada jadual tugas, jadual waktu... oklah...”
“Nanti kelas kita tercorot?”
“Takpa lah nanti kamu kena denda kat perhimpunan. Satu kelas cuci tandas” sengaja saya tambah kegusaran kanak-kanak.
“Eeeeeee.... jomlah kita hias cikgu” Ketua Tingkatan bimbang
“Cikgu, kena denda kat perhimpunan tu depan pelajar yang lain?” pelajar perempuan resah
Saya jawab “Yalah, bagi kamu malu...”
Haha... sebenarnya saya tipu. Saya pun tak tahu apa denda yang akan dikenakan
“Cikgu kita buatlah hari Sabtu nanti...”
Ini bahagian yang seronok bila jadi guru kelas tingkatan satu. Mereka mudah takut, percaya. Tapi, yang pening campur sikit geram, mereka banyak soalan... banyak lari-lari, lompat-lompat... dan jerit-jerit.
Maka, hari Khamis kami tetapkan. Berjanji turun hari Sabtu ini. Saya tidak paksa semua datang. Siapa sukarela, ikhlas
Yang tinggal jauh, ada kesukaran, kekangan tidak perlu datang. Semua yang ingin datang 17 orang. Itupun dah ramai. Maka, saya beri nombor handphone saya untuk dihubungi. Siap dengan pesanan “Jangan dok sms cikgu perkara yang tak perlu. Ia untuk kecemasan, kalau kamu lewat, atau tidak dapat datang. Selamat sampai rumah atau tidak. Supaya cikgu tak risau”
Malam sebelum Sabtu, dapat sms dari pelajar perempuan
“Cikgu, nak pakai kasut apa?”
Ishhhh....
“Cikgu, boleh pakai tudung warna lain tak?”
Maklumat ini telah dibincang dalam kelas... Pelajar perempuan memang itu yang mereka risaukan
Jam 8.15 pagi, Sabtu
Sampai di sekolah. Semua yang datang 20 orang.
Ayat pertama pelajar lelaki “Cikgu, lama kami tunggu, dah lapar ni...”
Itu ayat biasa pelajar lelaki... Janji 8.00-8.15pagi, belum mula kerja dah lapar.
Jangan bimbang, cikgu yang rajin dah masakkan nasi lemak. Ada kategori A=Ayam / BT= Bilis Telor / I=Ikan. Cikgu siap bungkuskan dalam daun pisang. Rajinkan cikgu ni...
Hihihi, saya masak tunjuk-tunjuk kat kedai. Label A, BT dan I ada pada bungkusannya, dan ada karipap panas!. Cuma, minumannya air kosong.
Maghi berkoje...
Kita semua sepakat... di kampung hai pening lalat...
Biarlah tidak seceria mana, yang penting kemas, bersih... menyambut seruan, melibatkan diri
Maghi berkoje...
Kita semua sepakat... di kampung hai pening lalat...
Biarlah tidak seceria mana, yang penting kemas, bersih... menyambut seruan, melibatkan diri
Jam 12.30, semuanya selesai. Nasi lemak dan karipap selesai lebih awal. Semua selamat sampai rumah. Hati senang... Ahad cuti
Salam Maulidurrasul
ASSALAMUALAIKUM WBT..
ReplyDeleteWahh...seronoknya jadi cikgu ya cikgu?? ^_^
Hias kelas memang seronok...menjadi saat2 manis apabila kelas sentiasa mendapat anugerah kelas terbersih..^_^
Waalaikumussalam wbt... Noorieda
DeleteBetul!
Semangat menghias kelas antara kenangan indah & kelakar semasa bergelar pelajar
Assalamualaikum Cikgu Nae
ReplyDeleteuntung anak murid
siap bekal nasi lemak lagi...
moga kelas cikgu berjaya
Salam Maulidul Rasul
Waalaikumussalam Tn. Hj Rozali,
Deletesusah nak atasi kelas2 menengah atas ni
sekadar melibatkan diri
Terima Kasih
Salam Maulidul Rasul
Cuti 4 hari dulu untuk cas semula tenaga...:D
ReplyDeleteاَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
ckLah,
Deletebetul! cas semula tenaga... :]
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
kelakarkan budak2 ni..naik tingkat 1 masih lagi prangai budak2 sk rendah dibawa..kalau cikgu sk rendah dari A-Z cikgu sediakan...budak2 kalau suruh brgotong royong boleh buat cikgu brtmbah migrin..bkn mkn cantik ttp makin brselerak.
ReplyDeleteTapi seronok dgn kerjasama anak2 didik nae...unya la mrk brsemangat....syabas utk cikgunya...
Itulah, semalam pun puas berkepung. Macam2 mereka nak buat.
DeleteMulut dengan tangan sama2 aktif. Riuh
Betul!, seronok dan puas dengan semangat mereka
salam maulidur rasul~
ReplyDeleteseronok jugak ye bergelar guru.
Salam Maulidur Rasul dhiera...
Deleteada pasang surut juga ni... haha
tersentuh saya membacanya.. betapa happy nya menjadi seorang guru yang ceria bersama murid2 semua kan... semoga murid2 ini akan sentiasa rajin dan bersemangat untuk belajar
ReplyDeleteInsyaallah, semoga kita pun tetap ikhlas dan bersemangat!
DeleteSalam Nae...
ReplyDeleteJadi guru kelas ting. 1 ok apa...:). Saya pula guru kelas tahun 2, tahun lepas tahun 1... Kena banyak-banyak sabar :)
tahun 2? mesti Ros pandai layan mereka.
DeleteSebelum ni saya biasa pegang kelas form5/6. Mereka lebih berdikari.
Bila balik semenanjung dapat form1/2. Mula2 agak pening...
sekarang dah ok... hehe
Dah 20 tahun ckLah mengajar ting 4/5. Dah tahun ckLah tak pegang kelas. Ali-alih, sebaik bertukar ke sekolah baru ni, PK beri 1 kela tingkatan 1 dan diminta jadi guru kelas mereka sampailah budak-budak tu tingk 5 nanti.(budak Rancangan Khas). Kiranya, dah jadi mak bonda depa lah ni. Rasa seronok pula dgn budak2 kecik ni...masih menurut kata. Alhamdulillah, semuanya budak Muslim, mudah nak hembus doa, dan rasa lebih ikhlas mendidik...sebelum ni 'cha' yang ramai...
ReplyDeleteckLah, seronok kalau pegang dari form1-5.Kita dah kenal dan rapat dengan mereka.
DeleteSaya ada pengalaman mengajar di SMJK C)lima tahun. Seolah Kluster kecemerlangan. Sangat faham sikap dan adab pelajar mereka...
Setuju dengan 'rasa ikhlas' tu...
kte pun guru tingkatan gak. nasib baik la mereka ni boleh diharap. lagi2 pelajar perempuan. senang sikit kerja.
ReplyDeletecikguden;
Deletepelajar perempuan memang banyak membantu, dan pelajar lelaki (form 1)memang bersemangat...
tugas yang sibuk dari awal tahun sampai hujung tahun,guru kelas ler...
ReplyDeletesetuju 200% cikgu!
DeleteSMM, SPBT, SAPS...
sekarang pasal e-kasih, KWAPM...