Thursday, 16 February 2012

Terserempak lembaga...

Dulu masa budak-budak, ada dengar tak pantun ciptaan macam ni...
Hari ni hari Jumaat. Esok hari Sabtu...
Hari ni jumpa mayat. Esok jumpa hantu

Petang tadi kat sekolah, saya terserempak lembaga
Takuuuuuttt...
sempat saya snap gambo... walaupun peluh menitis
Ha! tengok...

jumpa dua lembaga terpacak kat sekolah
 Tengah-tengah rembang... terik mentari
Lembaga tu semakin membesar!
 Menjelma!!!
Semua pelajar macam tak peduli, mungkin mereka dah biasa...
Dua lembaga memerhatikan mereka...
Lembaga berbaju kurung batik tu...
Agak-agak mereka akan muncul juara tak?
Yalah, gunakan khidmat 'lembaga' 
He he he...


p/s: Saya ialah tangan dan kaki bangku. Tapi, tahun ini saya dilantik sebagai Ketua Kelab Permainan Bola Jaring. Ia umpama memberi cincin kepada Sikudung. Sikudung tidak dapat menyarung cincin tersebut... namun sekadar mampu menjaga, menggilapkannya. Terima Kasih kak Faezah Ahmad, rakan guru pakar bola jaring yang sanggup berjemur menjadi 'lembaga'. Saya 'budak' baru belajar ...

21 comments:

  1. orang dah percaya, terima je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib terima... mana boleh tolak

      Delete
  2. blog ni kena hantar pada 'Lembaga' penapisan dulu...

    ReplyDelete
  3. dulu saya pun ada teserempak dgn lembaga....lembaga letrik negara, tapi skrg dah takde!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2! Letrik sekarang takde lembaga dah

      Delete
  4. tak pe. yang penting, jalankan amanah dengan sebaik ye~

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dhiera, awal2 dah bagitahu pelajar
      cikgu hanya tolong pantau... uruskan apa yang patut

      Delete
  5. Eh, saya ingat 'lembaga' betul2 tadi! haha..

    Wahh..tanggungjawab makin besar..semoga cikgu dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik2nya...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noorieda, ia tugas biasa setiap guru
      Perlu bersedia menerima apa sahaja

      Delete
  6. cikgu bak mai sorang lembaga yang single...hahaha...yang main goal shooter pun xpe...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bloghok, lembaga yang single?
      hantar resume...

      Delete
  7. Assalamualaikum Cikgu Nae

    lembaga pakai baju kurung...saya nak dekat la....he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalakumussalam wbt...

      haha... kalau pakai baju kelawar?

      Delete
  8. ahaha.. seram tul tengok lembaga tu.. ehehe..

    Tahniah cikgu.. suatu penghargaan tu bila kita dilantik untuk membimbing murid2 dalam satu pasukan... pengalaman tidak penting, asalkan kita berani utk mencuba sesuatu yg baru dlm hiduo kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gen2Merah;

      namun rasa rendah diri, serba salah kerana ia memerlukan kemahiran. Setakat urus apa yang patut oklah...
      nasib baik rakan guru membantu

      Delete
  9. hahaha, ingatkan lembaga apa tadi. Teringat pula sama LLN(lembaga letrik negara) yg telah bertukar jadi TNB

    ReplyDelete
    Replies
    1. cg.Shameel;

      :)
      yakan, LLN dah jadi TNB...

      Delete
  10. engat lembaga apa la td. huhuu

    jom baca sekejap.=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/menyekutukan-allah.html

    ReplyDelete
  11. cikgukan serba boleh nae...bagi je apa, boleh punya...he.he.he....auta + fakta.

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...