Melakukan sesuatu perkara hendaklah berdasarkan kemampuan sendiri.
Ukur Baju Di Badan Sendiri... Ukur Kasut Di Kaki Sendiri...
Ukur Baju Di Badan Sendiri... Ukur Kasut Di Kaki Sendiri...
Namun, tidak salah jika kita mahu mencabar diri.
Tahu kita tidak mampu. Sedar ia di luar kemampuan
Orang pun tahu kita tidak mampu. Namun, kita mahu melakukannya.
Kita berminat. Kita akan berusaha sedayanya.
Mencipta keajaiban!!!
Maka ia tidak salah
Ia salah
Ia menyusahkan
Ia merosakkan ‘mood’ orang lain
Jika?
Jika, kita tahu kita tidak mampu. Kita sedar memang kita tidak mampu
Kita tiada niat membuktikan kita mampu
Kita tidak mahu berjanji untuk berusaha
Kita tidak pernah berusaha untuk berusaha
Kita sengaja melakukan perkara yang kita tidak mampu
Mengapa?
Kenapa?
Ia ikut-ikutan
Ia tiada apa-apa
Tiada tujuan
Tiada minat
Entah.....
Saja...
Haiiiiiiii....
Minggu lepas buat kuiz Akaun untuk pelajar Tingkatan Lima Sains Tulen. Kuiz untuk menguji pemahaman dan penguasaan bab 1. Bagi pelajar perakaunan (berdasarkan pengalaman), Ia topik yang paling ‘kacang’. Kira boleh ‘score’. Topik Perakaunan Tunai.
Minggu sebelumnya, sudah war-warkan tarikh kuiz tersebut. Harapan agar semua bersedia. Yang lain bertungkus-lumus siapkan jawapan. ‘Mereka’ dapat kertas terus tidur. Tidak mahu berfikir pun. Malas membebel. Guru lain juga selalu berkisah tentang mereka. Kisah yang sama. Saya biarkan sahaja manusia itu dibuai mimpi. Tapi, hati saya sakit. Sakit, bila kita mengharap...
Tahun lepas mereka merayu-rayu agar ditempatkan di situ. Sanggup meminta ibu bapa mereka datang berjumpa pihak pentadbiran menyampaikan hasrat, walau mereka tidak layak sama sekali masuk kelas sains. Ibu bapa cakap anak mereka ‘minat’, dan zaman sekarang, jangan tidak tahu, ada yang terus mengadu kepada Kementerian Pelajaran. Guru tidak boleh membantah. Ok!
Tahun ini. Ia berulang lagi. Berduyun tiba. Mampu atau tidak tolak ketepi. Yang penting ikut 'minat' pelajar. Kadang-kadang saya sinis. Maaf
Teruskan melangkah Ayu Soffiya!!! |
dorang minat tapi tak nak berusaha dan belajar?? eii..budak2 ni~
ReplyDeletedhiera,
ReplyDelete'minat' untuk tidur mungkin
masuk kelas sains ikut kawan saja tu...
ASSALAMUALAIKUM WBT..
ReplyDeleteSabarlah cikgu..pelajar memang begitu..kadang2 apabila mereka disuntik dengan semangat mereka akan bangkit cikgu...
Saya berkata begitu kerana saya juga ialah bekas seorang pelajar..
Saya akui, pelajar kadang2 menyakitkan hati seorang guru..Dalam zaman persekolahan, kerap kali saya dan rakan2 melukakan hati cikgu...
Walaupun cikgu nae tidak mengajar saya,tapi saya mewakili anak2 murid cikgu, saya ingin meminta maaf kepada cikgu atas sikap mereka itu...Maafkan kami cikgu....
Entri ini membuatkan saya terbayang zaman persekolahan..
Tiba2 saya rindu akan cikgu2 saya..^_^
Waalaikumussalam wbt.
DeleteNoorieda, hehe saja lepaskan rasa di hati. Mereka tidur, dan tidak menghantar kertas jawapan pun
Mereka ini 'anak tokey' yg datang sekolah bawa beg 2,3 buah buku, lepak kat tandas lama2, dalam seminggu sekurang2nya sekali tidak hadir sekolah.
Cikgu tidak pernah pandang rendah atau marah kepada pelajar yang lemah. Pelajar yang lemah, tapi ada usaha dan menunjukkan sikap mahu belajar, siapkan tugasan, bertanya... pasti mencuit hati guru untuk 'sayang' dan membantu semahunya
Terdapat pelajar lemah yang sentiasa datang berjumpa, bertanyakan soalan yang tidak difahami. 'Mereka' tidak pernah datang... Jadi, bagaimana guru dapat membantu? Mereka tiada keinginan. Sedangkan guru perlu melayan 40 orang lebih bagi satu kelas.
Insyaallah... kesabaran itu ada
Marah cuma seketika, ia bukan dendam atau benci
cuma perasaan 'hampa' dalam hati...
Cikgu tau? Saya memang malu nak tanya cikgu kalau ada yang tak faham...Sifat pemalu tak bertempat ni memang susah sangat nak buang..hehe..Tapi, malu2 pun saya tebalkan muka pergi jumpa cikgu..Kadang2 kalau tajuk yang senang tapi saya x faham lagi buat saya malu..hehe
DeleteTapi, memang mereka akan menyesal satu hari nanti jika sikap mereka tdak berubah..Mengikut pengalaman saya la cikgu, apabila mereka gagal dalam sesuatu, mereka menyesal, itulah yang membuatkan mereka bangkit kembali...Semoga mereka dapat menghargai jasa seorang guru yang bersusah payah demi membantu mereka...^_^
untuk pelajar yang rasa segan dan malu. Selalunya saya akan bercakap (bisik) pada 'mereka' "datang jumpa cikgu tau... jangan malu, nanti lagi banyak yang kamu tidak tahu"
Deleteyang datang, akhirnya tidak lagi segan melepak di meja saya.
ukur baju di badan sendiri
ReplyDeletesalam cikguNae.
ReplyDeleteAdakalanya desakan dan asakan dari ibu bapa menyebabkan pelajar2 ni menjadi mangsa. Mereka sedar mereka tak layak utk mengikuti aliran sains, tapi ibu bapa tetap memaksa dan sanggup merau pengetua agar anaknya diterima ke aliran sains.
salam cg.Shameel
DeleteSituasi yang cg.Shameel maksudkan itu betul.
Namun, kes di sekolah saya berbeza. Mereka masuk aliran sains kerana ada kawan sebangsa mereka di situ. Dan pihak pentadbiran kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia melibatkan pihak yang lebih tinggi 'biarkan pelajar belajar apa yang mereka suka'
Masalahnya, sikap mereka mempengaruhi suasana dalam kelas tersebut secara tidak langsung.
salam
ReplyDeletecabaran di mana2 ada..ikhlaskan diri selalu
minat saja tak bermakna jika kita rasa kemampuan tidak ke tahap itu. minat kerana ikutan boleh merosakkan masa depan kerana tersilap memilih jurusan. dalam hal begini, ibu bapalah yg patut ambil tahu. berbincang betul2 dgn anak. tapi dah jadi.. nak buat macam mana kan. layan je lah yg benar2 berminat. yg mcm biskut jap ada jap takde tu tak mampulah nak follow-up. tak mampu nak jadi Yankumi mcm dlm cerita Gokusen tu...he..he..
ReplyDeleteK.Liza;
Deletebetul, tak mampu nak follow up semua pelajar. Lainlah jika mereka datang jumpa
macam Yankumi? itu lagi tak mampu... hahaha
bayangkan Yankumi dalam dunia realiti... mmmm
Maka ia tidak salah. Mencipta keajaiban. Ya, kerana apa? kerana segalanya termasuk keajaiban milikNYA dgn izinNYA. Salam ziarah. Entri membina. Terima kasih.
ReplyDeleteSerunai;
DeleteBetul! Segalanya... milikNYA
Terima Kasih atas kunjungan.
itulh masalahnya...ibu bapa yg beria2 tnpa mengira pencapaian anak2...yg akn menanggung akibatnya anak2. belajar smbil lewa sbb xminat..kalau di zaman akak dulu, bkn senang nk msuk ke sains tulin..semua aliran ditentukan oleh JPN....kalau nk tukar aliran kena mohon cara brtulis..itupn susah nk dpt.....
ReplyDelete