Rasa bosan! tidak dapat membuat pilihan... Semuanya tiba-tiba tidak kena pada jiwa
Pernah tak berlaku pada diri???. Berdiri di depan 'gobok' pakaian beberapa minit. Nak iron baju untuk ke tempat kerja esok. Namun, tidak dapat membuat pilihan. Semuanya tidak kena. Rasa bosan, buruk dan suram...
Seorang rakan guru berkata "kalau berdiri lama depan almari, tidak tahu nak iron baju yang mana... maksudnya perlu buat baju baru".
Betul! Betul! Betul! Bila ia berlaku pada diri, saya setuju!!!
Kadang-kadang selera perlu ditukar... mencuba sesuatu yang baru. Ya! untuk mencipta semangat... Keyakinan...
p/s: Teguran seorang kakak, rakan guru kepada saya "Kenapa kebanyakan warna baju Nae... gelap, suram dan masam?"
Jawapannya, warna yang gelap, suram... masam itu selesa...
Maksudnya:
"Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta".
"Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta".
Gelap, suram dan masam. Selesa atas citarasa sendiri. Terima kasih atas kunjungan.
ReplyDeleteSerunai;
Deletebila ia gelap, saya rasa selesa kerana tidak terlalu terserlah...
ASSALAMUALAIKUM WBT...
ReplyDeleteBetul3x! Saya selalu menghadapi situasi seperti itu..
Terutamanya bila nak pergi kenduri atau ke bandar..Memang selalu kena marah dengan mak, baju banyak tapi satu pun macam tak sesuai nak pakai..heeee..^^
bila banyak pilihan pun pening kan Noorieda?
Deletebanyak pilihan tetapi semuanya tidak kena...ishhhh
memang selalu jadi juga pada saya . jemu dok ulang baju yang sama :)
ReplyDeletebetul... rasa jemu tidak bersemangat
Deletetepat skali...trkdg kita inginkan yg baru utk menaikkan mood yg xceria...sbb tu setiap kali xde mood akak akn jahit baju baru.....he.he.he....
ReplyDeleteNzA;
Deletebaju baru boleh suntik semangat!
Wah! banyaklah baju baru kalau macam tu....
saya ada jahit baju baru, tapi suka tangguh-tangguh... lambat siap
ya...pakai apa yg kita rasa selesa...asalakan aurat terjaga...
ReplyDeletesokong Cikgu Ma...
DeleteMasih berusaha, masih ingin memperbaiki cara berpakaian
bagi lelaki pula tak bermasalah dari segi pakaian utk kerja.
ReplyDeletecg.Shameel;
Deleteitulah... kadang2 cemburu melihat 'mudahnya' lelaki
dan, pakaian mereka sukar dibezakan baru atau tidak...
pernah jugak rasa macam tu tapi fikir nak iron baju malas. nak pakai baju yg tak payah iron dah selalu~ ermmm
ReplyDeletedhiera,
Deleteselalunya bila kelam kabut, cari baju yang tak payah iron...
Hari Khamis malas mengiron sutera batik... tapi, perlu juga... huhu
Nak pilih baju pun ikut kena aura masa itu kan...hehe
ReplyDeletesetuju ckLah!
Deletekalau belum ada aura, saya tunggu subuh2 nanti
mesti aura 'lipas kudung' datang segera... hahaha
iron apa2 sahaja
selera masing2...yang penting selesa kan cikgu...
ReplyDelete