Wednesday, 25 January 2012

Hati ini menjeling...

Chinese New Year, jalan memang sesak
Tapi, jika semua menunjukkan sikap ‘bertanggungjawab’
Ia pasti lancar, walau tidak selancar hari biasa

Selalunya saya akan ‘melencong’ dari kesesakan jalan utama
Orang Kedah kata guna ‘jalan bawah’
Maksudnya jalan raya kampung
Ia tidak selebar dan sesesak jalan utama

Tapi, hari ni sesaknya melampau. Untuk sampai ke simpang jalan pun payah
Akhirnya, saya sampai di simpang lencongan tersebut
Rupanya kesesakan itu kerana ada dua buah kereta berhenti ‘di atas’ jalan raya, bukan di tepi
Betul-betul ‘di atas’... senang cakap ‘parking kat tengah jalan’
Mulanya, saya ingat ada kemalangankah? ... tapi, tiada orang pun...
Rosakkah?... Tiada seorang pemilik pun di situ

Rupanya begini....
Dari riak lelaki Gen2 itu, dia orang ‘situ’
Maksudnya, itu ‘kawasan’ dia
Kalau orang luar, masakan berani
Sekurangnya, akan bereaksi serba salah, malu... ini tidak
Megah mengunyah pisang goreng!

Kebetulan ‘Dia’ melintas di depan kereta saya
Saya hanya memandangnya tanpa perasaan
Beri laluan untuk dia menyeberang
Issshhhhh.... saya menjeling dalam hati

“Let everyone sweep in front of his own door, and the whole world will be clean.”



22 comments:

  1. Salam,

    Sikap sesetengah manusia memang begitu. Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hak orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ros...

      Itulah, ada ja ruang kat depan untuk parking
      sudahlah betul2 kat simpang, susah orang lain nak belok

      Delete
  2. menjeling menjeling ku bertentang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. puteri;

      haha...
      Sebenarnya nak jadi super saiya untuk 'terbangkan' dua kereta tu

      Delete
  3. salam kenal cikgunae...

    satu laporan yang lengkap dengan gambarajah...isy isy isy memang tak patut betul...!

    saya folow cikguNae...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sham;

      Salam kenal,
      penerangan dari cikgu...perlu jelas :-)

      Terima kasih. Insyaallah saya akan membalas kunjungan...

      Delete
  4. salam

    saya CNY tak berjalan pun, malas sesak

    ReplyDelete
    Replies
    1. cg.Iman;

      salam
      itulah... sebab ada hal, terpaksa keluar juga

      Delete
  5. Assalamualaikum Cikgu Nae

    mereka dijadikan model untuk renungan kita


    renunggan:
    Dalam sebahagian riwayat dari Imam Muslim dari sahabat Abu Hurairah pula, beliau berkata bahawa :

    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada seseorang lelaki yang melalui ranting berduri berada di tengah jalan. Ia mengatakan, ‘Demi Allah, aku akan menyingkirkan duri ini dari kaum muslimin sehingga mereka tidak akan terganggu dengannya.’ Maka Allah pun memasukkannya ke dalam syurga.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Tn. Hj Rozali

      Terima kasih atas perkongsian
      Ia untuk renungan kita pada hari ini yg mementingkan diri semata-mata

      Delete
  6. Ahad lepas pun saya ke SG Petani ikut 'jalan bawah'. Tak sanggup meredah kesesakan, tapi anak di Merbok perlu diziarah! Kalau ada pemandu yang nampak ego di jalan....biasanya saya biarkan dia jalan dulu. biar dia jauh dari kita. Memang ramai yang begitu bila berada atas jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ckLah;

      Study kat Merbok, nanti singgahlah kat Kota Sarang Semut...
      :-)
      betul! biar lambat asal selamat

      Delete
  7. semua tempat jammed during CNY...duk umah dendiam udah hehehe

    ReplyDelete
  8. we do let them sweep in front of their own door....the problem is they keep on sweeping in front of other's door........

    ReplyDelete
  9. nampak macam agak "sam..." la kan...

    ReplyDelete
  10. lelaki tu kurang ajar dan tak reti adab di atas jalan raya! geram pulak rasa ye~

    ReplyDelete
  11. kalau pergi tempat orang cubalah buat kalau nak kena..hehe

    haritu balik kedah jugak..biasa dekat² 5jam je, jadi 8jam..

    tak pernah cuba jalan bawah..takut tersesat pulak..;)

    ReplyDelete
  12. mmg mengeramkan kalau jadi camni..sama dgn tmpt akak, mrk parking sesua hati je....trutama masa n beli s.khabar...slamber je muka.

    ReplyDelete
  13. pengguna jalan raya yg biadap mcm nilah yg selalu menimbukan masalah kpd pengguna jln raya yg lain.

    ReplyDelete
  14. eh sape cakap orang luar kawasan tu x berani wt cmtu..hehe..kt kampong org la kita kena wt camtu..kampong sndri malu kt org kmpong klu wt perangai gtu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak penjara;

      Oooo...macam tu no?
      ingat tak dialog dalam cerita 'masam2 manis'?
      "kalau hang mai Aloq Setaq..................."
      hehe

      Delete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...