Tuesday 18 October 2011

Pasai apa pi lempaq buang???

Eh??? Kenapa kamu di sini? Kan ada perhimpunan?
Saya nak TURUN ke BAWAHlah ni cikgu
Sekarang? Kenapa ‘turun kat atas’ lagi?
Sindiran pada pelajar tiba-tiba mencuit hati saya.... haha
Rupa-rupanya saya baru sedar kesalahan itu sering kita lakukan. 
Kesalahan dalam percakapan
Contohnya:
“Kamu nak NAIK  ke ATAS ke?
Takkan nak naik ke bawah pula

“cuba UNDUR ke BELAKANG sedikit”
Haha... undur ke depan... boleh?
Memang kesalahan yang ketara, namun kita tak sedar pun.

Apa lagi???
 “Orang tu tak nampak, MATANYA BUTA”
Rasa macam tak salah pun kan? Ayat sepatutnya “Dia buta”
Kerana tak mungkin anggota badan yang lain pula buta...
Errrr... kalau kudis buta? Haha ha...

Tapi ada ayat orang Kedah yang selalu kedengaran.
Dua perkataan yang selalu bersama... Memang tak boleh dipisahkan
Kalau tak sebut secara bersama, macam tak sedap didengar
“LEMPAR BUANG”
Orang Kedah sebut dengan penuh ghalghalahnya “LEMPAQ BUANG”
“Mak Ngah lempaq buang buah degheyan tu... Ada ulat kuek-kuek”


24 comments:

  1. org trangganu pula "ngantuk mate", "lapo perut"...mmg dh sahlah tu....hi...

    ReplyDelete
  2. hahahah...
    suami orang kedah..
    dia gelak baca ayat bawah ni..:)

    ReplyDelete
  3. haha.. klaka..
    salah tapi x penah pasan pon kan..skrg baru pasan.hikhik

    ReplyDelete
  4. satu lagi nae.... acu cuba terai test... orang terengganu punya ayat.. hahaha

    ReplyDelete
  5. translate ayat terakhir pls.. tak paham~

    ReplyDelete
  6. NzA;

    haha "lapo perut" tu...
    pelik tapi macam serasi disebut :)

    ReplyDelete
  7. cg.Iman;

    yg pelik budak tak takot

    ReplyDelete
  8. diana;

    haha...
    hanya orang Kedah yang benar2 mengerti...
    tenkiu :)

    ReplyDelete
  9. CintaKhadijah;

    hehe...
    tapi sudah jadi kebiasaan kan?

    Terima Kasih atas kunjungan :)

    ReplyDelete
  10. Afida;

    hehe... ayat yang sedap tu...

    ReplyDelete
  11. dhiera;

    haha ha... (gelak jahat)
    lempaq buang = lempar buang @ buang
    buah degheyan = buah durian
    ulat kuek-kuek = ada banyak ulat
    kuek2 = gambaran pergerakan ulat yang banyak

    maksudnya "Mak ngah buang buah durian tu. sebab ada banyak ulat"

    Boleh tak?

    ReplyDelete
  12. Salam... :)

    Bahasa menunjukkan bangsa, dialek pula menunjukkan kedaerahan. Itulah uniknya kita :)

    ReplyDelete
  13. lempaq buang. dua perkataan yang sama makna tapi digunapakai bersama. itulah keunikkan bahasa kita. hehehe.

    Perasan tak istulah malam lailatul qadar. itupun aneh juga sbb Lail tu maksudnya malam(dlm bahsa arab) sepatutnya sebut Malam Qadar sahaja.

    ReplyDelete
  14. Ros illiyyuum;

    Salam =)

    keunikan ciptaanNYA...

    ReplyDelete
  15. cg.Shameel;

    :) kalau sebut lempaq ja... tak sedapkan...

    Oooo... yakan... atau tak perlu sebut malam? cuma sebut lailatul qadar?

    ReplyDelete
  16. cikgu cute tapi garang..takut...kahkahkah

    ReplyDelete
  17. ini dipanggil nouns yang berulang yang tidak perlu.

    hujan turun - mana ada hujan naik
    fly by air - kat bawah orang tak panggil fly
    i see with my own eyes - memanglah lihat dgn mata kita sendiri
    free gift - dah namanya gift, free la

    ReplyDelete
  18. hahaha... bahasa jiwa bangsa, kena sayang & bangga
    dgn bahasa kita...lempaq buang tu ada kat Malaysia je

    ReplyDelete
  19. lempaq buang sama spesis dgn lapaq nasi kan cikgu??

    ReplyDelete
  20. dhiera;
    :-)


    bloghok;
    Saya sangatttttt garang!


    Cikli;
    Contoh yg jelas dan tepat!
    :-)


    cg.Norsha;
    hehe... Dah lempaq pastu buang pula...
    Memang payah nak jumpa... :)


    nahmy;
    :-)
    Tak sama tu... Tapi kedua2nya dialek Kedah
    Lempaq sama maksud dengan buang
    (lempar buang = dua perkataan sama maksud diguna bersama
    Sepatutnya tidak perlu

    Lapaq nasi = dua perkataan yg berbeza
    Cuma ada dialek negeri Kedah 'lapaq'
    p/s: rujuk contoh cikgu Cikli :-)

    ReplyDelete
  21. budak penjara;

    :) satu Malaysia ma...

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...