Saturday, 15 October 2011

Mari bermain gaduh-gaduh!!!

Eh? Kenapa ramai-ramai ni
Senyum-senyum... 5-6 orang pelajar tingkatan 1
Cikgu hari ni masuk kelas kami tak?

Laaaaaaa.... kamu tanya cikgu???
Jadual kelas kamu??? (Ayat tidak mahu jawab soalan tak logik)















Cikgu masuk la... kita main gaduh-gaduh
Kenapa....???
Senyum-senyum lagi.
Pandang wajah ramai-ramai tu... Oooooo
(dua hari sebelum: saya ada cakap “siapa nak gaduh dengan cikgu pasal malas dan tak siap kerja... cikgu akan bergaduh habis-habisan”. Dan hari tu kami semua balik lewat sebab mereka tidak siapkan kerja rumah minggu sebelumnya)

Cikgu masuk la... kami dah siap latihan cikgu (dalam hati, latihan cikgu??? Latihan itu untuk kamu lah....)
Hari ni cikgu mana ada masa kelas kamu...

SiSyafiq mulut tak menahan “ala cikgu takut lah tu... kami dah siap...”
Oooo.... sebab kamu dah siap latihan, nak menunjuklah tu...
(dalam hati saya rasa lawak dan seronok)

Untuk lebih kejam “Tak pa dah siap, siapa tiang-tiang saja dan salah. Pembetulan lima kali”
Mana ada... kalau kami salah sikit ja... cikgu belanja!

Buat muka berkerut...naikkan anak mata ke atas sikit...
Muka jahat!
Ok, esok cikgu nak tengok...  
Dah! Tak mau ramai-ramai kat sini.


Qamus: ‘Tiang-Tiang’ = tembak-tembak jawapan

(bahasa pelajar Chinese)


14 comments:

  1. kadang-kadang bebudak macam angry birds. kiut dan bising.

    ReplyDelete
  2. main gaduh2 ? Jgn gaduh betul2 sudahlh, satgi tk
    pasal2 masuk paper muka depan, jenuh nak menjawab...:D

    ReplyDelete
  3. Cikli;

    haha... betul!
    dan kadang2 orang tua/dewasa juga boleh bertukar menjadi angry birds... kiut konon

    ReplyDelete
  4. bloghok;

    mereka ada agenda...^^

    ReplyDelete
  5. cg.Norsha;

    haha...
    budak2 form1 ni kadang2 tak terjangka ayat2 dari mulut mereka...
    dan kelas ini saya suka, sebab mereka suka bersaing dengan saya... haha
    Semua nak minta puji

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum CkgNae.
    Tak pernah lagi sy main gaduh2 dgn pelajar. Nak try jugaklh. hahaha.

    Jgn gaduh betul2 sudah.

    ReplyDelete
  7. cg.Shameel;

    Waalaikumussalam.

    :-)
    jom main gaduh-gaduh...

    taklah... main2 ja. haha

    ReplyDelete
  8. tringat zaman nakal2 dulu.. hehe

    ReplyDelete
  9. Sesekali main gaduh2 dengan anak murid... syok kan jadi cikgu?;)

    ReplyDelete
  10. macam best plak kalau jadi cikgu~

    ReplyDelete
  11. menagih janji la tu..alahai anak....anak....kelakarkan.

    ReplyDelete
  12. Zul Fattah;
    oooo... sekarang?


    Afida;
    tiap2 hari mesti ada gaduh
    dan ketawa... hahaha
    bila selisih kat luar kelas, mesti ada senyum misteri!!!



    dhiera;
    jom jadi cikgu!!!
    :)



    akak NzA;
    itulah... untuk final exam pun dah siap2 minta hadiah.
    bikin gaduh! :)

    ReplyDelete
  13. hehe...tiang tiang...nasib baik bagitahu, ingatkan jawab lubang2..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...