Rupa-rupanya saya baru sedar....
berbelog ini boleh ketagih
Bila tiada kerja mulalah saya berjalan-jalan
melawat blog rakan... melangkau banyak tempat...
Sebenarnya saya suka MEMBACA KOMEN
Ketagih membaca komen tentang sesuatu isu yang diutarakan.... dikupas... dikongsi rakan
Ketagih mengetahui tindakbalas pembaca terhadap sesuatu isu.
Matangkah! Kena pada tempatnya tak?
Ia membantu saya berfikir dari sudut yang lain "Bukan dari kotak fikiran sendiri"
Walau kadangkala mencipta kerutan pada dahi...
Selalunya ia mencipta senyuman
Saya memang tertarik!!!
Sering merenung, menghayati komen pada luahan hati Afida.
Komen yang berupa saranan, nasihat.
Ia memang mencipta kemesraan... kekeluargaan
dan ingatan untuk diri sendiri
Saya ternanti-nantikan karya sinis dan santai Cikli
yang kena pada masanya.
Pasti tidak sabar membaca komen matang, tajam yang diutarakan
Juga tertunggu-tunggu maklumat, ilmu bermanfaat, isu semasa
yang dipaparkan dalam "bicara dari aku" oleh cikgu Shameel.
Komen di sini amat membina dan mampu membuka fikiran.
Begitu juga entri mendidik dari notasisi via notahati.
Maklumbalas penuh kesyukuran atas perkongsian sebuah ilmu.
Ingin tahu reaksi mengenai berita terkini, isu semasa, sukan,
hiburan... catatan pengalaman,
Pastinya perkongsian maklumat cikgu Iman Shah.
Ia memang terkini!
Coretan warna-warni dari akak NzA
mengundang komen seolah kita turut diwarnai...
Meriah... Mesra ...
Maklumat, ingatan dari cikguden
mengundang komen positif.
Terima kasih atas segala info, panduan...
Terhibur membaca komen pada 'self portrait' uncle gedek.
Gambar gelagat uncle...
mencipta pelbagai reaksi dan tafsiran...
memang menghiburkan!
Tersenyum sakan membaca komen...
pada entri yang dilakar oleh saudara Bujal X .
Entrinya yang kelakar terselit sindiran dan teguran ...
memang mencipta matcham-matcham komen.
dan saya ...
kadang-kadang akan berfikir panjang ....
memahami komen dan catatan bloghok
Kadang-kadang ia juga membikin saya turut kifkifkif sepertinya...
Idea sudah terbang...
lalala...lala.....
eh ada namaku di sini..terima kasih kerana selalu drop komen di HOK SENGOTI
ReplyDeleteNae, fida pun rasanya persis nae,suka sangat bila baca komen2, atau entry2 mereka... ada yang dapat menambahkan pengetahuan, ada yang buat kita ketawa, ada yang buat kita berfikir.... macam-macam la... ah hidup ini memang indah;)
ReplyDeletebaik ketagih belog dari ketagih dadah....
ReplyDelete(terima kaseh, babe!)
cikgu nae,
ReplyDeleterasa dihargai pula. terima kasih.
blog ini pun saya suka kerana terpancar 'kejujuran' dan 'ketulusan' penulisnya di setiap entri.
itulah bahana ketagih blog nie...hdup jadi ceria dgn brblog...tnpa blog hidupku sepi.....
ReplyDeletethanks di atas penghargaan itu.....
addicted!
ReplyDeletetercalon jugak. time kacih yer.
ReplyDeletebab ketagih tu memang sokong. huhu
cg.Iman;
ReplyDeleteAfida;
Cikli;
NzA;
puteri;
cikguden;
Terima Kasih
Atas segala 'perkongsian'
Saya benar-benar menghargai...
uncle gedek;
ReplyDeleteBaik!!!
Mari ketagih belog semua.... hihi
Terima Kasih jugok