Wednesday 7 September 2011

PRIHATIN mahu SABAR tidak SINIS

"cikgu... kenapa tak mau jawab baik-baik?"

huhu.... soalan anak pelajar yang bikin saya membulat mata dan tersengeh...
Tiba-tiba saya menganalisis diri... saya sudah jadi semakin JAHATkah... KASARkah... TIDAK SABARkah... sudah TIDAK PEDULIkah...???

Memang berbeza semasa mula2 posting dulu... PRIHATIN... JAWAPAN untuk anak pelajar sebolehnya TIDAK MENYAKIT HATI, LEMBUT... walau terpaksa ULANG SUARA berkali-kali...
Tiba-tiba rindu kenangan di Sabah.

Sebenarnya SABAR itu masih ada... itu yang sentiasa dipohon dariNYA...
Saya tahu ia AMANAH
Sentiasa mohon KESABARAN dan DIPERMUDAHKAN segalanya...
LEMBUTkan... LAPANGkan... hati saya dan anak pelajar...
MUDAHkan... pengajaran dan pemahaman anak pelajar dan diri sendiri...

Jadi, sampai kenapa anak pelajar melontarkan pertanyaan yang sebegitu? 
"cikgu... kenapa tak mau jawab baik-baik?"
Errrr... flashback soalan-soalan yang tidak dijawab sebaiknya oleh saya:

Waktu melangkah masuk ke kelas
Cikgu... sekarang kita belajar Sejarah ka???
Sekarang sudah bulan SEPTEMBERRRRR... adakah saya perlu membuat sesi kenal-mengenal semula?
Saya jawab: NTAH... cikgu tak pasti pulok...

p/s: Saya guru opsyen AKAUN yang mengajar AKAUN untuk Menengah Atas dan tahun kebelakangan ini saya juga perlu mengajar SEJARAH untuk Form1&2 - sangat kontra namun bila lama digandingkan ia menjadi menarik... dan saya juga telah agak tertarik dengan Sejarah)

Cikgu, latihan AKAUN ni saya tak dapat siapkan, TAK DAPAT KIRA sebab TAK BAWA KALKULATOR.. Boleh tak saya hantar esok?
Saya jawab: cikgu tak peduli.... hari ni juga mesti ada atas meja cikgu!!!

Cikgu, esok kelas AKAUN nak guna tak KALKULATOR?
Saya jawab: .................. (tiada jawapan, tapi riak muka sinis... pura-pura tidak faham)
Dalam hati, apa salahnya bawa kalkulator setiap hari? KALKULATOR bukan BATA

Soalan-soalan yang lain yang sering berulang.... yang tidak diberi 'layanan' sepatutnya oleh saya,
Cikgu, nak salin NOTA ni dalam BUKU NOTA kan?
LATIHAN ni, nak tampal dalam BUKU LATIHAN kan?
LATIHAN ni perlu siapkan tak?

Tengah sibuk nak habiskan silibus, "Hari ni cikgu bagi kami BALIK AWAL ya?"
Jawapan: "Cikgu bukan Pengetua..." atau "waktu pulang sekolah kamu pukul berapa?" atau yang jahat lagi "Siapa suruh mai sekolah?"

Soalan ini paling saya gggrrrrrrrr.
Cikgu, soalan LATIHAN SEJARAH ni, ada tak jawapannya dalam BUKU TEKS atau BUKU NOTA SEJARAH? saya nak cari ni... (sedangkan pelajar lain sudah hampir siapkan latihan tersebut)
Saya jawab dengan pertanyaan kepada pelajar yang lain: Kelas.... kamu cari jawapan dari buku B.INGGERIS kan...???

Inilah situasi yang memunculkan pertanyaan di bawah
"cikgu... kenapa tak mau jawab baik-baik?"

Mungkin SABAR saya masih tipis... Saya tidak mahu SINIS... PRIHATIN masih ada...

10 comments:

  1. salam ckg Nae. itulah asam garam kehidupan seorg guru. jadi guru adakalanya melelahkan akal dan memenatkan fizikal. jadi guru memerlukan kesabaran dan ketabahan utk meredah lautan duga. tapi kita akur sbb itu kerjaya dan itu amanah.

    ReplyDelete
  2. Aduhai, tu student sekolah menengah..kalau sk rendah lg haru..kalau suruh kluar buku, setiap org akan tunjuk buku n berkata "BUKU NI EAK CIKGU"....eeeeeeeeeeeeeeee sabo jelah....

    ReplyDelete
  3. Salam ckgu Nae,
    jadi cikgu begitulah, kesabaran selalu teruji.... dh lama jadi cikgu? akak dh 15 tahun...

    ReplyDelete
  4. cg.Shameel;

    setuju... tapi kadang2 terfikir tingkahlaku pelajar secara tidak langsung turut mencorak adab tindakbalas yang tidak sepatutnya dari diri :(

    ReplyDelete
  5. NzA;

    haha...sekolah rendah masih boleh dimaafkan...

    ReplyDelete
  6. Norsha;

    betul! kesabaran sering teruji...
    Tapi... boleh juga membuah senyuman :)

    Wah! dah 15 tahun... saya 9tahun...

    ReplyDelete
  7. jangan bagi muka!

    suruh kuarkan buku... ditanya nak buat apa. nak baca ke.. saya jawab, nak tulis.

    suh baca doa masa awal kelas... ditanya baca doa apa? saya jawab, doa makan.

    ReplyDelete
  8. puteri;

    hehe memang bagi jawapan sinis, sebab itu mereka tanya kenapa tak nak jawab baik-baik

    haha.... puteri memang cenge...

    ReplyDelete
  9. setiap orang tak sama pemahaman.
    sesuatu yang kita fikir mudah, mungkin tidak bagi seorang yang lain.

    ada juga yang cuma mahukan perhatian. dan senyuman yang manis dengan sengetkan kepala sikit sudah cukup.

    ReplyDelete
  10. Cikli;

    Betul... :-)

    Menyenget kepala sambil tersenyum hingga tersepet mata sering dilakukan...
    Namun, bila soalan & tingkahlaku tidak sepatutnya berulang2 dalam masa yang singkat... Mata yang sepet menjadi bulat... apatahlagi soalan main2... :-)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...