Eh? Kenapa fail yang kosong ada lagi dua?
Siapa yang tidak ambil untuk masukkan folio?
Sheng Yao : Saya belum cikgu... sedang buat Penyata Pendapatan...
Dia agak lambat, tapi dia ada usaha.
Ok! Siapa lagi seorang?
Saya ingat rupa DIA, tetapi nama pelajar Chinese yang mempunyai tiga patah perkataan itu agak mengelirukan
Lagipun mereka ramai... nanti tertukar pula
Ada yang senyum-senyum. Tiada yang bersuara.
Mereka memang pandai menolong kawan.
Biasalah, Orang Cina memang terkenal dengan sikap menyimpan rahsia.
Ramai yang tahu
Si Jili yang prihatin, menolong saya menanda nama pelajar yang menghantar....
sambil saya membelek2 folio mereka, tiba-tiba ingatan datang
Nama itu muncul
Eh? DIA mana?
Tiada jawapan
DIA tidak hadir???
Ada senyum... dan cakap-cakap pelajar lelaki... DIA HILANG!
Pelajar perempuan tidak peduli, sibuk siapkan kerja masing-masing
Saya dapat meneka...
DIA hilang! DIA ponteng!!!
Saya minta rakan yang lain memanggil DIA yang ponteng menghilang
Jawapan: nak cari kat mana cikgu....?
Walau senyum masih ada, saya sudah geram
Minggu lepas pura-pura MC...
Tinjau beg sekolah DIA... sangat ringan... hanya bawa sebuah fail!
Baiklah!!!
Dalam senyum... beberapa orang pelajar saya arahkan membuat pengumuman
Umumkan nama DIA guna pembesar suara (Sebenarnya saya main-main sahaja... sekadar ugutan)
Pelajar yang lurus mengikut arahan. Sebab geram saya tidak halang...
Namun, gagal membuat pengumuman. Syaratnya perlu guru bertugas???
Dalam kelas saya ingat mereka akan segera pulang...
Hampa tidak dapat mengenakan kawan. Saya tidak tahu mereka ada perancangan susulan
Sungguh-sungguh mereka mencari guru bertugas
Akhirnya, nama DIA bergema di sekolah
Pengumuman seorang pelajar ponteng kali pertama di sini
DIA diminta masuk ke kelas segera!
Mendapat sorakan dari serata kelas... mencipta kegemparan
Beberapa saat lepas pengumuman...
Kelihatan DIA berlari malu-malu ke kelas
Saya menunggu dengan mata dibulatkan
Pelbagai alasan diberi
Saya tidak tahu buat...
(Kenapa tidak datang jumpa cikgu???)
Saya tidak dapat cari cikgu...
(kamu cari di mana??? Kenapa kawan yang lain dapat cari? Setiap hari cikgu balik lewat...)
Kalau saya hantar... tapi tidak siap boleh tak???
(nampak sangat DIA tidak mahu berusaha...)
Banyak alasan...
Keputusannya: Duduklah DIA diluar kelas... bersila muhasabah diri
Rabu ini folio itu perlu ada di atas meja
Atau tidak perlu daftar sebagai pelajar perakaunan.... sila pilih
DIA, cikgu bukan saja2 marah...
Kita ada tugas masing-masing
Cikgu sedia membantu jika ada masalah...
Tapi, jangan mencipta alasan
Tabahnya nae melayan karenah pelajar2... hehe...
ReplyDeleteMoga dia tidak melakukann kesalahan yang sama lagi di masa hadapan;)
huh... sabar itu perlukan kesabaran untuk bersabar.
ReplyDeleteAfida;
ReplyDeleteTabah kerana ia tugas...
Tapi, saya suka jadi cikgu... :-)
Cikli;
ReplyDeletejadi?
Antara sabar/kesabaran/bersabar
Kesabaranlah yang paling bermakna...
wah garang cikgu..bagus2 suka
ReplyDeletecg.Iman;
ReplyDeletegarang kan? grrrr....
Folio itu perlu siap September ini,
sebab DIA banyak alasan yang tidak logik
dan DIA lari dari masalah