Tuesday, 13 September 2011

Bendul memang lurus. Mengiya tidak bermaksud setuju.... Ia sebenarnya menyindir...

Sebuah kelas sangat bising.... pelajar dalam kelas itu semua bercakap, bergelak kuat-kuat
Cikgu Siti : Jangan bising (ulang suara: 1 kali , 2 kali, 3 kali....)
Tiada perubahan... kemudian,
Cikgu Siti : Ok, semua bising... siapa berhenti bercakap.... kena!

Seorang budak umur 7 tahun mandi dengan maksud main air selama 50 minit di rumahnya
Ibu  : Amin! mandi lama-lama.... jangan dok keluar dari bilik air tu. Ha! mandi lagi... mandi, jangan keluar...

Prof. Zainal Keling : Negara kita tidak pernah dijajah. British hanya menaungi, melindungi...
rakyat : Ya????  bijaknya Prof... Oh! kami salah... minta maaf British... kamu sebenarnya pelindung kami

Prof Zainal Keling : Sejarah kita perlu dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik, pentafsir politik.
Saya guru : Baiklah! saya cuba baiki ikut pendapat prof... saya buang perkataan penjajah... menjajah. Prof betul...

Persoalannya:
Adakah cikgu Siti tidak bertanggungjawab kerana menyuruh pelajarnya terus bising?
Adakah si ibu suka anaknya mandi lama-lama walau tahu anaknya hanya membazir air?
Adakah rakyat dan saya guru itu benar-benar setuju dengan Prof tersebut.... mahu memohon maaf dari British dan cuba baiki sejarah?

Bendul memang lurus....
Mengiya tidak bermaksud setuju.... Ia sebenarnya menyindir...

6 comments:

  1. tapi setengah orang memang tak reti baha kiasan atau tersirat. orang ngayin pun dia ingat best macam kacang ngan yin.

    ReplyDelete
  2. Sinis ni nae, tapi kalau tak faham jugak maksud sinis/sindir...tatau la nak kata apa.

    PS: Nae mengajar sejarah?

    ReplyDelete
  3. Cikli;

    Afida;

    ya... ada orang yang tidak faham ia sindiran

    ReplyDelete
  4. org melayu dulu terknal dgn kaedah menyindir anak utk menegur menantu. Ini bererti bahasa sindiran adakalanya tajamnya lebih menikam dan bisanya amat berbisa. tapi org yg senagkatan dgn zainal keling takkan faham bahasa sindiran. mrk hanya faham dgn bahasa kutukan dan makian.

    saya tertarik dgn entry dar iseorg bloger bergelar jiwa hamba. dia kaitkan kes remaja menrompak kedai mamak dgn mata pelajaran sejarah. katanya, dsiebabkan belajar sejarahlah pelajar itu merompak sbb sejarah malaysia mengiktiraf british yg merompak hasil bumi negara sebagai wira dan hero. boleh baca blognya kat link ni.

    ReplyDelete
  5. skrg ni lebih baik guna ayat2 trbalik!!!!! tak gitu???

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...