Saturday 2 July 2011

Sabtu Ini Kami Berlari

Hari ini SABTU = warga sekolah = larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia
Kelihatan cergas berpakaian sukan.
Bersemangat !!!

Pendaftaran. Agihan nombor semua peserta larian
Kemudian aktiviti memanaskan badan. Takut nanti sistem badan terkejut pulak...
Sepastinya chicken dance berkumandang... rasanya para guru yang lebih teruja

Larian bermula...
Bagi saya ia peluang untuk merenggangkan otot, mengeluarkan peluh.
Sudah lama tidak melakukan aktiviti seperti ini. Berlari beramai-ramai.
Kata rakan guru “Peluh segan sudah keluar”
Larian tamat. Makan-makan sikit sebelum memulakan aktiviti permainan
Makan-makan sikit? Makan alas perut konon...
Rasanya bukan alas perut, sebab rata-rata warga sekolah mengoderrrr nasi berlauk di kantin.
Saya? Nasi putih, kuah sambal+kuah gulai ikan masin, kailan ikan masin, ikan goreng dan sambal .
Horlick panas... cancel
Aisssss
p/s: belum sarapan...

Ada pula rakan guru yang bawa pengat durian... makan dengan roti
Sesiapa yang berminat... boleh ‘rasa’ sedikit

Acara permainan bermula...
Bola Sepak, Bola Tampar, Petanque, Bola Jaring, Sepak Takraw... 1 Murid 1 Sukan

Berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang
Pesanan dan Ingatan dari Tuan Pengetua... BERSURAI

Memecut pulang.... bakar lemak ni...
Sebungkus nasi lemak dijamah

Rehat... layan berita
Sebungkus lagi nasi lemak hilang...
Hai... 

5 comments:

  1. wah semua belog cikgu tulis pasal lari lari ni

    ReplyDelete
  2. kalau kak liza layan bola tampar je. tapi lauknya memang tak menahan. sedappp...

    p/s : kitaro tu favorite kak liza tau.

    ReplyDelete
  3. Cg.Iman; :-) teruja lama tidak lari...

    K.Liza; pandai jg bola tampar, saya ni, kaki-tangan bangku... yg ok petanque ja... saya pun memang suka kitaro :-)

    ReplyDelete
  4. a'aa, pagi tadi pun masa pi pasar yang kebetulan sebelah sebuah sekolah kat precint 8 ni pun sibuk dengan lari2.. yang paling seronok tengok budak2 kecik..darjah 1 barangkali berlari..cikgu2 pun sibuk berlari jugak... hik~

    ReplyDelete
  5. Afida; napa tak ikut lari... he he

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...