Cikgu... jadilah guru kelas kami... kata seorang pelajar lelaki tingkatan 4 kepada saya. Waktu itu, masa rehat, saya sedang sibuk melakukan tugas rutin seorang guru... menanda latihan pelajar.. main rait-rait lagi...
Saya memandang wajahnya yang mengharap... jawapan berhati-hati saya “mana boleh cikgu suka-suka hati minta untuk jadi guru kelas kamu”. Saya masih menganggap ia permintaan individu... “ustazah dah pindah, kami tidak ada guru kelas ni...”
Saya hanya tersenyum “nanti cikgu tengok dulu...”
Dua tiga hari kemudian, 3 orang pelajar lelaki datang lagi ‘melawat’ saya di bilik guru. Sambil berlucu “cikgu panggil kamikah?”. Saya pandang wajah-wajah ‘kudus’ itu... Dalam hati “ni mesti cari sebab nak datang lepak bilik guru untuk mendinginkan badan dengan aircond”
p/s: Ayat “cikgu panggil kamikah?” adalah ayat biasa bebudak lelaki kelas ini 4 Sains Kejut... kepada saya... apabila mereka singgah menyerap aircond di bilik guru. Saya tahu itu ...
”Cikgu, mahu dak cikgu jadi guru kelas kami??? Jadilah... bolehlah nanti cikgu joint aktiviti kelas kami”. Saya senyum. “tidak bolehlah macam ni... pihak pengurusan yang tetapkan...”
“ok... dah... mana boleh kamu datang kat bilik guru macam ni.. nanti kena marahlah...” “kami... cikgu panggil kan?...” Ayat biasa lagi...
Jam11.00 pagi, minggu seterusnya,dua orang pelajar perempuan datang ke meja saya. “cikgu, nak minta tolong ni, boleh tak petang ini tolong ikut kami untuk tempah baju kelas 4SK? Tolong jelaskan pada pakcik kedai tu, tentang design yang kami nak”. Kami dah beberapa kali ke sana... tapi Pakcik tu...”
Tidak sampai hati menolak “ok... tapi cikgu ada mesyuarat guru hari ni...kamu sanggup tunggu? Cikgu tak pasti selesai jam berapa...”
”tak pa, kami tunggu cikgu”
“ok... nanti cari cikgu di bilik guru”
Jam 3.00 petang kami sama-sama bertolak ke kedai Pakcik itu. Rupanya ada 3 lagi pelajar lelaki yang turut serta. Selesai. Biasalah layanan pekedai kepada guru dan pelajar pasti berbeza. Mungkin cara penerangan mereka tidak difahami pakcik.
Senyuman kepuasan dari mereka. “Terima Kasih cikgu!”
Hari-hari berikutnya. “cikgu, cikgu tak mau jadi guru kelas kamikah?” Cikgu dah banyak tolong kelas kami... tengok, kami ada tampal gambar cikgu dalam kelas kami. Jadi kena jadi guru kelas kamilah...”. Mereka lagi... tersenyum-senyum...
Ha ha... saya tersenyum dan pura-pura ketawa seperti orang jahat ...
“ya ka...? jadi guru kelas atau tidak cikgu tak boleh tentukan... tapi... walaupun cikgu bukan guru kelas kamu, cikgu masih boleh joint aktiviti kelas kamu dan boleh bantu apa yang perlu... kan?”
“Ya... tapi lagi best kalau jadi... “
p/s: Anak pelajar, hanya para guru tahu tanggungjawab dan tugas ‘kerani’ seorang guru kelas. Inilah tahun pertama selama menjadi guru, saya tidak menjadi guru kelas. Mungkin baru berpindah ke sekolah itu... dan nama terlepas pandang.
Tidak menjadi guru kelas adalah sesuatu yang JARANG BERLAKU. Maka, memohon untuk menjadi guru kelas... seolah ‘melawan arus’ dan entah apa istilahnya...
Tanggungjawab yang diberi tidak akan ditolak... tapi untuk memohon... menawar diri ... entahlah... hanya tahun ini...
Tapi jujurnya “Saya suka menjadi guru kelas”. Ada penglibatan dan kemesraan di situ...
Hari ini, soalan yang sama masih ditanya... dan Saya masih rindukan kemesraan menjadi guru kelas di Sabah...
tak suka jadik form teacher, sepanjang 9 tahun, 3 kali je kena..hehe
ReplyDeletehhaa... ramai anak murid yang sayang ni. seronoknya!! mereka mengharap, serba salah juga ye.
ReplyDeleteNae, mau jadi cikgu kelas fida kah? he he..
ReplyDeletebiasakan nae, cikgu yang baik ni disayangi pelajar..Alhamdulillah.. keep it up. Biar diaorang 'dekat' dengan kita. Senang kita nak didik... InsyaAllah
cikgu baik disayangi ramai. apalagi cikgu terbaek.
ReplyDeletesalam cikgu nae.
ReplyDeletesaya tertarik dgn ayat ni...." hanya para guru tahu tanggungjawab dan tugas ‘kerani’ seorang guru kelas"
mmg inilh yg memeritkan. dlu masa kt sabah, sylh guur kelas, sayalah ketua panitia, saya s/u SPBT, sayalah guru ketua rumah sukan. Itu belum dicampur dgn kerja2 menjaga pokok bunga yg diamanahkan sbgai kawasan angkat.
Jadi guru kelas uncle, nak tak....?
ReplyDeleteCg.Iman;
ReplyDelete3 kali sahaja? macamana ni?
Ada ilmu pelindungkah...^^
K.Liza;
Memang serba salah...
tapi tahun ni je... haha
Afida;
Boleh... jom masuk kelas khas... ;)
Cikli;
Buah cempedak di luar pagar ...
jom makan cempedak goreng...
Cg.Shameel;
Itulah... semua tugas ada...^^
Bila agaknya kementerian Pelajaran akan melantik kerani khas untuk tugas kutipan yuran, SSM.... haha
Uncle gedek;
guru kelas uncle???
tengok riak wajah pun dah tahu...
Budak-budak nakal ni!
diana;
Oooo.... mesti anak murid kesayangan cikgu ni...
seronok kan kalau dapat perhatian...
Cg.Shameel;
ReplyDeleteSMM bukan SSM...ishh~