Tuesday, 19 July 2011

p/s: Bolehkah saya tumbuk kamu satu kali?

“kamu buat lagi sekaliiii... cikgu piiii... cikgu tuuummmmmbukkkkk kamu.... sampai gheyau...”
Seumur hidup menjadi guru, itu ayat paling jahat dan gagah yang tiba-tiba terkeluar dari mulut saya semasa berada dalam kelas tingkatan 2 Jati... Kelas yang sentiasa menjadi sebutan.... ‘Mereka ni macam peluru...’
Sepastinya, pelajar perempuan hanya tersenyum simpul sambil berbisik-bisik sesama sendiri. Ada juga yang tergelak besar  “cikgu ni.... ha ha...”
Manakala pelajar lelaki walau kurang percaya... ada juga perubahan.  Mungkinkah mereka ditumbuk??? ha ha... mana penumbuk itu?
Tiba-tiba... “Cikgu,  intonasi cikgu salah... nak tumbuk orang mana boleh cakap lanjut-lanjut macam tu...”
Saya merenung dengan geram... terpaksa mengulum senyum dalam hati...
 Tunggulah... Cikgu ada RANCANGAN BARU untuk kamu semua...

Qamus hari ini:
gheyau = menangis
lanjut-lanjut = ntah... tak tau nak jelaskan, pendek kata macam antonim atau bertentangan dengan intonasi orang yang marah atau mahu bergaduh... perlu usaha lagi!!!

11 comments:

  1. Inilah pahit manis jadi guru.Sabaq yer cikgu, jgn tumbuk student nnt kena saman.

    ReplyDelete
  2. Ni ler barangkali saya tak dapat jadi guru...takut kurang sbr...

    ReplyDelete
  3. nanti cikgu geeeeleeeeeeetek kamuuu..
    itu baru boleh cakap lanjut.

    ReplyDelete
  4. Shameel;
    itu hanya kata2 ugutan yang memeriahkan suasana kelas...
    Pelajar tak percaya pun...
    Belum pernah mereka ditumbuk saya...

    ReplyDelete
  5. diana;
    cakap ja... saja nak tunjuk ganas ni...
    pijak-pijak? haha...

    ReplyDelete
  6. Pokmudo;
    Terima Kasih atas kunjungan & komen...^^
    Alhamdulillah... setakat ini masih dianugerahkan kesabaran dariNYA...
    Itu hanya ayat MENGGURAU= mengugut + gurau

    ReplyDelete
  7. Cikli;
    haha... boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  8. first time tau gheyau....

    dapat ilmu baru!

    ReplyDelete
  9. Uncle gedek;
    ya ka?
    Agaknya... bila kali terakhir anda gheyau?

    ReplyDelete
  10. jangan tumbuk, salah tumbuk, gigi bertabur, kita yang kena sembur...

    ReplyDelete
  11. Norsha;
    Macam pantun pulak...^^
    hehe tak tumbuklah....

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...