Saturday 9 July 2011

lagha itu sudah lama...


Sudah banyak hari saya berlagha sahaja. Berlengah-lengah... lalai, leka dan lupa kepada perkara yang lebih penting. 
Sikap lagha saya ini yang mengakibatkan banyak perkara atau kerja yang perlu diselesaikan tertangguh. Bukan tidak diselesaikan tapi suka melastminitkan tugas itu. Biasanya begitulah. Konon aura kelam kabut  semasa menyiapkan tugas itu satu kepuasan... citttt.

Sehingga pagi ini ada banyak benda yang ingin saya selesaikan, tapi masih tertangguh. Perlu disenaraikan!
1)       PENTING & SEGERA – siapkan brochures & borang-borang untuk program kemanusiaan kat sekolah. Esok pelancarannya... sekarang? Dalam proses...
2)       PENTING TETAPI TIDAK SEGERA – siapkan nota- handout untuk subjek Akaun. Idoklah segera sebab minggu ini minggu latihan... tapi ringan dan riangnya hati jika berjaya disiapkan 
3)       SEGERA TETAPI TIDAK PENTING – perlu mandikan kereta itu... dah macam kobau. Mungkin petang ini, mandi di rumah sajalah. Sekarang musim hujan pagi... Harap esok tidak hujan...
4)       TIDAK SEGERA & TIDAK PENTING – siapkan baju-baju sudah separuh terjahit. Ada yang hampir dua tahun tertangguh, 6 bulan tertangguh – baju sudah siap, Cuma kainnya belum terjahit. Mood menjahit datanglah!!!  - bestnya boleh melaram baju baru ke sekolah... dan boleh tinjau kain baru untuk raya nanti.... cepatlah siapkan!

Itu hanya senarai pendek perkara utama yang perlu diberi perhatian.
Niat hari ini tidak mahu berlagha lagi.  BUAT YANG TERBAIK!!!

7 comments:

  1. bertangguh2 je nak buat kerj..kan??
    padahal benda tu semua nya penting..
    heheh..
    tak pe..
    belajar dari kesilapan..:)

    ReplyDelete
  2. diana; betul... belajar dari kesilapan... tapi bimbang berulang semula.. haha

    ReplyDelete
  3. dalam sibuk-sibuk, blog juga yang jadi priority haha

    ReplyDelete
  4. cikli; “Action expresses priorities”... hehe betulkah ejaannya...
    dan tulisan cikli itu ada hantu...^^

    ReplyDelete
  5. kerja yang tak habis2 nampaknya ye...selamat menyiapkan semua kerja

    ReplyDelete
  6. banyaknyer keje.. harap dpt d selesaikan dgn smpurna n jayanya.. :)

    singgah bace entry smbil follow belog.. slamat bknalan..:)

    ReplyDelete
  7. Norsha; ;-)... ini minggu sibuk

    Farahin; Terima Kasih... Selamat berkenal...^^

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...