Monday 18 July 2011

Ahad itu...

Ahad, hari permulaan kerja di negeri Kedah. Bangun... mata ini berat.
Belek-belek di cermin…. Toin! Toin!
Ya Allah siapakah yang bermata sepet sebelah ni? Mata sebelah kiri telah mengecil dan kelihatan agak merah… Membantutkan diri untuk bersiap ke sekolah. Minda terus mencari apa pula sebabnya?

Alahan makan makanan laut lah… Sebenarnya sudah biasa dengan keadaan ini. Tapi kenapa berlaku pada waktu pagi yang syahdu ini??? Pasti dalam jam10 atau 11 lebih nanti mata itu akan membesar seperti sediakala.

Rupanya, malam tadi makan sedikit mee goreng yang tersorok beberapa ekor udang yang sekelumit cuma. Selalunya gejala alahan akan muncul seketika selepas makan. Sebelum tidur tiada apa-apa pula. Entah, kadangkala makan banyak udang, ikan masin pun tiada apa-apa yang berlaku…. Kadang-kadang muka jadi bengkak, bintik-bintik merah ataupun mulut jadi macam Angelina Jolie…
Hari ini bolehlah saya bergaya ala-ala ‘pirate’ membelah samudera di sekolah.

Mungkin tidak… saya tidak seyakin dan segagah itu

Jadi, saya MC hari ini… Memang mata itu akan kembali normal… tapi rasa sangat ‘buruk’ dan tidak yakin untuk berhadapan anak pelajar yang amat diketahui kepetahan mulut mereka.

Rasa ralat juga, sebab ini hari Ahad… Semoga ketidakhadiran saya tidak akan menyusahkan sesiapa… huhu.. risau pula. Tapi saya bukan pekerja yang selalu ‘bercuti’ atau MC… pujuk diri sendiri… Risau…

بسم الله١لذ ي ﻻ يضرمع١ سمه شي ء في ١ﻻ ر ضي وﻻ في ١لسمأ و هو ١لسميع ١لعليم
“ Dengan nama Allah, yang dengan namaNYA terhalang segala kemudaratan, sesuatu yang berada di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

p/s: Saya simpan entri ini untuk hari Isnin, supaya rasa bersalah ‘berbelog ala pirate ketika MC’ tidak terlalu dirasai… bolehkah begitu?... rasanya tetap ada…
Hari ini Ahad. 15 Sya’ban 1432H ‘NISFU SYA’BAN’ – semoga kita semua dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur agar dapat beribadat kepadaNYA dan ditetapkan iman. Amin

11 comments:

  1. tak boleh makan mkanna laut la ye??
    ikan boleh??

    ReplyDelete
  2. ala shiannya... pakai rayban la.. pirate tu kelakar pulak ye.

    ReplyDelete
  3. nampaknya kena makanan daratlah saja....

    ReplyDelete
  4. eh eh, kita serupa, cuma gejala berbeza... tapi zaman dulu kala la.. kalau saya tersalah makan udang ke, ketam ke, sotong ke...kaki jadi gatal... iyer kaki, siap kemerah-merahan lagi,

    Alhamdulillah..menginjak bila dah tua ni..dah takde dah...

    ReplyDelete
  5. isk..baru je nak belanja pizza seafood. tak jadi. kansel demi kebaikan cikgu.

    ReplyDelete
  6. upload la gambar mata tu...

    uncle jampi dari sini....

    ReplyDelete
  7. Diana & Norsha;
    Saya makan ja semua makanan laut tu,
    rugi tak makan ni...haha
    sebab kadang ada alahan, kadang takpun...
    ikut nasib...

    ReplyDelete
  8. K.Liza;
    pakai rayban???
    ada niat... tapi seganlah...
    ini sekolah kampung...
    nanti....^^

    ReplyDelete
  9. Cikli;
    Ya ka...?
    pizza seafood tiada alahan...
    jom!!!

    ReplyDelete
  10. Afida;
    Menginjak tua dah hilang?
    petanda saya belum tua tu... hihi
    Ya kan... entah apa2 gejala ni..
    kadang ok ja...
    kalau mata jadi merah tu biasalah... tapi
    jadi sepet pula... err udang tu mata sepet kot...

    ReplyDelete
  11. uncle gedek...
    Jampi atas angin ja... ~~

    p/s:bolehkah dipanggil uncle?
    sbb saya pernah lihat seseorang dimarahi kerana
    panggilan itu...

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...