Monday 21 November 2011

Dendam berhemah?

Pernah tak kamu alami peristiwa sebegini?
Lampu isyarat warna merah… maksudnya BERHENTI!



Mungkin kamu pemandu berhemah
Patuh dan berdisiplin... mungkinkah?
Kamu berhenti

WALAUPUN…

kiri, kanan, depan tiada sebuah kenderaan pun... 
sepatutnya apa tindakan kamu?
Tiba-tiba di belakang kenderaan kamu sampai pula sebuah kenderaan lain
Pemandunya mengekori rapat.
Tersengih-sengih… menyindir
Senyum sinis senyum kambing

Nampak melalui cermin sisi
Muka menyindirnya
Kamu pura-pura tidak nampak
Tidak peduli
Dalam hati “Kamu nak pergi dulu, pergilah… kenapa nak senyum-senyum macam ni”

Lampu isyarat bertukar hijau…
Pemandu di belakang dengan sinis dan bangganya menderamkan bunyi kenderaannya
Sambil kepalanya menoleh kepada kamu… tersengih kambing lagi
Memecut pergi

Kamu pura-pura tidak peduli
Melepasi lampu isyarat, kamu memandu macam biasa
Tiba-tiba kamu kamu terserempak lagi dengan pemandu ‘senyum kambing’ yang sama
Terserempak pada lampu isyarat seterusnya

Kiri, depan tiada kenderaan
Kanan ada satu
Kamu tidak berhenti walaupun ia lampu merah
Mana perginya hemah dan disiplin tadi?
Memandu perlahan melepasi kenderaan pemandu ‘senyum kambing’
Berpaling sejenak padanya, buat muka hairan
dalam hati “baru sampai sini???”
pastikan keadaan selamat, teruskan perjalanan
Jangan bagi peluang dia memotong

Ishhhh... ia tidak patut...
Sebenarnya lampu isyarat yang kedua ini ROSAK
Kamu tahu, kerana kamu baru melaluinya sebentar tadi

Dendam kamu terbalas?
Jangan ulangi!

12 comments:

  1. assalamualaikum, saya klu jadi tgh2 mlm, mmg saya jln je wlu lampu merah. bukan tak hormat undang-undang cuma ianya undang-undang manusia...cuma berhati-hati je le.

    ReplyDelete
  2. nahmy;

    Waalaikumussalam,
    Saya pun kalau tengah malam akan jalan je... :)
    tapi berhati-hatilah...

    Tapi kalau siang hari, saya macam rasa bersalah
    sebab pernah buat sekali dan ada satu perasaan yang tidak dapat dijelaskan...

    ReplyDelete
  3. never berdendam di jalanraya.
    nanti ada yang berendam air mata.

    ReplyDelete
  4. He he...nae, dulu masa muda2 ada darah muda kan, kalau ada pemandu macam tu geram. Mesti kena pintas... tapi sekarang sejak dah tua ni..errr, dah banyak bersabar. Biarlah dia nak buat apa. Lebih kurang macam tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. driving shud be chill n relaxxxx dearr :D

    ReplyDelete
  6. haha!! kena tipu rupanya ..

    ReplyDelete
  7. hehehe.... dapat balas dendam tu yang manisnya :)

    ReplyDelete
  8. Ckli;

    Afida;

    c'axoera;

    Ya! Ya!
    hati ini perlu dididik ...

    ReplyDelete
  9. Rashid;

    kena tipu...?

    Terima Kasih atas kunjungan...

    ReplyDelete
  10. berhati-hati dijalan raya....

    ReplyDelete
  11. jgn blajo berdendam...nanti merebak payah

    ReplyDelete
  12. a kl citizen;

    cg.Norsha;

    bloghok;

    wahai diri, jangan berdendam
    dan berhati-hatilah
    :-)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...