Thursday, 3 November 2011

Lembah Danum

2003: Perjalanan ke Lembah Danum memang mengujakan. Laluan balak tanpa jalan tar. Cuma tanah merah berhabuk, berliku-liku. Bertolak seawal jam 8.00 pagi dan sampai di sana sudah menghampiri waktu isyak. Pertama kali menaiki truck atau lori tentera bersama rakan guru dan para pelajar terpilih mengikuti Kem Kepimpinan... pasti sukar dilupakan.

Perjalanan agak memenatkan ditambah tragedi pening dan muntah bagi penumpang belakang truck. Hehe... sudah tahu akan pening. Jadi Lye dan saya mengangkat tangan awal meminta duduk di depan bersama pemandu. Habuk dan debu tanah merah mengiringi perjalanan kami.

Kem Kepimpinan ini betul-betul mengajar erti disiplin. Apa tidaknya, awal-awal lagi diingatkan oleh pihak pengurusan Lembah Danum. Lampu di situ akan dipadamkan tepat jam 10.30 malam. Itu memang peraturan mereka. Mandi juga perlu awal, kerana siapa yang lewat, bekalan air hanya akan ada jam 10.00pagi nanti.
Aktiviti yang disusun memang padat. Pelajar mula faham apa itu solat jamak, qasar. Islam memudahkan bukan membebankan. Cuma manusia kadang-kadang mencipta pelbagai alasan.
Perjalanan yang meletihkan seolah terbang menghilang bila kami dihidang suasana yang benar-benar tenang damai. Lembah Danum yang masih terpelihara.

Banyak spesies burung di situ. Jadi, antara aktiviti yang kami lakukan ialah meneropong mereka
Lye yang ditugaskan untuk mengagih teropong mengingatkan pelajar.
“Nanti selepas guna, kumpul dan serah semula TEROWONG kepada cikgu”
Saya dengar dengan jelas. Kali pertama saya abaikan
Kemudian, suara Lye kedengaran lagi
“TEROWONG itu jangan kasar-kasar, nanti rosak kamu ganti”
Dan lagi. 
Kuat dan nyaring (untuk melawan keriuhan pelajar dan bunyi arus sungai)
“TEROWONG itu kongsi-kongsilah”
Saya senyum dan ingin perbetulkan. Supaya dia tidak malu saya bercakap perlahan dengan dia
“Lye, you tahu tak? You dah salah sebut”
“Apa???  Mata sepetnya dibulatkan
“You sebut TEROWONG atau TEROPONG?”
“Tak sama ka?” dia macam berfikir, saya senyum
Saya biar dia berfikir sendiri.
Lama.... kemudian dia ketawa
Saya pun

2011: Saya keliru dan terfikir. Mungkin Lye betul.
TEROPONG adalah TEROWONG
Kerana harga TEROPONG sekarang pun lebih kurang harga membina TEROWONG.

Salam Aidiladha 1432H 

18 comments:

  1. he he... terowong atau teropong? kita terowong cikgu nae malam ni.. buat apa tuuu? hehe;)

    ReplyDelete
  2. Afida;

    haha... mesti menerowong Afida juga :)
    sedang fikir nak siapkan baju raya or tak...^^

    ReplyDelete
  3. eita;

    sebenarnya dia sering tertukar perkataan... haha

    Terima Kasih datang sini :-)

    ReplyDelete
  4. 1. ingatkan cerita lembah danum...rupanya cerita teropong/terowong.
    2. part two tu jelas... ada mesej besar rupanya.
    3. tak pernah pergi lembah danum walaupun peluang terhidang depan mata. rasa rugi pulak.

    ReplyDelete
  5. program yg bagus utk membina keyakinan n jati diri...

    Selamat hri Raya AidilAdha....

    ReplyDelete
  6. masih tercari2 makna tersirat antara terowong dan teropong. Apapun lembah danum mmg akan saya kenang sampai bila2. malah saya abadikan ia dlm sebuah cerpen saya. http://www.bicaradariaku.com/2011/01/jessica.html

    ReplyDelete
  7. Cikli;

    1. Ia kisah benar teropong di lembah danum
    2. Laporan audit sekadar laporan
    3. Saya pun pergi kebetulan baru posting... Wajib sertai :-) memang tenang dan damai...

    ReplyDelete
  8. NzA;

    Betul.... Dapat bina keyakinan & jati diri
    Salam Aidiladha utk akak sekeluarga =)

    ReplyDelete
  9. cg.Shameel;

    Jumpa tak makna tersirat tu...? :-)
    Betul... Lembah Danum antara kenangan terindah

    Sudah baca dan hayati Jessica,
    :-) Ada banyak perasaan di situ
    Tahniah!!!

    ReplyDelete
  10. kah kah kah kah!
    jangan lupa..

    "Bukanlah dinamakan SALAHGUNA KUASA tetapi GAGAL dalam pengurusan apabila mereka membeli sesuatu yang HANYA berharga RM10,000 pada harga RM100,000. DAN bukanlah dinamakan RASUAH apabila mereka membayar sesebuah syarikat RM100,000 bagi barang yang HANYA berharga RM10,000." (http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=22361%3Athe-maccs-illogical-logic&Itemid=2)

    LAWAK LAWAK!!!
    SPRM = suruhanjaya penutup rasuah malaysia!

    ReplyDelete
  11. lembah danum ni kat mana?
    salam aidiladha dear~

    ReplyDelete
  12. knp pelajar y terpilih je?

    salam aidiladha...kalau bakar sate,mkn untuk kite xckit,,,haha

    ReplyDelete
  13. puteri;

    Semoga kita dilindungi...

    ReplyDelete
  14. dhiera;

    Lembah Danum kat Sabah.
    Salam Aidiladha... :)

    ReplyDelete
  15. bloghok;

    ia kem kepimpinan (ketua-ketua pelajar)
    itupun dah melibatkan 3 buah truck tentera
    susah nak kawal... nak masak...

    sate? tak boleh bakar, hujan lebat :)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...