Wednesday 30 November 2011

demi setia, harapkan kasih...

Ia dialog benar siri terima kasih yang panjang. Isi penting hanya ada pada perenggan terakhir. Saya beri petunjuk awal. Tanda amaran agar tidak bosan dan keliru.

Wafiy  berusia 4 tahun. Tapi, bahasa percakapan Wafiy amat tersusun macam karangan. Bila balik kampung kami seisi rumah turut bercakap macam karangan Bahasa Melayu di sekolah... termasuk tok dan wan. Dan Wafiy amat pentingkan kata-kata ini “Terima Kasih”

Abang Wafiy ada pergi tandas tak kat sekolah hari ni?
mmmm.... ada. Wafiy berak...
Siapa cuci?
Cikgu Su.... eh! Mama... Wafiy lupa nak cakap terima kasih kat cikgu Su. Mama, esok Wafiy cakap ya?
Tak perlu kot...nanti abang Wafiy berak lagi cakaplah. abang Wafiy terlupa kan... lain kali jangan lupa.

Di kampung...
Selesai lekatkan jigsaw puzzle
Mama  : Dah selesai guna, Abang Wafiy pulangkan gam ni. Siapa punya ni?
Wafiy  : Wan punya.
             ...
Wafiy  : Wan... ini gam kamu (ayah sedang baring terima botol gam yang diserahkan Wafiy)
Wafiy  : Eh? Wan ni... wan tak cakap pun...
Ayah    : Wan nak cakap apa?
Wafiy  : Wan cakaplah terima kasih, nanti Wafiy nak cakap sama-sama
Ayah    : Eh? Wafiy yang pinjam kan?
Wafiy  : iyalah... tapi, Wafiy dah tolong hantar ni... Wan cakaplah... Wafiy nak cakap sama-sama (buat muka tak puashati)
Ayah    : oooo Terima Kasih (malas nak gaduh... haha)
Wafiy  : sama-sama
Walau diterangkan oleh semua orang, dia tetap tegaskan bahawa dia yang tolong hantar gam tersebut. Walau dia adalah orang yang meminjam.

Malam sebelum bertolak balik...
Mak     : Wafiy, cepat salam dengan tok... tok nak bagi duit raya ni...
Wafiy datang salam. Cium sana sini. Dah
Mama  : Wafiy perlu cakap apa?
Wafiy  : Tapi, tok tak cakap pun???
Mak     : Wafiy nak suruh tok cakap apa?
Wafiy  : Tok cakap..... terima kasihlah. Nanti Wafiy cakap sama-sama
Maklang : Oooooo.... mana boleh. Tok yang bagi duit raya kan? Wafiylah perlu cakap terima kasih
Wafiy  : Tapi, tok yang panggil Wafiy. Wafiy datang kan...
Mama  : Wafiy ni kalau cikgu tolong basuh berak baru ucap terima kasih betul...

Budak ni... tok kena cakap terima kasih sebab dia datang bila dipanggil. Jadi duit raya tu???

Sebelum naik kereta... bertolak balik
Maklang : Wafiy, cepat salam... cium pipi maklang
Muah..muah...muah...
Maklang : Eh? Wafiy tak cakap terima kasih pun sebab cium maklang?
Wafiy  : Ye ke? Ok. Terima kasih maklang...
He he he... dengan tok dan wan bolehlah...

Kalau kanak-kanak salah faham konsep terima kasih.
Ia masih boleh diterima... kan?


Tapi, kalau ada sesiapa yang menyuruh kita berterima kasih atas amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka...
Berterima kasih kepada mereka walau mereka berulangkali menodai amanah tersebut?
Berterima kasih dengan tunjukkan sokongan kepada mereka walau mereka melakukan seleweng dengan alasan ingin memajukan... atas alasan itu jasa mereka?
Berterima kasih pada mereka yang nampaknya semakin selesa dengan hasil amanah yang dipertanggungjawabkan?
Bagaimana terima kasih mahu dizahirkan?
Mereka yang sepatutnya berterima kasih... mengumpul keselesaan




12 comments:

  1. terima kasih satu ucapan yang boleh mengembalikan kesegaran dan semangat orang yang menerimanya.
    cuba turun bas atau kereta dan ucapkan terima kasih kepada pemandunya. wajahnya pasti bersinar dan terkesima. sebab orang lain buat derkk saja.

    di sabah dulu, bila turun dari bas (van)saya ucapkan terima kasih. pemandu bas memandang saya dengan wajah manis walaupun sebenarnya wajah dia brutal ala-ala bonai, patrich wanggai dan okto pemain casligas team indonesia.

    ReplyDelete
  2. Comel wafiy ni... kecik2 dah salah konsep. He he, takpe2.. boleh dibetulkan. Tapi kalau orang dewasa yang salah, errr..pkir2kan..;)

    ReplyDelete
  3. bila terima ucaan terima kasih, hati rasa sejuk je.....trutama dr anak2 murid....

    ReplyDelete
  4. terima kasih cikgu...errkkk...salah, maaf cikgu..tak dapat baca penuh..penin sebab tengah buat asignmen..merayap tengok blog sebab nak release sat..huk3..

    ReplyDelete
  5. Cikli;

    betul... memberi semangat, kesegaran dan senyuman...
    Cikli, saya ada pengalaman lawak semasa naik 'bas' kat Sabah ... hahaha

    errr... kalau ayat macam ni
    "berterima kasihlah kepada .......
    jadi undilah ..
    ???

    ReplyDelete
  6. Afida;

    ya, fikir-fikirkan...
    macam ayat Dr. Fadzilah Kamsah ni... :-)

    ReplyDelete
  7. NzA;

    betul, rasa sejuk hati...
    bersemangat...

    susah tau dapat ucapan ni dari pelajar dewasa sekarang...

    ReplyDelete
  8. CikGu Ma;

    Selamat menyiapkan tugasan... =)

    ReplyDelete
  9. bdk lagi xpee.. hehe :)

    ReplyDelete
  10. tp ajar dari kecik berkasih-kasih ok la tu

    ReplyDelete
  11. dari keciklah nak didikkann....:D



    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/www-11-wild-captured.html

    ReplyDelete
  12. teha;

    Terima Kasih atas kunjungan... :-)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...