Friday 9 September 2011

Mak Cik Kantin kembali pulang bertugas


Makcik Kantin (tudung hitam) ajak beli barang dapur


Syawal kali ini memang istimewa. Entah macamana percaturannya tahun 1432H bersamaan 2011 ini semua anak mak dan ayah gilirnya beraya di kampung kami. Semua anak mak ayah dapat berkumpul. Termasuk menantu-menantu mak ayah yang semuanya lelaki. Cuma tolak sorang menantu baru ayah, suami adik yang baru kenduri awal tahun. Yang lain, kehadiran penuh. Campur juga cucu-cucu mak ayah yang berjumlah tiga orang. 

Tidak termasuk bilik mak ayah, pastinya bilik-bilik lain di rumah mak ayah habis ditempah. Yang berkeluarga masing-masing dapat bilik khas. Yang solo-molo berkumpul ramai-ramai ikut jantina dalam dua bilik. Tempat yang paling meriah? pastinya cerok dapur. Tidak pernah sunyi... Memang meriah penghujung Ramadhan dan Syawal kali ini.
Dalam ramai-ramai kami adik beradik, ada tiga orang yang benar-benar pakar masak. Yang pasti, ia bukan saya. Salah seorang, kami sekeluarga panggil 'Mak Cik Kantin'. Panggilan itu bukan kerana dia ada kantin... hahaha, tapi, kerana kepakaran beliau memasak. Kalau Mak Cik Kantin masak, mahu lengkap segala... cekap, pantas dan memang sedap. Kalau ada Mak Cik Kantin ni, orang lain tak perlu buat apa-apa. Tapi, melampaulah kalau tak bantu apa-apa. Maksudnya, orang lain bantu potong, cuci, kemas dan rasa apa yang patut. Tapi Mak Cik Kantinlah ketua Tukang Masaknya. Terima Kasih ...

Entri malas ini terhasil kerana saya dan adik terasa lapar di tengah malam ingin makan masakan Mak Cik Kantin. 
Errr... bila kamu cuti lagi???

8 comments:

  1. ada ke mak cik kantin..kifkifkif..
    cg bila pulak nak dapat title mak cik kantin nye..kifkifkif

    ReplyDelete
  2. Tentu seronak kan dapat berkumpul menyambut raya sama2 ahli keluarga. bila kelaurga besar berkumpul akan terimbas memori zaman kanak2. tika tu saya dan semau adik beraik beraya kat kampung sbb masih belum ada family sendiri.

    ReplyDelete
  3. seronok bila semua brkumpul..akak pn ada makcik kantik...Kak Long!!!...hi...

    ReplyDelete
  4. bloghok;

    Saya tak mungkin dapat title tu...
    sebab dah dapat title 'Majlis Bandaran' dari ayah...
    sebab segala sampah atau barang lama yang berselerak akan hilang... dibuang

    ReplyDelete
  5. cg.Shameel;

    Memang seronok!!!
    Masa belum berkeluargalah, boleh tumpu masa untuk mak ayah... adik beradik :)

    ReplyDelete
  6. NzA;

    Wah... Makcik Kantin akak Kak Long...
    Tapi Makcik Kantin kami sekeluarga adalah adik Ah saya 'Mak Njang'...

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...