Thursday 15 September 2011

16 SEPTEMBER dan 3756/3

Semangat hari ini lain sikit.
Mungkin juga sebab nipis ia Khamis ...
Esok 16 September... Peristiwa JUMAAT bawa ke AHAD
Tapi, sebab tebal atau utamanya adalah kerja 3756/3
97% sudah selesai... wahhhhhhhh...
Tiba-tiba hati tersenyum dan berbunga-bunga ....
Lapang...

Sejak malam, kepala penuh berandai-andai...
Jika mereka tunjuk muka risau...
Jika mereka tiba-tiba kata “tidak imbanglah...”
Jika mereka cipta alasan “folio tertinggal dirumah...”
Jika mereka kata “printer rosak...”
maknanya mereka tidak siapkan 3756/3 itu
Tindakan apa pula?
Semua pasti tergendala!

Hati berbisik... Mungkin tidak!!!
Semenjak Ogos sudah bertungkus lumus... Insyaallah...
Waktu balik dikorbankan untuk sesi soal jawab... penyelesaian masalah
Sebab awal-awal siren amaran dibunyikan
Untuk pertimbangan gred A, mesti selewat-lewatnya KHAMIS
Pilihan di tangan .... Mahu A kah? Bi Kah? Si kah?

Subuh-pagi mahu cepat-cepat sampai tempat kerja
Cermin depan kereta macam ada senarai kerja tertampal
Wah... memang lain semangatnya
Senyummmmmmm

7.40 hingga 9.00 pagi berlalu sepoi-sepoi
Tenang dan bahagia ... ceria
Harmonikan 3756/3... kemasan terakhir
Semua dalam senyuman... Saya dan mereka
Alhamdulillah...

Kata Heng Soo Sheng “Cikgu... hari ini kita semua senyiuuuummm sajjjiaa”
Soalan saya  “kenapa ya???”
jawab Ji LI “ kerja berat kita sudah siap maaaa”
KAN???? Jawapan saya...
Pasti mereka faham
Hari ini senyuman di mana-mana

“Ada 2 orang mc cikgu....”
 saya senyum.... mc....
mereka-mereka senyum...
“Mereka tak dapat A... lah cikgu???... tapi mereka ada mc”
“mc mereka itu politik kotor... cikgu tidak layan!”
Ha ha.... mereka juga faham 2 orang itu... alasan...
Kai Jing si Ketua Kelas, Cikgu mahu nombor telefon 2 orang itu....”
Bukan nombor mereka... tapi ibu bapa mereka. Titik!

Jiwa gumbira tidak terjejas...
Peristiwa 16 SEPTEMBER bawa ke AHAD
Tiga hari untuk semakan 3756/3
Insyaallah saya bertekad

Taip entri laju-laju sambil senyum
TERIMA KASIH!!!

haha... MAAF semua, entri ini syok sendiri... sebab kerja siap.... hati lapang
p/s: maklumat tambahan... 'kod rahsia'
3756/3: Prinsip Perakaunan (Kerja Kursus)

14 comments:

  1. ooooooooooooooo.....bahagianya bila semuanya beres!!!!

    ReplyDelete
  2. bila banyak kod rahsia cikgu ni...saya jadi novis tak faham

    ReplyDelete
  3. 3756/3... kod untuk subjek? komplikated betul nak sebut dalam hati tatkala baca entry nae ni..kekkekeke

    ReplyDelete
  4. NzA;

    Ya akak... lapangnya hati...
    betul2 bahagia

    ReplyDelete
  5. Cikli;

    haha... bila saya baca semula
    saya setuju!
    entri ni tercipta dengan lapang hati

    p/s: 3756/3 kod Prinsip Perakaunan

    ReplyDelete
  6. Afida;

    haha... tiga tujuh lima enam SETERUUUUkkkk tiga
    Ya, itu kod untuk Prinsip Perakaunan kertas 3

    ReplyDelete
  7. Salam cikguNae.
    Tu kod subjek apa yer. Prinsip akaun ke.
    Selamat bercuti sempena Hari Malaysia

    ReplyDelete
  8. cg.Shameel;

    Salam, yer... Akaun
    Selamat Bercuti :-)

    oppsss.... Saya harap mereka faham 'sukatan' itu adalah sindiran...
    :-)

    ReplyDelete
  9. hehhehe
    kerja siap hati girang
    cikgu sayang

    lalallaa

    ReplyDelete
  10. wah...cikgu akaun ye, eh, samalah kita....folia pa tg 4 dah siap ye...?

    ReplyDelete
  11. Puteri;

    Hehe... Betul!
    Semua siap
    Hati tenang... Semua sayang...

    ReplyDelete
  12. Cikgu Norsha;

    Cikgu akaun juga???

    :-) Alhamdulillah ... folio f4 dah siap... Akak?
    Sedang semak... Harap semua ok

    ReplyDelete
  13. hah? .....dah siap? bagusnya......bebudak ni hujung bln baru nak antor....byk lagi yg tk siap, ish, takleh jadi ni.....!

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...