Monday 1 August 2011

Tazkirah untuk diri...

RAMADHAN tidak usah lagi disebut sebagai 'bulan puasa'. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal daripada sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya, sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.

Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah TAKWA kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. TAKWA tidak lahir melainkan dengan HIDAYAH. Dan HIDAYAH hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat HIDAYAH akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.

Ramadhan Bulan Hidayah
Tazkirah Oleh:
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

5 comments:

  1. Terima kasih cikgu Nae. Tazkirah yg amat menrik sbb selama ni ramai yg salah faham. ramai yg anggap ramadhan sebagai bulan berlapar dan berdahaga sahaja tanpa mengambil tahu ramadhan sebagai bulan pesta ibadat.

    Dan matlamat sebenar ramadhan ialah taqwa

    ReplyDelete
  2. tok guru, permata yang menyinar untuk kita semua.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. thanks nae tuk tazkirah pagi, sebelum fida gerak balik putrajaya ni.. bai;)

    ReplyDelete
  4. cg.Shameel;
    Cikli;
    Afida;
    bloghok;

    Tazkirah untuk kita... berkongsi ilmu daripada Orang Yang Tinggi Ilmunya...
    Terima Kasih TG Nik Aziz

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...