26 Ramadhan 1432H
Jalan raya agak sesak.
Suasana balik kampung bermula, mood raya juga!
Di mana-mana, kesesakan jelas...
Kemunculan bazar Ramadhan memeriah suasana
Banyak juadah yang sukar atau jarang kita jumpa, tiba-tiba muncul di mana-mana
Cuma yang sukar atau susah nak dapat ialah tempat parking!
Tempat parking memang diperlukan!
Mendapat permintaan ramai...
Semua nak parking tempat yang berdekatan...
Mudah, tak perlu berjalan jauh
Lagipun sekarang musim hujan
Jadi, sesiapa yang parking pada tempat tidak sepatutnya,
Berhati-hatilah... Toleh-toleh sebelum membuka pintu
Tindakan kita kadang-kadang mengundang bahaya...
Pada diri sendiri atau orang lain juga
Hari Ahad lepas,berhampiran sekolah saya...
ada nahas jalanraya yang membawa maut
Puncanya? Buka pintu kereta secara tiba-tiba
Begini ceritanya...
Seorang guru perempuan membonceng motosikal anaknya
Motosikal ditunggang seperti biasa bukan ala2 samseng jalanan
Dibahu jalan ada sebuah kereta berhenti... pintu dibuka secara tiba-tiba
Pemandu kereta tersebut tidak melihat motosikal yang sedang melalui jalan tersebut
Terkejut tindakan pemandu kereta,
Anak guru terpaksa mengelak pintu kereta
Membelok ke kanan...
Secara tiba-tiba, mungkin terkejut, tidak lagi dapat berfikir
Tidak lagi melihat apa di depan
Bertembung dengan lori tanah dari arah bertentangan
Mereka digilis!
Menurut rakan guru, jiran guru malang tersebut
Separuh badan hancur bertaburan
Anaknya pelajar matrikulasi yang bercuti kritikal... ICU
Sedihnya, pemandu kereta tersebut melarikan diri selepas kejadian
Belum ditemui
Ahad itu, semasa saya pulang dari sekolah,
Tempat kejadian masih ada pengunjung...
Saya melihat jalanraya itu basah
Basah kerana mencuci kesan darah tragedi
Semalam, mendengar khabar, anak itu mengikut ibunya
Al-Fatihah untuk kedua mereka
Bagaimana agaknya hidup pemandu kereta yang melarikan diri?
Hidup dengan perasaan bersalah... Pengecut!!!
Untuk semua,
Berhati-hati... Semoga kita semua di bawah pemeliharaanNYA
Assalamualaikum Nae
ReplyDelete‘TAQABBALALLAH MINNA WAMINKUM’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)
Wassalam
innalillahi wainna ilaihi rajiun.....
ReplyDeleteSebelas bulan kita kejar dunia,
ReplyDeleteKita turuti nafsu angkara.
Sebulan penuh kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...
Imanshah, Ipoh-Tumpat, 26 Ramadhan 1432 H
harap para pemandu menggunakan akal dan respek kepada kenderaan yang lebih kecil.
ReplyDeletekenderaan yang lebih besar, tak respek pun tak apa, kalau berani la!
sifir dia, yang besar, respek dan berhati2 dgn yang lebih kecil.
semoga 2 beranak tu mendapat tempat di syurga Allah.
Hati-hati di jalan raya....
ReplyDelete(selamat hari raya aidilfitri, cikgu)
Tuan Hj. Rozali;
ReplyDeleteTerima Kasih...
Salam Aidilfitri!!!
cg.Iman;
ReplyDeleteTerima Kasih!!!
Salam Aidilfitri juga untuk cg.Iman
Semoga ceria, selamat sejahtera di mana sahaja...
Maaf andai terkasar bahasa
Cikli;
ReplyDeleteYa... harap kita semua berhati2 dan saling menghormati...
uncle gedek;
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri!!!
uncle ada kampung tak...
pokcik ore klate...
ReplyDelete