Siapa puasa hari ni?
Ada yang angkat tangan Ada tak
Tak tipu ni? Soalan gurauan sahaja...
Tapi terbongkar segala
Saya tinggal sehari cikgu
Saya posa kat sekolah... Balik nanti...
Saya tak tinggal lagi...
Siapa puasa... dan sembahyang subuh pagi tadi?
Jujur juga... Seorang sahaja yang angkat tangan
Siapa puasa, balik nanti sembahyang zohor dan asar
Diam... Saling berpandangan... Senyum... Tiada yang mengaku
Ada pemberitahuan "saya sembahyang terawih cikgu"
Maghrib, isya' saya sembahyang cikgu...
Jujur, berterus terang tanpa malu
Mereka... Anak pelajar tingkatan 1
Bila ada yang sibuk... Terlepas pandang
Tiba-tiba saya rindukan peraturan & jadual semasa tinggal di asrama
Biarlah, permulaannya umpama paksaan, namun ia didikan yang mewujudkan rutin yang bercambah dan membekas dalam jiwa... Subur
Ya Allah...ingatkan budak2 tadika...haihhh..
ReplyDeleteahmad albab mendapat kebahagiaan kerana dia jujuurr
ReplyDeleteKebykkan budak2 skrg dh tak ada sifat2 malu malah bangga kalau membuat dosa....
ReplyDelete