Tuesday 23 August 2011

Anda ranggi?

Dalam mesyuarat guru 21 Ogos 2011
Mesyuarat guru dimulakan oleh Tuan Pengetua. Di khabarkan bahawa penulis terkenal saudara Azizi Abdullah sudah kembali ke rahmatullah. Al Fatihah... semoga beliau di tempatkan dalam kalangan orang yang soleh di sisiNYA.... Amin

Allahyarham memang merupakan penulis terkenal. Generasi 40an... 30an... dan penghujung 20an pasti tahu atau pernah mendengar 'Seorang Tua Di Kaki Gunung'.
Di rumah pun ada buku itu. Tapi hilang dicelahan buku-buku tua yang telah lama tidak terusik.
Tapi, ada sebuah lagi buku karya santai Allahyarham Azizi Hj. Abdullah yang tiba-tiba muncul diminda. Seingat saya bulan lepas saya menegur adik "Amboi.... baca buku ranggi...". Ya, entah siapa yang membeli buku tersebut "GAYA HIDUP RANGGI" tulisan Allahyarham. Tidak pernah saya tahu kewujudannya sebelum ini. Mungkin kakak kedua pada zaman bujangannya dulu.

Waktu itu, saya hanya membelek sepintas lalu, membaca bahagian-bahagian menarik. Tersenyum membaca bait-bait kata teguran sinis tulisan Allahyarham. Rasanya tulisan beliau agak rapat dengan suasana kehidupan masyarakat kita.
Lihat saja Isi kandungan yang dilampirkan dalam kisah 'GAYA HIDUP RANGGI' ini. Ia memang mencuit hati untuk terus mendalami... tersenyum bila secara tidak langsung rasa tersindir...
KANDUNGAN
I
MELANCONG DAN TERBANG BAGAIKAN BURUNG-BURUNG -11

II
HARLEY DAVIDSON ADALAH CUMA-CUMA - 18

III
LAKUKAN APA SAJA, ASALKAN SENANG - 21

IV
PESTA SEMESTINYA MEWAH - 38

V
MAJLIS PERKAHWINAN MESTI ADA 'CLASS' - 50
VI
MAKAN BUKAN KERANA LAPAR - 67

VII
MEREKA PERLU 'PRIVACY' - 78
VIII
APABILA 'BOSS' DI LAUT, PEJABATNYA DI MANA? - 95

IX
PULAU ADALAH DUNIA KEDUA – 104

X
JED, HIJAU KEMILAU HANYA UNTUK ORANG EGO - 108

XI
MAU KE MANA BILANG SAJA – 114

XII
HIDUP BUKANLAH APA-APA:
Satu tanggapan yang salah - 119

Ia adalah gambaran teguran penulis menggenai budaya hidup membazir yang membawa kepada budaya hidup angkuh serta ranggi yang kini berleluasa dalam masyarakat... Terpukau dengan budaya hidup selesa serta megah, maka nilai masyarakat turut berubah...
Nilai kemanusiaan dan kasih sayang berubah kepada nilai materialistik dan individualistik.
Semoga semua tulisan beliau sedikit sebanyak mencuit kita untuk memuhasabah diri.
Terima Kasih Saudara Azizi Hj Abdullah

12 comments:

  1. Al-Fatihah mmg penulis yg sgt brbakat...masakan tidak krn buku arwah "seorg tua di kaki gunung" di gunkan sbagai teks selama lbh kurg 20thn...

    ReplyDelete
  2. Trima kasih cikgu Nae ats info. Novel seorg tua di kaki gunung tu pernah jadi teks sastera tahun 80-an, zaman abag dan kakak saya dulu. Tapi sampai skrg novel tu masih dsimpan elok dan saya juga sgt meminatinya.

    Novel Memoir Seorg Guru juga amat bagus utk dijadikan muhasabah diri buat para guru.

    Sejak kematian Haji Azizi Abdullah, sy mula terdetik utk mengumpul kembali segala novel-novelnya.

    Tentang buku ranggi tu belum lagi saya ketemui. rasanya ia ditulis ketika Allahyarham bergiat aktif dgn CAP

    ReplyDelete
  3. Alfatihah buat Allahyarham

    ReplyDelete
  4. apa yang diceritakan berleluasa sekarang. yang salahnya dengan duit orang lain!

    ReplyDelete
  5. NzA;

    lebih kurang 20 tahun? hebat!!! baru tahu dan rupanya saya ni kurang prihatin...

    saya juga baru tahu drama tv 'tulang pekasam ikan puyu' pun merupakan karya allahyarham...

    ReplyDelete
  6. cg.Shameel;

    Dulu, saya tahu dan pernah baca 'STdKG', namun tidak tahu ia teks sastera...kurang prihatin ;-(

    Saya ada baca review novel 'Memoir Seorg Guru'. Rasa terpikat. Akan usaha untuk dapatkannya

    Ya, kisah ranggi ni semasa Allahyarham bergiat dengan CAP.
    Catatan S.M Mohamed Idris, Presiden CAP Pulau Pinang di dalam buku ini:
    "... Buku ini patut dibaca oleh semua kelompok di kalangan pengkaji sosial, mahasiswa, penggubal dasar pembangunan, kelompok wartawan, ahli sastera dan mereka yang mahu berjuang untuk menegakkan sistem sosial yang lebih adil"

    ReplyDelete
  7. Cikli;

    Betul tu! berleluasa... tanpa rasa bersalah!

    Bersederhanalah...

    ReplyDelete
  8. pstt.. tinggalkan nama dan alamat. kalau bukan d blog, pada num hp.

    ReplyDelete
  9. Pernah ada pengalaman bekerja sama dengan beliau untok satu waktu yang sekejap....

    dia agak lucu orangnya....

    ReplyDelete
  10. puteri;

    Terima Kasih.... gurau dengan puteri ni...
    tapi, puteri memang rajin!

    ReplyDelete
  11. uncle gedek;

    cemburukan kamu, uncle...~~

    Dari penulisan beliau juga jelas 'kelucuan' itu, walau ada sindiran tajam

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...