Sunday 19 June 2011

Suara yang hilang ...

Kalau dikira, hari ni dah cukup seminggu suara saya tidak mahu berbunyi seperti seadanya... Bila bercakap bunyi macam itik nila sahaja.

Itik nila yang dibela oleh mak ayah. Hobi membela itik nila yang pada mulanya diberi oleh seorang bapa yang menghantar anaknya belajar mengaji di rumah ayah... Walaupun suara itik nila macam tu, rupanya sedap pula di masak kurma atau digulaikan bersama buah betik.

Suara yang macam itik nila ini entah kenapa puncanya. Nak dikatakan sakit tekak, tidak pula. Batuk? tidak juga. Makan durian banyak? Tidaklah juga... Tiba-tiba sahaja buka sekolah Hari Ahad minggu lepas ia tidak lancar.

Sebab tidak sakit atau batuk, rasa segan pula untuk ambil MC... Tapi perit dan sukar juga untuk mengawal kelas dan melaksanakan Pi en Pi... Minggu lepas terpaksalah membuat aktiviti latihan. Latihan sebab tidak memerlukan penggunaan suara yang banyak. Kena kelas yang dah matang ok lah... Jika kelas form1 memang rasa sedikit geram. Sudahlah suara tak mahu keluar... Yalah mereka masih kanak-kanak. Ya Allah cepatlah ia berlalu...
Hari ini... Alhamdulillah, suara dah mula ada, walau ada pelajar yang masih tersenyum mendengarnya. Yang prihatin akan menegur rakan supaya bercakap perlahan dan tidak bising... Terima Kasih...

Terima Kasih rakan prihatin yang menghulur pelbagai petua... Mmmm... Di mana suara hai burung kenari...

7 comments:

  1. suara itu senjata cikgu

    ReplyDelete
  2. hmmm,kalau tak batuk, tak sakit macam mana suara boleh berubah eh? jadi seksi gitu kan bunyinya? he he

    ReplyDelete
  3. Cg.Iman; ;-)... itik nila bukan itik TokWi

    Cikli; 100 persen setuju!!! Senjata cikgu adalah pengeluaran cakap suaranya.

    Afida; itu yang yang pelik fida... seksi dan seksa..uk uuu

    ReplyDelete
  4. sekalian murid: apsal suara cikgu cam itik belakang rumah sayer jew...

    cikgu:aphewwww yaaaang kamhuuu merepek nih...

    sekalian murid: bunyinyer, cikgu cm suara itik blakang rumah jew...puc puc pucccc puccc pucc.

    Cikgu: (naik hangin) kure aseem punyer budakkk..akhu ajjow lenguh lenguh korang chakap cikgu cmnihhh.smphai hati

    Sekalian mUrid: alahai cikgu...sekali skala sakat cikgu....biaser cikgu yang sakat kitaorng...(buli balik)

    Cikgu: aphe nak jadiee la dgn khorang nih...dah dah buat latihan muka surat 40 hingga 100...lepas kelas hantar.!

    Selamat Mengajar cikgu

    ReplyDelete
  5. Amboi...skematuehot... dah lawan cikgu ni... dah tak skema la...

    ReplyDelete
  6. hahaha...alahai cikgu Nae...skema syer dikategorikan yang lain...syer menentang habis habisan skemaituehot...means syer nih perangainyew mengikut situation entry....tp dalam hal peribadi syer skema(bertanggungjawab)

    hihi.

    cikgu jgn terasa...sayer suka baca cerita seorang yg bergelar cikgu...

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...