Saturday, 18 June 2011

Bangau menyanyi, pokok bergoyang...

Sudah tamat Mentor kat TV3... tidak terasa untuk mengikuti rancangan tersebut, kecuali ternampak secara sipi-sipi. Masih teringat gelagat peserta yang datang untuk uji bakat pertandingan nyanyian tu... Macam-macam... Boleh tahan juga semangat diaorang ni.  Memang betul, rasa malu setiap orang tak sama... 
Bercakap pasal lagu... tiba-tiba ja terngiang-ngiang lagu masa kecik-kecik dulu...
 Apa yang terdapat dalam kedua-dua lagu ini???
Dalam lagu BANGAU secara tidak langsung menggambarkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain atas -perkara yang berlaku. Suka melempar TUDUHAN!!!. Manusia seperti BANGAU ini akan memberi pelbagai alasan. Seseorang yang bersikap seperti ini pasti menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugas yang diamanahkan. Dia hanya sibuk menyatakan "siPolan ini yang salah ... siPolan ini yang menyebabkan dia gagal... bla... bla... blah....Tapi tidak memikirkan cara bagaimana mengatasinya.
Sebaliknya, lagu TANYA SAMA POKOK, lebih positif kerana apabila ditanya sebab sesuatu itu berlaku, jawapan yang diberi adalah berdasarkan FAKTA bukan hanya tuduhan seperti dalam lagu BANGAU. Maksudnya, orang yang bersikap sebegini akan berusaha mencari punca dan penyebab sesuatu itu berlaku. Sikap manusia seperti ANGIN juga boleh dipuji kerana tidak berlagak pandai. Apabila disoal perkara yang dia tidak arif atau bukan bidangnya, dia dengan senang hati meminta pihak berkenaan merujuk kepada yang LEBIH TAHU atau pakar (Tidak kira berbeza ideologi atau tidak). Bukan berpura-pura pandai... berhasad dengki
Jadi, diri kita suka berlagu yang bagaimana? Wahai manusia... manusia yang jadi pemerintah, manusia yang menjadi pendidik, manusia anak pelajar... semua-semua manusia... diri kita ini BANGAUkah? POKOKkah? ANGINkah?

4 comments:

  1. Kalau boleh mahu jadi pokok... Tetap tegap kukuh dalam semangatnya...

    ReplyDelete
  2. jadi ularlah yang boleh mengatasi masalah katak.

    ReplyDelete
  3. Cg.Normah; Sesuai tu... jadi 'pokok' yang kukuh dengan semangat, mampu memberi teduh utk yang memerlukan ...

    ReplyDelete
  4. Cikli; nanti ular dapat masalah penghadaman...

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...