Tuesday 14 June 2011

Komunis... Orang Gaji... pun satu Cita-Cita

Sudah lama tidak mengunakan perkataan cita-cita...

Ingat lagi, kali pertama disoal guru "Apa cita-cita kamu semua?.. Semua perlu fikir apa yang kamu nak jadi apabila dewasa nanti" Saya masih ingat, masa tu dalam darjah satu... Apalagi masing-masing beriya-iya berfikir nak jadi apa. Saya macam biasalah... sebab suka main rait...rait...main cikgu-cikgu dengan sepupu jadi my cita-cita adalah cikgu (budak-budak pompuan dulu tak ada permainan lain, ya dak? kalau tak main cikgu-cikgu, main masak-masak... ha ha, ntah apa-apa.. tapi itulah yang memupuk diri kita sekarang... pelihara kita dari masalah sosial yang melanda pelajar kini... dulu tidak terdedah dengan pelbagai pengaruh)

Dulu semua kawan-kawan perempuan kebanyakan nak jadi cikgu, yang lelaki pula mesti Polis, Askar.. itu yang paling ramai. Doktor... Jurutera... kaddang-kaddang ja. 

Tapi seorang kawan saya ni... memang tak dapat saya lupakan... Shahrul nama dia... memang paling nakal... orang kedah kata BUAS la... suka kacau semua benda... Apa cita-cita si Shahrul ni? Ha ha... dia dengan bangganya bangun bagitau "Saya nak jadi KOMUNIS cikgu" ha ha nahhaiiiiiii.... Masih terbayang riak muka cikgu Nordin yang mengajar masa tu... "Awat kamu nak jadi Komunis???? sambil dok tahan ketawa... kami pula masa tu tak la berani gelak kuat-kuat... lagipun bodoh-bodoh cerdik juga... Alasan yang dibagi siShahrul.."Saya boleh tembak ramai orang..." Ha ha... katanya lagi  "Jadi askar, boleh bunuh orang sikit... selalu kalah pula"  Semasa tu kat TV baru ada cerita Bukit Kepong. 

Tengok? itu pengaruh tv kepada kanak-kanak...Jadi, sesiapa yang sudah berkeluarga pantau-pantaulah anak-anak anda. 
p/s: pandai ja nak nasihat orang... saya akan pantau anak-anak saudara lah...

Satu lagi, cita-cita yang sampai sekarang menjadi bahan gurauan kami adik-beradik. Adik perempuan saya... Cita-cita yang agak mengejutkan... ha ha... Siap tulis dalam buku biodata tuuuu... (Dulu kan pelajar perempuan ni suka sangat buat buku biodata yang comel... tulis tentang diri sendiri, tampal gambar kartun, bunga yang comel... lepas tu beri kawan-kawan dan cikgu-cikgu tulis alamat, no.phone dan kata-kata semangat...). Jadi, si Adik ni pun tulis cita-cita tu kat buku biodata dia... apanya??? 

CITA-CITA  : ORANG GAJI

Ha...ha... ha... sampai sekarang kalau kumpul ramai-ramai adik beradik.. pasti ada usikan tentang cita-cita ni... Rupa-rupanya dia minat bahagian HOSPITALITY... Mengemas, masak-masak, perhotelan... Sebab bila masuk Universiti, itulah bidang yang dipilih... Nak buat macamana... masa kita budak-budak istilah yang tepat ni masih belum tercapai oleh minda... Sekarang ni, bila cuti, dialah yang rajin dan pakar masak kat rumah. Tercapai juga cita-citanya... 

Entah apa yang berlaku kepada siShahrul. Sepastinya, cita-cita untuk menjadi Komunis tidak mungkin dicapainya.... ya dak? Persoalan yang mengungkit kenangan dan rindu. Rindu pada rakan-rakan sekolah rendah. Mana kawan-kawan Kelas Satu Biru? Satu Merah?

Berkat doa mak-ayah, dan pengalaman main rait-rait... cita-cita pertama saya juga tercapai. Cita-cita semasa Sekolah Menengah terkubur... Ayah tak restu. Apanya? nak jadi Fashion Designer... Ya lah, Dah minat menjahit... dok reka baju kat anak patung.... Lepas tu masuk kelas Rekaan Fesyen... Dah dapat tawaran sambung kat UITM... tolak tawaran tu. 

Saya masih ingat kata-kata ayah "Bidang ni, mendedah diri mencipta dosa... Reka baju yang mendedah aurat untuk dipakai umat Islam" Membuat diri berfikir dan terdiam. Sambung Ayah "Kalau jahit baju yang biasa-biasa kita pakai tak apalah... tapi bila kat UITM nanti...ada peragaan... Lelaki-perempuan dok tengok model peragakan baju yang kita reka. Amal ibadat kita tak banyak, jadi jangan mencipta ruang untuk dosa"

Jauh kan pemikiran orang tua....??? Yang pasti saya bersyukur kerana mendengar cakap ayah.

Sekarang? Macamana? Masih ada Cita-Cita? Cita-cita baru yang bertukar menjadi matlamat yang akan kita capai atau tidak. Mari Usahakan!!!

4 comments:

  1. saya memang nak jadi polis mulanya

    pastu baru jadik cikgu

    ReplyDelete
  2. ya ka... kenapa ya ramai budak lelaki nak jd polis dulu?

    ReplyDelete
  3. sekarang si shahrul tu jadi apa?

    ReplyDelete
  4. Cikli, siShahrul tak dapat dikesan... dok cari juga..huhu..

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...