Saturday 18 June 2011

mereka kaya...

Kaya juga walau tak sembahyang cikgu ...
Ayat ni masih terngiang di telinga. "Orang C$$$ tak sembahyang pun kaya cikgu"
Kata-kata seorang pelajar Tingkatan 4 kepada saya. Terkedu sebentar... merenung riak wajah anak pelajar tersebut. Wajahnya mengambarkan dia benar-benar memaksudkan perkara tersebut.

Ini jawapan sepontan yang saya dapat ketika memulakan sesi kelas dengan pertanyaan "Siapa sembahyang Subuh hari ini?". Jawapannya secara tidak langsung telah menjawab pertanyaan sebenar saya. 
"Kamu ni....???" kenapa cakap macam tu?. Dia hanya tersenyum. Bagaimana penjelasan yang harus saya berikan... 
"Adakah kita sembahyang dengan niat mendapat kekayaan?" Kaya atau miskin, sembahyang itu wajib untuk umat Islam. Apa yang diperolehi oleh seseorang itu, tidak kira bangsa apa sekalipun adalah berdasarkan usahanya..." Allah ini Maha Pemurah dan Maha Mengasihani... Pemurah kepada sesiapa sahaja yang berusaha. 

"Jangan bercakap macam tu lagi ... Cuba lihat diri KITA (guna kata ganti nama ini supaya semua anak pelajar sama-sama berfikir dan tidak terasa hati) Sudahlah KITA tidak rajin dan bersungguh seperti MEREKA, tidak sembahyang pula... macamana nak kaya?"
Titik. Walau hati sangsi. Setakat itu saya mampu menerangkan. Entah membekas atau tidak...Saya tidak pandai.

p/s: Untuk renungan dan perhatian diri, para ibu, para bapa... Sedarkah kita lebih separuh dari mereka tidak solat


4 comments:

  1. budak zaman sekarang...
    anda menang contest. sila bagi alamat ye.

    ReplyDelete
  2. cikli... menang? saguhati ja tu kan? bukan idea saya ni... ada org bagi ideanya...^^

    ReplyDelete
  3. salam

    org cina tak dijanjikan syurga jika tidak beragama islam..kaya tapi tak berkat

    ReplyDelete
  4. Ya, cg.Iman... tapi sukarnya memahamkan...

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...