Wednesday 22 June 2011

Encik Ganti Yang Sibuk ...

Encik Ganti datang lagi... Dalam Bulan Jun dan Julai ini memang Encik Ganti akan sentiasa datang... Mana tidaknya, bulan Ogos nanti akan cuti sekolah, merangkap Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan.

Jadi Encik Ganti perlu diawalkan. Ia adalah lumrah... Semua yang terlibat dengan Encik Ganti pasti akan melakukannya awal-awal... Ada sekolah yang sudah selesai aktiviti dengan Encik Ganti ini... ada yang belum... Jika tidak mahu Encik Ganti, alamatnya pendeklah masa berlibur. Pilihan di tangan masing-masing.

Encik Pengetua sudah bagi hint untuk memanjangkan waktu libur. Semua sudah tersengih... Tapi perlukan khidmat Encik Ganti. Maka semua pelajar dan guru perlulah mengikut jadual Encik Ganti. Ada rungutan sekarang, Kemanisan dan sengihan akan muncul nanti.

Rejab, Sya'aban.... Ramadhan.... tinggal sebulan sahaja lagi untuk umat Islam berpuasa. Ha! Encik Ganti lagi... siapa yang masih menangguh?  Encik Ganti dah datang... Dapat pahala sunat juga, malah persediaan memasuki Ramadhan.

Di padang sekolah-sekolah sekarang pun ada yang sibuk dengan Encik Ganti... lari berganti-ganti. Semalam dengan hari ni sekolah yang berlatar belakangkan Gunung Jerai ini sibuk dengan acara balapan... Dua hari ni semua guru macam berkampung di sekolah... Yang bertugas bahagian penting, 6.30 petang baru sampai rumah. Apa-apapun, Encik Ganti masih menanti...

    

8 comments:

  1. cantik view berlatarbelakangkan gunung jerai. anak kak liza pun semuanya sibuk dengan latihan di sekolah. yg bongsu je lah tak sibuk, baru 2 tahun. menyibukkan kak liza ada laa..

    ReplyDelete
  2. ganti cepat-cepat.

    *** no tel anda diperlukang untuk proses penghantarang khepok ikang tambang. sila email ke ramli72@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. cuti peristiwa untuk sukan nih xdew ker?

    ReplyDelete
  4. Cikli; dalam proses...

    skema; ini belum kemuncak kejohanan, baru saringan ni... mungkin ada kot...

    ReplyDelete
  5. Kak Liza; jommmmm... sama2 bersukan.

    ReplyDelete
  6. kami sukan bulan mac lagi

    ReplyDelete
  7. Cg.Iman; Selalunya bulan Mac dah selesai, tahun ni, JPN kedah arahkan sukan dilaksanakan pada bulan6, itulah...

    ReplyDelete
  8. cewah..best la nanti cuti...egege.sekolah lamer sa start camping skunk...ahad nih cuti...da dua kali ahad cuti...ahad lepas menang bola di terengganu

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...