Thursday 17 May 2012

ia kembali dan lagu itu ...

Assalamualaikum w.b.t
Jujurnya saya semakin jarang-jarang ke sini.

Hampir dua minggu  lebih ia menyorok. Saya mula tinjau-tinjau penggantinya di koperasi sekolah. Tetapi yang seiras dengannya tiada stok. Alhamdulillah... akhirnya menjelma! 
Encik Kalkulator yang 'dijumpai' dan dipulangkan oleh dua jejaka dari kelas perakaunan tingkatan 4 Terima kasih kerana kembali. Kasih tetap bertaut... Sekarang, 'dia', tidak lagi saya tinggalkan bersendirian di meja, sebab susahnya bila 'dia' tiada. Saya sumbat dengan kasih sayang ke dalam handbag birkin saya... berkepit

Tahun ini, ia kali pertama. Kali pertama saya terlepas peluang membuat persembahan nyanyian. Berlagu di depan anak-anak pelajar. Lagu keramat untuk saya. Tiba-tiba rasa sedikit kosong dan tidak lengkap. Rasa rugi dan sedih pulak. Sepanjang 9 tahun perkhidmatan, saya tidak pernah tidak menyanyikannya. Tahun ini, saya terlepas. 16 Mei 2012 saya ponteng menghadirkan diri ke majlis keraian cikgu-cikgu. Rasa rugi sangat. Ia tidak sama rasa ruginya tidak dapat makan-makan, tidak dapat bersukaneka, bercanda, bergelak ketawa sempena keraian tersebut.

Walau ada menonton tv siaran langsung berkaitan di rumah, ia tidak sama. Nak turut berlagu namun semangatnya tidak sama... ish... sekadar nyanyi-nyanyi kecil  dalam hati. Hari itu, saya sakit kepala macam mahu jatuh biji mata. Siapa pernah rasa?

Pagi 17 Mei ke sekolah seperti biasa. Disambut ingatan pelajar tersusun di meja. Terima Kasih!.

Jujurnya bukan ini yang cikgu dambakan. Namun, terima kasih!!. Maaf, terima kasih belum dapat disampaikan secara langsung. Peperiksaan Pertengahan Tahun bersambung semula setelah tergendala memberi laluan untuk 16 Mei.

dan lihat ini, ia mampu membuah kasih dan senyuman. Terima kasih ...
 ada sedikit kesilapan di situ... nanti cikgu beritahu kamu Wan...

Monday 7 May 2012

Y = [( 72 X 6 ) + 48] X 3

Cukup tiga hari. Tamat berkursus Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).  Apakah PBS? Pasti ramai yang sudah maklum, pelajar tingkatan 1 tahun ini tidak lagi menduduki PMR. Tiada lagi peperiksaan. 

Jadi, bagaimana prestasi pelajar dinilai? Berdasarkan pembangunan emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar sepanjang tahun. PBS adalah penambahbaikan sistem pendidikan kita yang terlalu menekankan pencapaian akademik.  Ia masih di peringkat permulaan. Kita sama-sama tunggu apakah kesan penambahbaikan tersebut. Samar-samar ... sila tanya En. Google ke laman berkenaan kerana otak saya agak tepu.

Namun, yang pasti kursus ini mampu mencerahkan. Bermula dari apa, mengapa, siapa,  bagaimana, bila, etc...etc ... sehingga ke proses pembinaan instrumen untuk mengukur perkembangan pelajar. 
Nampak peserta kursus jarang-jarang?. Ramai sebenarnya. Tapi masing-masing berada dalam kumpulan untuk pembinaan instrumen setiap bab mengikut TAFSIRAN BAND yang ditetapkan.

Perlaksanaan PBS perlu dimulakan. Memerlukan banyak persediaan. Yang pasti melibatkan banyak fail. Ya, fail untuk setiap pelajar, yang mengandungi semua matapelajaran. Setiap evidens (adakah ini ejaan yang dimelayukan?) perlu disimpan. Wah! sistem pemfailan perlu diperkasakan di setiap sekolah. Ayoh semua!!!

Tamat kursus PBS Sejarah. Esok ke sekolah seperti biasa. Musim Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah bermula. Ishhhhhhh... bagaimana anak didik akaun saya. Tidak sempat membincang apa-apa tips nasihat ni...  Namun pesanan telah diberi " telaa'h ulangkaji semua topik yang sudah dipelajari. Usaha dan tawakal lah kamu semua. Good Luck!!!"... dan esok juga ada kursus Think Tank Prinsip Perakaunan yang perlu dihadiri.

72
72
72
24
72
72
24
72

haha... apa ni? cuma bilangan anak tangga yang dipanjat setiap satu hari semasa berkursus. Maka, ia memang berkursus, makan-makan dan berkurus.

Opppssss.... semoga esok Encik Kalkulator akan menunggu tersenyum di meja saya.




Tuesday 1 May 2012

'kaki leter' sangat penting untuk saya...

termasuk hari ini, sudah tiga hari ia menyorok
Susah! memang menyusahkan! 

 kaki leter saya hilang... rasa pening, sebab sangat-sangat memerlukan kaki leter itu. 
Ia pelengkap saya di tempat kerja. Kalau tidak berkaki leter ia bukan saya...

Pagi Ahad, ia masih ada. Saya berkaki leter awal kerja lepas sarapan sehingga waktu rehat untuk semak jawapan Kerja Kursus Prinsip Akaun anak didik tingkatan 5. Ia memang penting!

Kaki leter   atau Kaku letor  yang nama sebenarnya Kalkulator atau mesin kira...  mana kamu???

Sebelum ini pun pernah beberapa kali ia lesap. Rupanya ada pelajar tersilap ambil. Datang bersoal-jawab di meja saya dan mengangkut kaki leter kalkulator saya bersama. Konon-konon milik mereka. Walaupun kadang-kadang saya tidak sedar ia berlaku, seketika nanti atau esoknya pasti dikembalikan dengan senyum simpul. Saya tidak kisah kerana selalunya begitulah... ataupun yang meminjam semasa sesi pembelajaran dalam kelas kerana terlupa membawa. Ia biasa kerana rupa kaki leter kalkulator memang sama. Hanya pemilik yang 'tahu' perbezaannya. Ya, selalunya ia pasti dipulangkan

Kadang-kadang rasa hairan dengan pelajar yang mengambil subjek add math, fizik, akaun yang sering terlupa membawa kalkulator. Rasa pelik, tapi benar.  

Tapi, kali ini lain. Sudah tiga hari ia menyorok. 
Minda masih mencari titik hilangnya... tidak ketemu 

diucapkan "Selamat Hari Pekerja untuk semua"
dengan pertanyaan sudah bergaji dan bercukai?

Kaki leter Kalkulator kembalilah! kita perlu kerja bersama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...