Monday 13 February 2012

Wajahnya sama, tapi namanya lain...

Sistem yang tidak ‘diharmonikan’ menyebabkan anda melakukan perkara yang sama berulang kali
Atas dan Besar  ada idea baru? Wah!!!! Bijaknya...
Atas dan Besar: turunkan arahan
Mudahnya mereka

Atas juga: Sampaikan arahan
Perlu siapkan sebelum dot...dot...dot!!!
Mudahnya...
Bawah: ia sudah dilakukan... ia perkara yang sama
Atas juga: Lakukan semula! Ini sistem baru
Bijaknya..... Idea yang hebat!

Dalam hati bawah yang sibuk: Mengapa tidak diupah pemikir untuk mengeksport data yang sama itu.
Data yang sama itu sudah ‘makan’ banyak masa
Ada Bawah, mengambil masa sehari suntuk
Ada Bawah, memakan masa berhari-hari
Kami Bawah yang bukan sekadar kerani pemasuk data

Sistem baru???
Loadingnya macam siput....
Bukan siput yang sihat... tapi siput yang melecet kulit ‘tapak kakinya’

Wahai bawah... Laksanakan!
"Akar sabar itu pahit, tapi buahnya manis"
Ooooooo... Baik!!!!

Cuma harapan bawah: Gunalah data tersebut sebaiknya
Jangan bila Atas Besar perlukan, Pihak Atas Besar tidak mengambil maklumat dari sistem tersebut. Sebaliknya pihak Atas Besar arahkan kepada pihak Atas kami... dan kami Bawah berulangkali melakukan perkara yang sama dengan TAJUK yang baru.
Ia sudah sering berlaku...


8 comments:

  1. kalau semuanya harmoni, manfaat datang lagi banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju Cikli...
      semua yang ada perlu diharmonikan. Menjimatkan masa, manfaat meluas...

      Delete
  2. yang atas tu macam gilo kuasa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dhiera, bukan gila kuasa...
      tapi masalah tidak mengkaji keberkesanan sistem. Perkenalkan pelbagai sistem baru, namun data dalam sistem tidak digunakan secara menyeluruh.

      Akhirnya, yang 'bawah' terpaksa melakukan perkara yang sama berulang kali

      Delete
  3. ASSALAMUALAIKUM cikgu..

    Sebagai orang bawahan, kadang2 terasa juga dengan layanan yang
    diberikan..Orang atasan kadang2 terlalu memberi tekanan kepada pihak bawahan..Sekurang-kurangnya hormatilah yang bawah ni sebagai manusia...^^

    ~Saya pernah juga rasa macam tu..Saya student sebagai bawahan dan dia kerani sebagai atasan..layanan tidak memuaskan..macam kita tak wujud..Kita juga punya hati kan cikgu..-_- ~

    Tapi, itulah yang berlaku..kita hanya orang bawahan.. ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 bila yang di atas tidak merasai bebanan yang di bawah, ia berlaku...

      Delete
  4. Apabila org yg berada di atas berlagak mcm mahkluk atasan(kera dan monyet),org dibawah akan dipergunakan tanpa belas kasihan.

    ReplyDelete
  5. hakikatnya, kita dikerah umpama robot...yg membuat program syok sndiri tnpa rasa brsalah mengarah tnpa ada rasa belas ihsan....
    dan yg plg penting, kita dibekalkan dgn line tenet umpama siput sedut yg dh nazak........

    ReplyDelete

Terima Kasih atas keperihatinan. Ia bermakna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...