Rupa-rupanya saya baru sedar....
berbelog ini boleh ketagih
Bila tiada kerja mulalah saya berjalan-jalan
melawat blog rakan... melangkau banyak tempat...
Sebenarnya saya suka MEMBACA KOMEN
Ketagih membaca komen tentang sesuatu isu yang diutarakan.... dikupas... dikongsi rakan
Ketagih mengetahui tindakbalas pembaca terhadap sesuatu isu.
Matangkah! Kena pada tempatnya tak?
Ia membantu saya berfikir dari sudut yang lain "Bukan dari kotak fikiran sendiri"
Walau kadangkala mencipta kerutan pada dahi...
Selalunya ia mencipta senyuman
Saya memang tertarik!!!
Sering merenung, menghayati komen pada luahan hati Afida. Komen yang berupa saranan, nasihat.
Ia memang mencipta kemesraan... kekeluargaan
dan ingatan untuk diri sendiri
Saya ternanti-nantikan karya sinis dan santai Cikli yang kena pada masanya.
Pasti tidak sabar membaca komen matang, tajam yang diutarakan
Juga tertunggu-tunggu maklumat, ilmu bermanfaat, isu semasa
Komen di sini amat membina dan mampu membuka fikiran.
Maklumbalas penuh kesyukuran atas perkongsian sebuah ilmu.
Ingin tahu reaksi mengenai berita terkini, isu semasa, sukan,
hiburan... catatan pengalaman,
Pastinya perkongsian maklumat cikgu Iman Shah. Ia memang terkini!
Coretan warna-warni dari akak NzA mengundang komen seolah kita turut diwarnai...
Meriah... Mesra ...
mengundang komen positif.
Terima kasih atas segala info, panduan...
Terhibur membaca komen pada 'self portrait' uncle gedek. Gambar gelagat uncle...
mencipta pelbagai reaksi dan tafsiran...
memang menghiburkan!
Tersenyum sakan membaca komen...
Entrinya yang kelakar terselit sindiran dan teguran ...
memang mencipta matcham-matcham komen.
dan saya ...
kadang-kadang akan berfikir panjang ....
Kadang-kadang ia juga membikin saya turut kifkifkif sepertinya...
Idea sudah terbang...
lalala...lala.....