Showing posts with label Undang2. Show all posts
Showing posts with label Undang2. Show all posts

Wednesday, 25 January 2012

Hati ini menjeling...

Chinese New Year, jalan memang sesak
Tapi, jika semua menunjukkan sikap ‘bertanggungjawab’
Ia pasti lancar, walau tidak selancar hari biasa

Selalunya saya akan ‘melencong’ dari kesesakan jalan utama
Orang Kedah kata guna ‘jalan bawah’
Maksudnya jalan raya kampung
Ia tidak selebar dan sesesak jalan utama

Tapi, hari ni sesaknya melampau. Untuk sampai ke simpang jalan pun payah
Akhirnya, saya sampai di simpang lencongan tersebut
Rupanya kesesakan itu kerana ada dua buah kereta berhenti ‘di atas’ jalan raya, bukan di tepi
Betul-betul ‘di atas’... senang cakap ‘parking kat tengah jalan’
Mulanya, saya ingat ada kemalangankah? ... tapi, tiada orang pun...
Rosakkah?... Tiada seorang pemilik pun di situ

Rupanya begini....
Dari riak lelaki Gen2 itu, dia orang ‘situ’
Maksudnya, itu ‘kawasan’ dia
Kalau orang luar, masakan berani
Sekurangnya, akan bereaksi serba salah, malu... ini tidak
Megah mengunyah pisang goreng!

Kebetulan ‘Dia’ melintas di depan kereta saya
Saya hanya memandangnya tanpa perasaan
Beri laluan untuk dia menyeberang
Issshhhhh.... saya menjeling dalam hati

“Let everyone sweep in front of his own door, and the whole world will be clean.”



Thursday, 15 December 2011

Nyawa jalan ...

Petang jam6.00, bual kosong dengan mak di dapur.
Mak sedang goreng ini...
...
...
...

Lambatnya nak upload gambar... tangguh dulu.
Orang Kedah panggil 'kuih loyang'
Tapi rakan saya dari KL cakap 'kuih ros'
Ia buah tangan dari mak untuk kenduri kawen sepupu

Dari pagi saya rasa ada sesuatu pada tanggal 15 haribulan
Ia macam hilang tapi ada
Lepas panas enjin kereta saya jumpa
Wah? Wah? Wah? Penggunaan kata yang salah ni...
Rupanya roadtax kereta itu telah menjadi arwah tanggal 15 November lalu
Bagaimana boleh lupa???
Rupanya selama sebulan ini saya berjalan dengan 'Dia yang mati'
Ulang alik ke bandar, sekolah...
Alhamdulillah tiada yang menyekat... Meronda... Saya cepat juga gelabah...

Sebenar urusan roadtax itu sudah saya selesaikan sebulan lebih awal.
Oleh sebab terlalu awal saya tidak tampal
Bila terlalu awal, lama... Boleh akibatkan lupa
Rasa macam sudah dilakukan, sedangkan ia belum.


Monday, 21 November 2011

Dendam berhemah?

Pernah tak kamu alami peristiwa sebegini?
Lampu isyarat warna merah… maksudnya BERHENTI!



Mungkin kamu pemandu berhemah
Patuh dan berdisiplin... mungkinkah?
Kamu berhenti

WALAUPUN…

kiri, kanan, depan tiada sebuah kenderaan pun... 
sepatutnya apa tindakan kamu?
Tiba-tiba di belakang kenderaan kamu sampai pula sebuah kenderaan lain
Pemandunya mengekori rapat.
Tersengih-sengih… menyindir
Senyum sinis senyum kambing

Nampak melalui cermin sisi
Muka menyindirnya
Kamu pura-pura tidak nampak
Tidak peduli
Dalam hati “Kamu nak pergi dulu, pergilah… kenapa nak senyum-senyum macam ni”

Lampu isyarat bertukar hijau…
Pemandu di belakang dengan sinis dan bangganya menderamkan bunyi kenderaannya
Sambil kepalanya menoleh kepada kamu… tersengih kambing lagi
Memecut pergi

Kamu pura-pura tidak peduli
Melepasi lampu isyarat, kamu memandu macam biasa
Tiba-tiba kamu kamu terserempak lagi dengan pemandu ‘senyum kambing’ yang sama
Terserempak pada lampu isyarat seterusnya

Kiri, depan tiada kenderaan
Kanan ada satu
Kamu tidak berhenti walaupun ia lampu merah
Mana perginya hemah dan disiplin tadi?
Memandu perlahan melepasi kenderaan pemandu ‘senyum kambing’
Berpaling sejenak padanya, buat muka hairan
dalam hati “baru sampai sini???”
pastikan keadaan selamat, teruskan perjalanan
Jangan bagi peluang dia memotong

Ishhhh... ia tidak patut...
Sebenarnya lampu isyarat yang kedua ini ROSAK
Kamu tahu, kerana kamu baru melaluinya sebentar tadi

Dendam kamu terbalas?
Jangan ulangi!

Friday, 26 August 2011

Toleh-toleh sebelum buka...

26 Ramadhan 1432H

Jalan raya agak sesak.
Suasana balik kampung bermula, mood raya juga!

Di mana-mana, kesesakan jelas...
Kemunculan bazar Ramadhan memeriah suasana
Banyak juadah yang sukar atau jarang kita jumpa, tiba-tiba muncul di mana-mana
Cuma yang sukar atau susah nak dapat ialah tempat parking!

Tempat parking memang diperlukan!
Mendapat permintaan ramai...
Semua nak parking tempat yang berdekatan...
Mudah, tak perlu berjalan jauh
Lagipun sekarang musim hujan

Jadi, sesiapa yang parking pada tempat tidak sepatutnya,
Berhati-hatilah... Toleh-toleh sebelum membuka pintu
Tindakan kita kadang-kadang mengundang bahaya...
Pada diri sendiri atau orang lain juga

Hari Ahad lepas,berhampiran sekolah saya...
ada nahas jalanraya yang membawa maut
Puncanya? Buka pintu kereta secara tiba-tiba

Begini ceritanya...
Seorang guru perempuan membonceng motosikal anaknya
Motosikal ditunggang seperti biasa bukan ala2 samseng jalanan
Dibahu jalan ada sebuah kereta berhenti... pintu dibuka secara tiba-tiba
Pemandu kereta tersebut tidak melihat motosikal yang sedang melalui jalan tersebut
Terkejut tindakan pemandu kereta,
Anak guru terpaksa mengelak pintu kereta
Membelok ke kanan...
Secara tiba-tiba, mungkin terkejut, tidak lagi dapat berfikir
Tidak lagi melihat apa di depan
Bertembung dengan lori tanah dari arah bertentangan
Mereka digilis!

Menurut rakan guru, jiran guru malang tersebut
Separuh badan hancur bertaburan
Anaknya pelajar matrikulasi yang bercuti kritikal... ICU
Sedihnya, pemandu kereta tersebut melarikan diri selepas kejadian
Belum ditemui

Ahad itu, semasa saya pulang dari sekolah,
Tempat kejadian masih ada pengunjung...
Saya melihat jalanraya itu basah
Basah kerana mencuci kesan darah tragedi

Semalam, mendengar khabar, anak itu mengikut ibunya
Al-Fatihah untuk kedua mereka

Bagaimana agaknya hidup pemandu kereta yang melarikan diri?
Hidup dengan perasaan bersalah... Pengecut!!!

Untuk semua,
Berhati-hati... Semoga kita semua di bawah pemeliharaanNYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...