Thursday 15 December 2011

Nyawa jalan ...

Petang jam6.00, bual kosong dengan mak di dapur.
Mak sedang goreng ini...
...
...
...

Lambatnya nak upload gambar... tangguh dulu.
Orang Kedah panggil 'kuih loyang'
Tapi rakan saya dari KL cakap 'kuih ros'
Ia buah tangan dari mak untuk kenduri kawen sepupu

Dari pagi saya rasa ada sesuatu pada tanggal 15 haribulan
Ia macam hilang tapi ada
Lepas panas enjin kereta saya jumpa
Wah? Wah? Wah? Penggunaan kata yang salah ni...
Rupanya roadtax kereta itu telah menjadi arwah tanggal 15 November lalu
Bagaimana boleh lupa???
Rupanya selama sebulan ini saya berjalan dengan 'Dia yang mati'
Ulang alik ke bandar, sekolah...
Alhamdulillah tiada yang menyekat... Meronda... Saya cepat juga gelabah...

Sebenar urusan roadtax itu sudah saya selesaikan sebulan lebih awal.
Oleh sebab terlalu awal saya tidak tampal
Bila terlalu awal, lama... Boleh akibatkan lupa
Rasa macam sudah dilakukan, sedangkan ia belum.


Saturday 10 December 2011

bulat tergolek ...

Dalam minggu ini saya macam bergolek-golek...
Ya, bergolek sementara menunggu tugas rasmi mengawas SPM yang hanya muncul semula  tanggal 13 nanti.
Sedangkan banyak tugas tidak rasmi yang akan menjadi rasmi bila sekolah dibuka
Sudah siapkan senarai...
Tekad untuk siapkan lebih awal segala bahan untuk sesi 2012... saya mesti!!!
Tapi siapkan 0.000099 saya  menangguh
Menangguh kerana sekarang saya asyik bergolek...

Kenapa bergolek-golek?
Sebab rutin seharian yang menggolekkan saya
Bangun pagi saya menggolek ke dapur... makanan
Bergolek beberapa golek, siapkan apa yang patut, makanan...
Bergolek lagi singgah di meja itu... makanan
Bergolek serata ruang rumah... TV, makanan lagi
Letihnya... makanan itu menjadikan saya mengolek-golek

Kenapa mengolek-golek?
Teringat zaman belajar bersama rakan
“Siapa yang bergolek turun tangga tu?”
Gurauan untuk sesiapa yang kelihatan lebih ‘besar’ selepas cuti semester yang panjang...
Walau yang bergolek itu tidaklah sebesar sebulat manapun

Jadi, saya pun mungkin akan bergolek
Saya mungkin menjadi ‘bulat tergolek' turun tangga sekolah nanti
Mungkinkah???
Tidak!!!
.
.
.

Teringat pertanyaan sendiri kepada pelajar, usai sesi P&P
Melihat mereka menadah tangan berlumba membaca surah Al ’Asr...  sambil bergurau tidak menghayati...
“Kamu faham tak makna ayat-ayat yang kamu baca ni?”
“tahu kat depan ja cikgu...” senyum-senyum
“Apa tu?”
Seorang pelajar lelaki dengan suara yang sengaja digaraukan “DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN”
“Jadi?... Kalau faham, jangan lagi kita tergolong dalam kumpulan yang rugi tu... boleh tak?”

Cehhhhh....
Tiba-tiba saya malu sendiri




Wednesday 30 November 2011

demi setia, harapkan kasih...

Ia dialog benar siri terima kasih yang panjang. Isi penting hanya ada pada perenggan terakhir. Saya beri petunjuk awal. Tanda amaran agar tidak bosan dan keliru.

Wafiy  berusia 4 tahun. Tapi, bahasa percakapan Wafiy amat tersusun macam karangan. Bila balik kampung kami seisi rumah turut bercakap macam karangan Bahasa Melayu di sekolah... termasuk tok dan wan. Dan Wafiy amat pentingkan kata-kata ini “Terima Kasih”

Abang Wafiy ada pergi tandas tak kat sekolah hari ni?
mmmm.... ada. Wafiy berak...
Siapa cuci?
Cikgu Su.... eh! Mama... Wafiy lupa nak cakap terima kasih kat cikgu Su. Mama, esok Wafiy cakap ya?
Tak perlu kot...nanti abang Wafiy berak lagi cakaplah. abang Wafiy terlupa kan... lain kali jangan lupa.

Di kampung...
Selesai lekatkan jigsaw puzzle
Mama  : Dah selesai guna, Abang Wafiy pulangkan gam ni. Siapa punya ni?
Wafiy  : Wan punya.
             ...
Wafiy  : Wan... ini gam kamu (ayah sedang baring terima botol gam yang diserahkan Wafiy)
Wafiy  : Eh? Wan ni... wan tak cakap pun...
Ayah    : Wan nak cakap apa?
Wafiy  : Wan cakaplah terima kasih, nanti Wafiy nak cakap sama-sama
Ayah    : Eh? Wafiy yang pinjam kan?
Wafiy  : iyalah... tapi, Wafiy dah tolong hantar ni... Wan cakaplah... Wafiy nak cakap sama-sama (buat muka tak puashati)
Ayah    : oooo Terima Kasih (malas nak gaduh... haha)
Wafiy  : sama-sama
Walau diterangkan oleh semua orang, dia tetap tegaskan bahawa dia yang tolong hantar gam tersebut. Walau dia adalah orang yang meminjam.

Malam sebelum bertolak balik...
Mak     : Wafiy, cepat salam dengan tok... tok nak bagi duit raya ni...
Wafiy datang salam. Cium sana sini. Dah
Mama  : Wafiy perlu cakap apa?
Wafiy  : Tapi, tok tak cakap pun???
Mak     : Wafiy nak suruh tok cakap apa?
Wafiy  : Tok cakap..... terima kasihlah. Nanti Wafiy cakap sama-sama
Maklang : Oooooo.... mana boleh. Tok yang bagi duit raya kan? Wafiylah perlu cakap terima kasih
Wafiy  : Tapi, tok yang panggil Wafiy. Wafiy datang kan...
Mama  : Wafiy ni kalau cikgu tolong basuh berak baru ucap terima kasih betul...

Budak ni... tok kena cakap terima kasih sebab dia datang bila dipanggil. Jadi duit raya tu???

Sebelum naik kereta... bertolak balik
Maklang : Wafiy, cepat salam... cium pipi maklang
Muah..muah...muah...
Maklang : Eh? Wafiy tak cakap terima kasih pun sebab cium maklang?
Wafiy  : Ye ke? Ok. Terima kasih maklang...
He he he... dengan tok dan wan bolehlah...

Kalau kanak-kanak salah faham konsep terima kasih.
Ia masih boleh diterima... kan?


Tapi, kalau ada sesiapa yang menyuruh kita berterima kasih atas amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka...
Berterima kasih kepada mereka walau mereka berulangkali menodai amanah tersebut?
Berterima kasih dengan tunjukkan sokongan kepada mereka walau mereka melakukan seleweng dengan alasan ingin memajukan... atas alasan itu jasa mereka?
Berterima kasih pada mereka yang nampaknya semakin selesa dengan hasil amanah yang dipertanggungjawabkan?
Bagaimana terima kasih mahu dizahirkan?
Mereka yang sepatutnya berterima kasih... mengumpul keselesaan




Monday 28 November 2011

lapang dan lembap

3)    0.00 kbps ... slow sangat... macamana nak jadi blogger sepenuh masa ni... macam saranan uncle gedek???
Errr... kbps tu stand for...???
2)    ada MaxisGift... tapi, dah luput pun... ishhh ...
1)    ni siapa ni??? carilah duit dengan cara lain...

Apabila lapang dan lembap muncul pada satu masa...

Friday 25 November 2011

tukar kerjaya?

Cuti sekolah ada dua kanak-kanak balik kampung. Baru sampai jam11.00 malam tadi

Waffiy             : adik Soffiya pegilah situ, nanti ada lipas gigit
Mak Lang       : lipas gigit? Lipas mana ada gigi... mana boleh gigit
( haha...  mungkin saya akan menganggu minda kanak-kanak ini...)

Waffiy             : lipas takde gigi? (matanya bulat)
MakLang        : lipas ada lidah ja... jilat-jilat...
Waffiy            : Oooo... ok. lipas takde gigi, ada lidah dan lipas ada dua BENANG atas kepala yang gerak-gerak macam ni (sambil tegakkan dua jari atas kepalanya... macam tanduk kerbau)

Jadi, dua tiga hari ini saya ada banyak rancangan untuk dua kanak-kanak ini.
Kihkihkih... gelak jahat. Mereka tiba tepat pada masanya... Kerjaya baru ni
Alhamdulillah kerja-kerja sekolah telah selesai, kerja mengawas SPM juga rehat seketika.
Cuma tak sabar untuk melihat soalan Akaun itu. Tahun ini permulaan format baru. Bagaimana bentuk soalannya???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...