Kadangkala tanpa disedari, diri akan melakukan perkara bodoh...
Tiba-tiba teringat kuah kacang dan nasi himpit Makcik Kantin di rumah...
Sediakan payung sebelum hujan...
Salam Aidilfitri...
Hari ini saya rasa tidak cerdik...
Satu, memilih hari ini untuk bersesak berhujan... membazir waktu...
Dua,...... satu perkara, tindakan, keputusan 'pelik tapi benar' yang telah saya lakukan? patutkah?
menyesal?
risau?
dan
pening?
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Saturday, 25 August 2012
Friday, 9 September 2011
Mak Cik Kantin kembali pulang bertugas
| Makcik Kantin (tudung hitam) ajak beli barang dapur |
Syawal kali ini memang istimewa. Entah macamana percaturannya tahun 1432H bersamaan 2011 ini semua anak mak dan ayah gilirnya beraya di kampung kami. Semua anak mak ayah dapat berkumpul. Termasuk menantu-menantu mak ayah yang semuanya lelaki. Cuma tolak sorang menantu baru ayah, suami adik yang baru kenduri awal tahun. Yang lain, kehadiran penuh. Campur juga cucu-cucu mak ayah yang berjumlah tiga orang.
Tidak termasuk bilik mak ayah, pastinya bilik-bilik lain di rumah mak ayah habis ditempah. Yang berkeluarga masing-masing dapat bilik khas. Yang solo-molo berkumpul ramai-ramai ikut jantina dalam dua bilik. Tempat yang paling meriah? pastinya cerok dapur. Tidak pernah sunyi... Memang meriah penghujung Ramadhan dan Syawal kali ini.
Dalam ramai-ramai kami adik beradik, ada tiga orang yang benar-benar pakar masak. Yang pasti, ia bukan saya. Salah seorang, kami sekeluarga panggil 'Mak Cik Kantin'. Panggilan itu bukan kerana dia ada kantin... hahaha, tapi, kerana kepakaran beliau memasak. Kalau Mak Cik Kantin masak, mahu lengkap segala... cekap, pantas dan memang sedap. Kalau ada Mak Cik Kantin ni, orang lain tak perlu buat apa-apa. Tapi, melampaulah kalau tak bantu apa-apa. Maksudnya, orang lain bantu potong, cuci, kemas dan rasa apa yang patut. Tapi Mak Cik Kantinlah ketua Tukang Masaknya. Terima Kasih ...
Entri malas ini terhasil kerana saya dan adik terasa lapar di tengah malam ingin makan masakan Mak Cik Kantin.
Errr... bila kamu cuti lagi???
Subscribe to:
Posts (Atom)
